Wednesday, August 24, 2011

IFTAR OFIS

Selingan : Mula2 nak cite berita sedih..bonus or duit raya yang kami semua harap2kan tak dapat yer. Jadi marilah beraya dengan seadaanya sahaja..sob sob. Sebab apa tak dapat? Kata pengarah2, kitaorang baru jer dapat bonus bulan 6 hari tu. Bos2 ni assume kitaorg simpan duit bonus tu untuk rayakah? What the...[sabor ai pose hari ni] Jadi bakal2 penerima duit raya dari ai..dimaklumkan jangan terkejut tengok dalam sampul tu kalau dapat 50 sen jer yer, hiks. Abaikan cite sedih ni..orang lain pon ramai yang tak dapat bonus dan duit raya. Tak pe, nanti kita pau puas2 orang gomen yang dapat bonus tu yer...especially adik aku dan abang aku tu.

Ni baru cite sebenar. Semalam kitaorang ada majlis buka pose bersama2 staff. My big boss tak join sama sebab ada komitmen dengan anak2 dia. Rasanya masuk tahun ni dah 2 tahun dia tak join iftar bersama staff. So yang datang semalam cuma my manager & family (7 orang), Kak Jun, Ku Lan & family (3 orang + baby), Aku (bawak MKS & Waiz), Kak Zie, Wani. Total 17 orang. Kitaorang amik dua meja..satu untuk my manager sefamily. The rest satu meja lagi. Kak F dan Che Ku pulak tak dapat join atas sebab2 tertentu..

Kali ni kitaorang buat di @Garden. Restoren ni kat dalam NACC Chendering. Masa kitaorang berbuka tu tak ramai pon dalam restoren tu..adalah dalam 4-5 meja termasuk meja kami ni. Nak kata tak sedap..rasanya okeylah. Maybe mahal sikit or orang tak tau tempat tu kot.
Sementara masuk waktu berbuka, layan budak kecik ni main dulu. Padahal b4 kitaorang pergi restoren tu dah bawak dia round dan main2 kat lagun Masjid Terapung Kuala Ibai tu..tapi still tak puas2 yer. Sampai restoren sambung main lagik! Tak boleh duduk awal2 kat meja..nanti dia cepat bosan. So biar jer dia main. 3 orang lagi tu anak my manager yer. Anak aku baru sorang..

Okeylah..jom tengok menu..
:: Ikan siakap 3 rasa ::
:: Ayam Manggo ::
:: Ikan sweet sour ::
:: Butter Prawn ::
Ada jugak sayur campur, tomyam, telur dadar, ayam lemon, timun cina, kurma [kurma yang cam dah busuk..terus aku campak dalam sungai!] dan air sirap tak berapa nak sejuk.

Makan free memang sedap..tapi bila memikirkan takut baju raya tak muat. Aku makan sikit jer..banyak ratah lauk. Tu pon still tak abes..sayangnya. MKS pulak makan banyak..siap bertambah. Aku takut dia muntah jer..tapi nasib baik malam tu okey, selamat.

Keseluruhan makanan malam tu sedaplah jugak..my manager pon suka. Kenalah dengan taste dia. Dari 10..ai bagi 8 bintang sebab kurma dia busuk, air sirap tak sejuk plus ada kucing yang asyik mengacau aku makan. Bagi ayam tak nak..udang nak pulak! FYI..aku ni takut kucing. Kucing tu pulak cam tau2 jer aku ni penakut. Tak nak pulak dia pergi kat orang tak takut kucing cam Kak Zie tu..cis.

View kat restoren tu cantik..tepi sungai yer. Boleh nampak jambatan Kuala Ibai dari restoren tu. Surau NACC pon ada..besar dan sangat selesa. Aku & MKS solat dulu before balik. Tapi tak balik rumah..pergi hospital pulak. Tu nanti kalau ada masa aku citer later ek.

B4 lupe..total bil kitaorang untuk dua meja RM484.00. Sape nak terai leh lah pergi Restoren @Garden kat Noor Arfa Complex Center (NACC) Chendering.

Sincerely...

10 comments:

Pakcik Botak said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

peh RM 484?? rabak le duit

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Kellasss gitu! RM484.oo? Ooo, no problem. Boss belanja sekali2 kan? Hihi... Teringin jugak ah!

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kalu 48.40 boleh tahan lagi
hehehehehe

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Syedapnyaaaa I likee butter prawn

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mak ai... kering la duit wida kalau time2 mcm ni..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Pakcik Botak takpe..ofis bayar..hehe

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamariah Awang duit ofis ma..so kita balun puas2

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@cheqna mkn sorang baru dpt rm48.40..hehe

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Hanis MY tp kat restoren tu butter prawn-nya over cooked

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@pena rozie ofis bayar sis..hehe.kalau kena byr sndiri order nasi goreng kosong je lah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal