Hari ni siap2 hantar waiz ke taska..tapi bila sampai pintu taska tertutup rapat jer. Bila MKS call Ummi..rupanya minggu ke-1&3 taska tu tutup. Alah salah faham lah pulak..aku tanya dengan Kak Yah hari tu katanya boleh hantar, tapi caj RM10.00. Rupanya boleh hantar sabtu minggu ke-2&4 jer..cam tu lah pulak.
So sape pulak nak menjaga waiz hari ni? Aku memang dah cakap awal2 dengan MKS..esok aku ada meeting. Report tak siap lagi. Bawak budak kecik tu..tak siap kerja aku nanti! Tak taulah MKS nak mintak tolong sape untuk jaga waiz hari ni. Adoooii..
Nak cite pulak masa aku amik waiz hari khamis hari tu..budak tu dah pakai baju tido. Ntah mandi ke idok tak tau lah..tak ada bau sabun pon. Tapi rambutnya berkilat![berkilat sebab cikgunya letak minyak baby]. Eeeii..aku memang tak suka pakai minyak baby kat rambut. Boleh magrain dibuatnya. Bila peluk waiz..kiss kepala dia, terus aku nak pitam tau! Dah lah masa aku amik dia..hidungnya berhingus! Baru satu hari tinggal kat taska dah berhingus okey..tak ada orang nak lap pulak tu. Ishh..sabar je lah.
Masa dalam kereta nak balik rumah..waiz asyik suruh pegang kepala dia jer. Agaknya dia pon rasa pening kepala bila pakai minyak rambut tu. Menurun penyakit mamanya..hiks. Yelah..budak tu mana lah pernah pakai minyak rambut..selama ni aku biar jer rambut dia kering beralun. Sedap jer bila bau rambut dia..kat situ jerlah sisa2 bau baby yang masih ada. Kat tempat lain bau mashammm!
Kat rumah, dia suruh papanya pulak pegang kepala dia. Kesian pulak..lepas aku siap masak, mandikan dia sekali lagi. Syampoo balik rambut dia..keringkan. Baru okey..baru tak suruh orang pegang kepala dia. Lepas ni nak pesan kat cikgu2 kat taska, jangan letak minyak kat rambut dia.
Macam2 masalah aku ni kan..mesti korang tension baca kan. Nak buat cam mana..aku lagi TENSION..
Sincerely...
18 comments:
terbalik la..hehe...wani plak suka anak pakai minyak rambut ni, tp mama dia malas nk pakaikan...hehe
gi kat taska...rajin sungguh dorang minyakkan...sapu cologne kt badan....bau rambut pon wangi je...hasilnya dulu rambut auni nipis, sekarang dh lebat...mungkin sebab dorang rajin sapu minyak kot.
i pun x gemar pakaikan minyak kat kepala budak...bior rambut dorang natural gitu....
letak kat nursery/taska..
mmg macam2 dugaan kita kena hadapi...
tapi kalo dah melampau tak leh diamkan diri ler...
sian adik :(
@Aku Ibu Muda hehe..agaknya cikgu2 tu tgk rmbut waiz ni nipis jer..nak suruh lebat jugak kot.
tp wida x suka..bila berpeluh jadi tengik!
@rasp
yelah sis..kdg2 tu give up rasa nak berhenti kerja jer.jg anak sendiri..
@lyly yAna emm..lambatnya nak cuti
@wida
mungkin dorang guna minyak rambut yg tak besh...hehe
kt taska bebudak ni dorang guna minyak baby, tp tatau la jenama apa kan. tak berminyak sangat...cuma berkilat je.. kat Aniq dorang tak lumur plak sebab ala2 botak kepala dia...hehe
@Aku Ibu Muda yeke..hehe.busuk jer baunya, melekit..eeii
wida..tah..tah...dia tak mandi pun waiz...buh minyak nampak mcm dah mandi kan...kah...;d
@Run Awayye kot..skrg ni terfikir samada tu minyak baby or minyak kutu! waaa
5 days to go.. cepat la mase berlalu kn
@lyly yAna betul..x sabar nak balikk
Tu la psl PR tak nak hantar anak kat taska. Baik duduk kat rumah pengasuh aje. Walau pun kadang kale susah. Tp tak la selalu susah...
@pena rozie Betul tu..duduk taska ni byk kontra dari pro
akak suka letak minyak J&J kat rambut tp idok ler smpai berkilat... gosok dulu kat tangan banyak2 kali, usap kat rambut.. orang ganu kata, asalkan ada awa2 jerr
@sW33tdARLiNG patutlah lebat jer rmbut ika..curly lagi
kita sama la wida..yaya pun xleh bau minyak rambut..tak pernah letak minyak nany kat rambut anak..fenin..hihi
@YAYA AZURA kan kan..agak pelik, tp tulah..
setiap org berbeza:)
Post a Comment