Thursday, August 18, 2011

1st Day di Taska

Mari baca bebelan aku di pagi hari...

Hari selasa semalam aku half day..cari taska untuk waiz. Fikir punya fikir, bincang punya bincang..kitaorang setuju nak hantar waiz ke taska di Chendering. Dekat dengan papanya. Kalau ada apa2..boleh papanya tengok. Lagipon MKS kerja sendiri..so tak kisah nak kuar banyak kali. Aku ni kerja dengan orang..kena ikut peraturan pejabat. Taska ni pon MKS kenal dengan ownernya (Ummi)..biasa berurusan dengan MKS. So senanglah nak berbincang. Kak yah (pengurus taska) tu pon kitaorang kenal..sebab dulu dia pernah kerja kat kedai makan sebelah kedai MKS. Okey..settled.

Semalam cuti nuzul Quran, kitaorang pergi rumah Tok Mi (pengasuh waiz) untuk berbincang hal waiz. Kitaorang tak nak lah ada rasa tak puas hati ni. Tak sedap jugak kalau nak gaduh2..sebab duduk satu kampung. Dia pon minta maaf sebab keadaan dia sekarang tak dapat jaga waiz. Katanya sayang nak lepas waiz..dan masih nak jaga waiz. Yelah dari waiz 2 bulan dia dah jaga..apa budak tu suka, tak suka..semua dia tahu. Layan macam cucu sendiri. Anak dia pon layan waiz macam anak sendiri..sedih jugak kalau nak lepaskan waiz ke orang lain.

So sekarang ni..setelah berbincang, kitaorang setuju hantar waiz ke taska selama sebulan. Lepas tu kemungkinan..waiz akan di jaga semula oleh Tok Mi-nya. Tapi tu kemungkinan sahaja..apa2 jadi pas ni tak tau lah. Tengok keadaan. Sebab kesian jugak kat Tok Mi tu..kena jaga waiz, jaga cucu dia lagi.

Pagi tadi nak mengejut budak tu dari tido punya lah susah..masa tukar pampers pon mata still pejam. Masuk kereta sambung tido. Sampai taska..cikgunya amik, dia senyap jer. Mungkin still mamai lagi kot. Alhamdulillah..tak nanges, kalau dia nangis..cuak gak. Takut aku pon sama nanges nanti!

Tadi MKS call..katanya Kak Yah (pengurus Taska) tu call dia. Bagitau keaadaan waiz. Waiz okey jer..aktif..opps super aktif. Semua budak kat situ dia tegur..pusing2 lawat kawasan baru. Tak duduk diam..ceria..tak nangis dan tak takut orang pon. Okey..kesimpulannya waiz okey duduk di taska. Mamanya jer yang over..pikir bukan2. Kalau cam tu..boleh lah mama kerja dengan senang hati hari ni.


Sincerely...

27 comments:

Aku Ibu Muda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

alhamdulillah kan...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Aku Ibu Muda hope tahan sampai ke petang:)

NM02 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

nnt lelama dia suker la tu, ramai kawan kat situ.. hehehe

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@NM02
hope so..insyaallah

myra yusreena said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ehehe..first day da bole pusing2 taska,oke la tu..hihi

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

waiz budak baik.. xde ape nye tu..

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

waiz pandai bawak diri...silap2 hari bulan terus je duk kat taska tu..

pCL [p@kcikLie] said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

owh Waiz dah dpt 'cikgu' baru ek..apa pon kita kena bersedia dgn sebarang kemungkinan...syukur dah setteled. Harap tpt baru ni bg dia belajar menyesuaikan diri n tak buat ibunya selalu risau.

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@myra yusreena tmpt baru lah katakan.byk lah nak explore

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna yelah..hrp begitulah

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@wahida eeii..terpikir gak cam tu. tp kalau boleh x nak lah..hehe

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@pCL [p@kcikLie] insyaallah..tq pcl

Run Away said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

lama nyer tak singgah sini...;d

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Run Away eh...lama menghilang.welcome back:)

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

weee suka2 waiz good boy, sure pasni ada peminat ni haha..kes itu plak...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Hanis MY ish..no no no.hehe

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

alhamdulillah waiz gud boy ! :)

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

alhamdulillah wida, senang hati kan dgr mcm tu. kalau tak duk risau la sepjg hari kan...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@ieda
ye..alhamdulillah x meragam

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mzhany betul..susah hati x leh kerja pulak nnti

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Ummi dah kata dah... he'll adjust. 1st day pun he has adjusted himself.. hu hu

deqnoor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

naluri seorang ibu... waiz ok jer kan... :)

Mukminah Wahab said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wahhhh...waiz dah duk kat taska? mesti seronok nih...waizkan suke berkawan..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@RYS AREESA NASIRhehe..betul tu

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@deqnoor hrp2 pasni pon okey

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Mukminah Wahab semuaorg kat taska tu dia ajak main..mesra alam mcm papanya

YAYA AZURA said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

good boy!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal