Friday, February 3, 2012

Girl Or Boy?

Tafsiran ini bukan untuk anda percayai sepenuhnya, tapi tidak salah untuk dijadikan hiburan dan kebetulan mungkin juga betul. Jadi, nak tahu lelaki atau perempuan, jom kita lihat.

TANDA BAYI LELAKI

* Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
* Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
* Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
* Perut anda kelihatan bulat sempurna
* Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
* Bentuk perut condong ke arah bawah
* Sukakan makanan yang masam dan masin
* Suka makan daging dan keju
* Tapak kaki selalu berasa sejuk
* Tangan selalu kekeringan
* Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
* Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
* Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
* Hidung tampak lebih mekar
* Selalu sakit kepala

TANDA BAYI PEREMPUAN

* Mengalami morning sickness di awal kehamilan
* Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
* Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
* Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
* Bentuk perut condong ke arah atas
* Perut tampak agak lonjong
* Mengidam makanan yang manis
* Sukakan buah-buahan
* Suka minum air atau jus yang bersifat masam
* Anda lebih cerewet semasa hamil
* Mudah moody berbanding sebelumnya
* Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
* Tidak suka makan roti bersama kulitnya
* Payudara kelihatan mengembang
* Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur


Time ni..x rasa mual & loya pon sengaja buat2 sakit dan loya. Semua tanda nak dapat bayi perempuan tu aku buat! Ya Allah...tolonglah kurniakan kami bayi perempuan. Memang tak putus2 berharap..

Salah tak kalau tindakan aku macam ni? Aku memang nak anak perempuan sangat2...


Sincerely...

Thursday, February 2, 2012

Terima Kasih DN

Dah lama nak buat entry penghargaan ni..tapi asyik lah bertangguh. Aku ni kalau ada 'kerja'..cam ni lah. Selagi tak abis buat 'kerja' tu..benda lain semua tak ada masa nak usik, hehe. Kerja apa? Khatamkan cite korea lah! Baru abis tengok cite Secret Garden. Dah lama cite tu terperam kat external..nak busuk dah, aku baru nak tengok..hehe.

Tapi puas hati dapat tengok..sedih pun ada. Lebih2 lagi time Gil Ra Im tu koma kat hospital..then si Joo Won tu decide nak tukar roh dia ke dalam badan kekasih dia. Waa...meleleh air mata aku tengok. Pastu boleh pulak terkantoi dengan Ketua Loji aku..tetiba jer dia masuk bilik aku time aku menangis. Malu betul! Cis..

Okey....stop pasal Secret garden. Ni nak cite pasal hadiah yang aku dapat dari salah seorang blogger yang merangkap jugak kawan aku masa kat sekolah dulu. Dia bagi hadiah ni sebab aku rajin komen kat blog dia. Terima kasih DN. Wida selalu komen kat blog DN sebab suka baca cite2 dan luahan hati DN. Walaupon masa sekolah dulu..wida dan DN ni x lah rapat sangat, tapi wida harap kita boleh jadi sahabat yang baik di dunia blog ni.
Ni lah hadiah yang DN hantar kat aku..terkejut masa mula2 sampai tu. Sebab punyalah besar! Masa tu jugak aku confused dengan nama pengirim..sebab dari sekolah memang panggil Deq Noor/DN..so tak perasan lah pulak dengan nama sebenar DN ni..sori DN..hehe.
Hadiah lukisan dari negara China..jauh tu. Rasa berbangga dan berbesar hati sebab dapat simpan hadiah dari DN ni. Nanti kalau DN datang Kuala Terengganu..bagitau wida yer. Boleh belanja keropok lekor.

Lukisan ni aku nak letak kat dalam frame..pastu gantung kat dalam bilik. Memang sesuai kan? Meh kawan2...jenguk blog kawan aku ni..Perfectionist.


Sincerely...

Friday, January 27, 2012

Kalendar Hamil Orang Cina


Agaknya..ni lah kalendar kepercayaan orang cina tu. Mula2 tu macam tak paham..bila dah tengok...MAKIN TAK FAHAM!! Wah..sengal betul lah aku ni.

Tapi bila kak Amy ada bagi link kat blog dia..aku try lah. Cuma masukkan data..x payah pening2 kepala nak tengok table macam kat atas tu.



Result-nya...jeng jeng jeng...

p/s: Kita kena TETAP percaya kekuasaan dan kebesaran Allah.


Sincerely...

Wednesday, January 25, 2012

Comel Versi Waiz

Aku tak tau lah..kenapa budak ni mesti cubit pipi dia sendiri kalau suruh buat aksi depan kamera. Biasanya..kalau amik gambar, mesti suruh dia senyum..tapi dia dengan spontannya akan cubit pipi dia. Comel ke kalau buat cam tu waiz?
Ni gambar masa kitaorang tengok lumba motor kecik kat Gong Badak.
Papanya suruh senyum..dia cubit pipi. Suruh buat peace...tapi tak jadi. Jari telunjuk je yang kuar..dah buat cam aksi Satu Malaysia pulak..hehe.
Abis sepet mata bila di cubit pipi cam tu..



Sincerely...

Saturday, January 21, 2012

Aktiviti Baru

Selalunya hari cuti ni..kitaorang lepak kat bandar KT jer. Tapi sekarang ni dah jumpa port baru. Baru kitaorang tau..yang area Gong Badak tu lagi meriah dengan macam2 aktiviti. Ada drift kereta buruk, main kereta remote control dan motor kecik. Kat mane? Alah..kat area Stadium Sultan Mizan tu. Tak kenal? Stadium runtuh kenal? Haaa..kat situlah!

Sebenarnya minggu lepas kitaorang dah melawat kawasan..tapi time tu hujan. Tak de orang main kereta remote control & motor kecik tu. Yang ada cuma drift kereta buruk jer. Kitaorang tengok pon dalam kereta jer..sebab masa tu hujan kan. So minggu ni MKS dah janji nak bawak waiz pergi tengok sekali lagi. Alhamdulillah..cuaca semalam pon okey..panas. So disebabkan semangat punya pasal..dalam kol 3 petang tu kitaorang dah pergi ke Gong Badak. Tapi masa sampai kat stadium tu..tak ada orang lagi. Masih awal. So kitaorang pergi lepak kat Pantai Teluk Ketapang dulu.

Tapi yang kelakarnya..masa kitaorang sampai stadium tu, Waiz boleh ingat yang dia pernah datang tengok drift kereta buruk tu minggu lepas. Nampak jer stadium runtuh tu..terus dia cakap kat papanya "papa..ni..ti [papa, sini..berhenti]. Pastu terus buat bunyi kereta..tersembur-sembur ko. Aih..cerdik sungguh! Waiz memang suka dengan kereta lumba ni. Tu yang dia ingat kot.
Lepas berkelah kat pantai..bagi main waiz main pasir jap. Dalam kol 6 petang tu..pergi solat Asar kat surau dulu. Pastu terus ke stadium semula. Masa ni dah ramai orang.

Papanya sampai letak budak ni atas bumbung kereta. Bising lah mulut budak ni membunyikan kereta. Kuat pulak tu..abis semua orang tengok!
Tak puas hati tengok jauh..nak tengok dekat pulak! Layankan je. Tapi aku ni takut pulak tengok dekat2..boleh gugur jantung! Kejap2 dengar exzos meletup..tayar berapi lah. Tu belum lagi dia buat aksi corner baring..pemandu pulak cam masih amatur. Ish..tak berani lah, jom lah tengok kereta remote control pulak.
Tapi waiz lagi syok tengok drift kereta buruk ni..sebab bunyi kuat kot. Tapi mama takut..kesian budak ni tak dapat tengok lama2. Adalah 10 minit je kitaorang lepak kat situ..hehe.
Tempat orang main kereta remote control dan motor kecik ni jauh sikit dari tempat drift kereta buruk tadi. Tapi still kat area stadium. Kat sini pon ramai jugak orang..selamat sikit kalau nak tengok. Kereta kecik jer..terbabas pon tak pe.

Kat sini lepak dalam sejam jugak. Dah nak Maghrib tu..baru kitaorang beredar.
Papanya janji..nak bawak budak kecik ni lagi minggu depan. Waaa..bosannya. Mama nak pergi tempat boleh shopping!



Sincerely...

Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk keluarga Izwan Pilus. Terkejut jugak bila dengar berita kat radio malam tadi. Kebetulan masa tu aku tengah cari hadiah pengantin kat kedai..ingat nak beli cadar jer. So masa kat kedai tu lah aku dengar deejay radio buat pengumuman yang Izwan Pilus tu dah meninggal dunia. Ajal tu tak kenal tua atau muda kan? Kalau dah tiba masanya..sesaat pon tak kan menunggu.

Pagi tadi pulak..subuh2 lagi Kak Mah [kakak MKS] dah call. Katanya besan dia meninggal dunia. Memang dah sakit lama pon..rasanya dah lebih 20 tahun terlatar sakit. Baru sekarang ajal menjemput..al-Fatihah.

Sempat jugaklah kitaorang suami isteri melawat jenazah pagi tadi. Awal pagi before masuk kerja tu dah singgah rumah besan my SIL tu kat Losong. Biasanya kalau dah dapat berita kematian cam ni..sesibuk mana pon kena jugak curik masa untuk memberi penghormatan yang terakhir. Kalau tak pergi..macam ada kerja yang tak selesai je. Kecuali lah ada sebab2 tertentu yang membuatkan kita tak dapat pergi kan.

Masa kitaorang sampai..kebetulan van jenazah HSNZ pon sampai jugak untuk menghantar jenazah. Masa tu tak ada lagi orang datang..yang ada cuma keluarga terdekat. Tapi MKS perasan ada kereta Wakil Rakyat Mohd Abdul Wahid bin Haji Endut kat situ. Orang2 terengganu atau Pas..kenal lah sape YB Wahid Endut ni. Rasanya dia ahli Parlimen Kuala Terengganu [Sori kalau salah..aku tak kenal orang politik].

MKS kata kat aku.."macam mana tak menang, macam mana rakyat tak sayang..dia orang terawal datang melawat [jenazah]..Wakil rakyat macam ni lah yang kita nak". Bersungguh-sungguh dia puji YB tu..padahal MKS ni orang kerajaan yer..hiks.

Tapi aku setuju jugak dengan kata-kata MKS tu, rakyat sebolah-bolehnya nak pemimpin yang dekat dengan rakyat. Bukan setakat tunjuk muka masa pemilihan tu jer. Habis time mengundi...batang hidung pon tak nampak kan. Tak kiralah mana2 parti pon..semua pon manusia, memang akan ada manusia yang bersikap macam tu..betul tak?

Habis jer YB Wahid Endut tu melawat jenazah..dia mintak izin nak balik..katanya nak pergi ke Besut pulak. Sempat jugaklah MKS bersalaman dengan dia. Tak taulah dia cam MKS atau tak. Sebab MKS berkawan rapat jugak dengan salah seorang anak YB ni..diaorang sama2 belajar masa kat Jordan dulu. Dan seingat aku..dua kali jugaklah MKS pernah bawak aku pergi rumah YB Wahid ni. Pertama kali masa raya..pastu masa kenduri kawin kawan dia. Lepas tu jarang berjumpa..sebab kawan MKS ni kena mengajar kat Sarawak.

Dulu aku pernah jugak tanya MKS..tak pe ke kawan dengan orang berlainan parti. MKS jawab senang jer.."orang bodoh jer yang bergaduh sebab parti!" Hehehe..tu masing2 punya pendapat. Jangan ada yang terasa hati pulak yer..


Sincerely...

Thursday, January 19, 2012

Obsesiku

Hai korang..sihat?

Rindu kite tak?

Dah lama tak bersiaran..semalam ada meeting. So sibuk menyiapkan report..selagi tak abis meeting, selagi tu lah dada aku ni dag dig dug..hehe.

Nasib baiklah tak kena panggil dengan bos. Pening kepala jugak kalau kena panggil masuk bilik meeting sebab aku tak reti nak menjawab kalau diaorang tu tanya macam2.

Malas lah nak cite hal kerja..menyakitkan hati je. So nak updated cite si budak kecik ni..my bucuk, my masham..my kawan bergaduh..hehe.

Lately, aku perasan dia ni memang pantang dengan compact powder aku. Pagi2 time aku berbedak tu..memang dia akan menyibuk jugak nak berbedak! Kalau tak bagi..mengamuk menangis lah jawabnya. So aku akan bagi jer dia berbedak sikit..pas tu aku akan cakap "okey..comel dah". Otomatik dia pulang balik bedak tu..

Papanya marahlah sebab aku bagi waiz pakai bedak..tapi masalahnya, kalau tak bagi..terpaksalah mendengar budak tu menangis di pagi2 hari. Aku ni kalau pagi2 hari dah dengar budak menangis..mulalah rasa moody. Boleh rosak mood aku satu hari nanti!
Ni nasib baik lah aku pakai bedak jer..memang dari dulu aku tak reti nak bermake-up ni. Pakai bedak maybelline tu pon dah cukup bagus. Lipstik memang tak ada..eyeshadow, mascara, blusher tu lagi lah!

Bayangkan kalau aku pakai make-up..tak ke budak tu sibuk nak bermake-up jugak?
Dah siap dia tenyeh bedak kat muka..kenalah tengok kat cermin. Aku cakap "comel doh". Sengih2lah budak tu simpan bedak aku dalam handbag.
Tengoklah hasilnya...comel tak saya?

Muka putih..leher hitam!

Eh rumah aku memang tak ada lipstik, tapi hari tu dia pergi rumah uminya kat sebelah [rumah kakak MKS]. Abis ditenyehnya lipstik umi dia kat mulut dia! Uminya hantar balik ke rumah aku..terkejut aku tengok mulut budak tu merah saga. Sabor jelah! Time tu rasa nak cuci mulut dia dengan berus sabut jer...grr.

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal