Tuesday, August 16, 2011

Kuih Abok-abok

Hari tu..mengidam nak makan kuih abok-abok. Tak tau lah kat Terengganu ni orang panggil kuih apa. Ntah ada jual ke idok. Aku cari2 kat bazar tak ada pulak. Teringat kat Wak Nab [makcik aku kat Sabak Bernam], sedapnya kalau dapat makan kuih abok-abok dia.

Maka..mencarilah resepi kuih abok-abok tu. Eh senang jer. Sagu, kelapa parut, gula melaka & garam. So aku test lah guna pengukus baru tu. Pakai buat jer. Daun pisang aku suruh MKS amik kat rumah kakak dia.

Cara-cara aku buat kuih ni:

Rendam sagu..kemudian toskan.
Gaul sagu dengan kelapa parut..letak sikit garam
Amik daun pisang [Layurkan daun pisang atas api dulu..supaya mudah masa membungkus nanti]
Letak sesudu sagu & kelapa parut yang dah digaul tadi.
Letak gula melaka/nisan 1cm
Tutup sikit dengan gaulan sagu & kepala parut tadi
Bungkus daun pisang tu mengikut kreativiti anda
cucuk dengan lidi [aku stapler jer..tapi jaga2, jangan termakan pulak ubat stapler tu nanti!]
Kukus 10 minit [jangan lupa panaskan pengukus tu dulu]

Ni kuih abok-abok aku dalam pengukus..dapat 9 ketul jer. Daun pisang tak cukup! MKS amik sikit her..ish
Tada..dah siap. Pertama kali buat..alhamdulillah menjadi. Tapi aku rasa tak sesedap Wak Nab punya. 8 ketul aku makan..MKS makan se jer. Rasa masin sikit..maybe terlebih garam. Hehehe..


Sincerely...

16 comments:

SYANI said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Dah lama tak makan kuih ni. Kat bazar ramadhan rumah saya pun takde jual pulak.

NM02 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tak nmpk abok pun kat kuih tu

^_^

pCL [p@kcikLie] said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sori wida..yg pCL tau..abuk2 tu mesti berabuk dgn serbuk kcg hijau punya...erk PCL salah ek..mmg tau mkn je aku ni..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@SYANI hehe..org jawa ker ni?

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@NM02
masuk perut..jadi berabukk..hehe

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

8 ketul???
banyok tu....
benonyer kalu kat ganu ye panggil kuih nde ni??hehehe

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mak aiiihhh sis....
mmg i tabik spring kat u....
pandai u buat kuih nie iye...
i pandai ngap je :D

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@pCL [p@kcikLie] yeke..tak tau lah pulak PCL. ni abuk2 versi kg sy:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@cheqna sy pon tak tau..tak pernah jumpa pon org jual kat sini

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@rasp
ala senang jer sis..nak beli tak ada jual, terpaksa buat sendiri

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

nk lagi sedap pakai tepung pulut ke ape tah.. pon sedap gak..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna hah?letak tepung ker..akak tak letak pon.cube tnya wak nab

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wida, ni kuih ni asal mana eh? sbb hany duk ganu dok penoh mkn, tp start try ms kt JB ;)

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

x penah dgr, tak penah tgk pun.. maybe tganu takde

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mzhanyrasanya makanan org jawa..johor pon kan ada org jawa:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sW33tdARLiNG tulah..penat cr, tak ada org jual pon.rasanya kuih org jawa ni..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal