Hari jumaat kan cuti..takut tak sempat masak macam minggu lepas, dari kol 3pm aku dah masuk dapur. Mula2 tu aku buat stok bawang dan cili kering [kupas bawang merah & putih banyak2..pastu blender. Cili kering pon sama..aku tak suka pakai yang segera tu]
Pastu start lah aktiviti memasak. Untuk berbuka aku masak sambal sotong dan goreng ayam jer. Pastu lauk sahur [advance kan aku..lauk sahur pon masak sekali!] aku masak kari ikan tenggiri dan acar sayur kobis. Dalam kol 4pm tu siap..terus masak nasi.
Dah siap masak lauk..aku try nak buat kuih bronok..sejak2 ada pengukus ni. Macam2 kuih aku nak buat. Tapi malangnya bronok aku tu tak jadi! Tak tau lah apa silapnya [padahal tu 1st time buat..dengan tak tau resepi..memanglah tak jadi!] Buang saje bronok aku tu..membazir sekerek nisan & sagu, huhu.
Pas azan Asar..terus solat & mandi. MKS ajak kuar pulak. Kitaorang pergi Gong Badak..rumah abang MKS. Ingatkan sempatlah nak balik buka kat rumah..tapi abang MKS ajak berbuka kat rumah dia pulak. Kebetulan dia jemput jiran2 kat kawasan rumah dia tu berbuka sekali. Ala2 potluck iftar gitu..masing2 bawak makanan dan kuih. Kami laki bini jer bawak perut..malunya!
Penat aku memasak..tapi last2 makan kat rumah orang jugak. Sahur tu 4 lauk kitaorang makan! Hah..amik ko.
Sincerely...
10 comments:
x pelah. rezeki tu..:)
dakpe....mkn banyok ket time sahur..hehehehe =)
salam ziarah dan selamat berposer =)
pandai wida masak... DN ni entah bila nak reti masak. hihi.. :p
@azzey rezeki jgn ditolak kan..
@cheqna tq singgah sini
@deqnoor alah..tipulah DN x pndai masak
sedapnyer kak sambal sotong tu!! huhu :D
@fadhdeelahiks..terliur ker?
wah..best la boleh makan free...sahut tak payah pikir dah..
@YAYA AZURA hehe..betul
Post a Comment