Wednesday, August 3, 2011

Tekak Mengadalah Pulak

Biasanya MKS suka makan nasi berkuah kicap jer..aku goreng lauk, masak kering..tu pon dah menambah nasi. Tapi bulan pose ni..berubah selera lah pulak. Nak makan yang berempah..pedas..berkuah. Matik lah akuu...

Tapi MKS tak lah kejam nak suruh aku masak. Kitaorang beli jer kat bazar ramadhan..lauk sahur pon aku beli. Balik rumah masak nasi dan buat air jer.

Time buka aku memang jarang makan nasik..sebab berdasarkan pengalaman yang lepas2 [ceh!]..kalau aku berbuka dengan nasi, pas solat maghrib mesti aku dah tido. Dah macam ular sawa..melingkorr jer, hiks. Rasa sia2 jer pose satu hari..pastu berbuka terus tido. Tak mengaji tak solat tarawih..ish.

So memang jarang lah berbuka dengan nasi. Cam kelmarin [1st pose] aku buka dengan murtabak dan bihun goreng RM1.50 jer [giler sikit bihun tu..dah lah naik 50 sen, biasanya RM1.00 jer!]. MKS makan nasi ayam goreng Mat Cafe, lauk sahur MKS beli kari ayam seketui. Semua tu kitaorang beli kat Bazar Ramadhan Tmn Shahbandar.

Semalam [2nd pose] pulak aku buka roti john..tu pon separuh tak abis! MKS makan nasi lemak KL, lauk sahur aku beli ayam masak merah. Beli kat bazar Permint Chendering.

Hari ni aku tau nak berbuka apa lagi..mungkin kuih2 jer kot. Tiba2 teringat pecal..kat sini tak ada jual. Huhu..nak balik Sabak Bernam..nak makan pecal jawa!

p/s: Lily..nak kuah pecal!

Sincerely...

14 comments:

Ibu Muda 30series said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kt area kedai runcit puchong ni byk yg jual kuah pecal segera :)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Aku Ibu MudaYeke..sedapnya.
org jawa ker yg buat.

Ibu Muda 30series said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tak tahu lah jawa ke tidak...hehe...tp maybe ada yg indon buat jugak kot..sebab area rumah ni ramai indon :)

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

pecal??
sedapnya...
selamat berposer =)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Aku Ibu Mudajawa indon x nak lah..hehe
nak suruh adik belikan kat kg:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@cheqnaselamat pose gak..

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

aku nak balik Sg. Besar minggu ni...jom kita!!

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mehla balik kg. mkn uah pecal wak nap.. sedapnyee....

kurus said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

akak nie dikk dah 3 ari x terawih .. keletihan yaaa ampun ! kebetulan hubby akak x sihat .. jadi akak memang x start layie .. sblm nie dah janji nak terawih sama .. bila dia sakit kesian pula nak tinggalkan dia ..

akak pun berbuka x makan nasi .. selalu akak buat masakan panas lahh :)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@wahidaala jelesnya..sis nak balik

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAnapos lah sikit..huhu

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@ieda
akak mmg dr dulu kurang mkn nasi kan..sy ikut sis lah ni, hihi

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wahh kalo gini boleh kurus!~

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sW33tdARLiNGIsh..kena diet sis, nnti baju ry x muat..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal