Tuesday, August 16, 2011

What Should I Do?

Aku dalam dilema sekarang. Tak tau apa patut aku buat..pening..stress. Ni pasal pengasuh waiz. Anak perempuan dia baru bersalin semalam. So request cuti seminggu sampai cucunya tanggal pusat.

Problemnya sekarang, tak ada orang nak jaga waiz. Masing2 bizi..aku pon tak nak lah susahkan hidup orang lain. Kakak2 MKS tu pon ada kerja nak buat..tak dapat nak jaga waiz. Tapi tak kan aku kena amik cuti seminggu? AL pon tinggal untuk raya ni..tu pon mesti kena potong gaji.

Semalam MKS dah cuti jaga waiz..hari ni my turn pulak. Terpaksa bawak waiz datang ofis sebab ada kerja yang mesti aku selesaikan. Maybe hari ni half day jer kot..tengoklah cam mana. Sekarang budak kecik tu dah tido..boleh lah bernafas sikit.

Lepas berbincang dengan MKS, rasanya kitaorang kena amik keputusan drastik untuk stop hantar waiz ke rumah pengasuh dia. Pengasuh dia pon diam jer..tak call..tak datang berbincang. Sepatutnya bagi tahulah kat kitaorang samada nak terus jaga waiz atau tak. Jangan biar kitaorang tertanya-tanya cam ni.

Pasni tengah survey taska untuk waiz. Walaupon hati aku ni berat nak lepaskan waiz pergi taska..tapi ini lah pilihan terakhir yang aku ada. Sedih betul lah..semalaman aku fikir, mintak petunjuk dari-NYA. Adakah ini pilihan terbaik untuk waiz [sorilah..aku ni emo sikit, gaya nak hantar anak pergi taska tu macam nak hantar pergi perang jer!]

Aku ingat nak hantar waiz pergi taska lepas umur 2 tahun ke atas, tapi bila ada masalah cam ni terpaksalah waiz pergi awal. Aku risau cam mana life dia kat taska nanti. B4 ni dia biasa duduk dengan orang tua. Bila ramai budak2 kat taska tu nanti..boleh ker dia sesuaikan diri. Dia pukul orang lain tak..or budak2 kat situ pukul dia nanti? Cikgu2 kat taska tu layan ker waiz nanti..waiz ni manja. Dia dah biasa dimanjakan..orang layan dia sorang jer. Kat taska tu ramai..boleh ke cikgu2 kat situ tengok dia. Makan dia..berak dia..tido dia..ohh macam2 perkara terfikir sekarang ni. Buntu! 

Hope ALLAH permudahkan urusan kami.

Sincerely...

16 comments:

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mehla duk kampung waizzzzz

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna sape lah nak menjaganya..emm

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hurmm, betol gak wida takkan nk cuti byk2... try la dulu anto taska, kalau waiz xleh duduk, kena cari pengasuh lain agaknya...

Aku Ibu Muda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wida jgn fikir byk sgt

wani dlu masa buat keputusan tukar pengasuh ke taska, 3 hari jugak menghadap auni yg melalak pagi2...tp nasib mama dia ni jenis hati kering...buat dek je..alhamdulillah hari ke 4, dia masuk pagar taska siap lambai2...

now sampai2 je dh jerit2 panggil kawan...

pengasuh n taska, masing2 ada pros n cons

kita kena tawakkal je..kalau tak, jawabnya benti keje duk rumah jg anak la...huhu

So Shy Lady said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

akak cdgkn buat smntara wktu htr taska dlu sambil tu carilah pngasuh yg ssuai

dh pnh mngalami.....

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

huhu sedihnyaa...sabar ye wida, betul tu mohon petunjuk dari dia... hantar lah taska dulu kalau dia seronok teruskan kalau waiz cm tak suka cuba la cr pengasuh lain slow2... mana tahu dia seronok berkawan kat taska tu...

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mmg payah kalau pengasuh takde komitmen.. suka2 cuti tak pk keje dia dan tanggungjawab dia jaga anak orang..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mzhany tq:) rasanya cam tu lah

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Aku Ibu Muda probnya cam ne lah sy nak jd hati kering cam wani yer?sy ni emo sikit

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@So Shy Lady tq:) rupe2nya ramai jugak yg senasib dgn sy ni yer

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Hanis MY tq hanis:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sW33tdARLiNG tu lah, tp nak buat cam ner..dia pon ada life sendiri.emm

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hmm... itulah masalah yang tak boleh elak kan... pengasuh lain tak ada ke?

tapi tak apalah wida, memang natural lah mak-mak ni risaukan anak bila sebut taska... tapi bila tak ada alternatif lain, anak2 pun akan adjust... (ceh pandai je akak cakap), tapi betullah, insya-Allah Waiz akan adjust himself, tapi memula ni kenalah wida check on him juga, tengok2 sama...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@RYS AREESA NASIR tq kak..

YAYA AZURA said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mmg ade risiko hntar taska..tp kalau dah tak de pilihan kena hantar jugak kan..lepas seminggu ok la waiz tu ..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@YAYA AZURA ni pon mmg terpaksa hntr..emm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal