Saturday, January 21, 2012

Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk keluarga Izwan Pilus. Terkejut jugak bila dengar berita kat radio malam tadi. Kebetulan masa tu aku tengah cari hadiah pengantin kat kedai..ingat nak beli cadar jer. So masa kat kedai tu lah aku dengar deejay radio buat pengumuman yang Izwan Pilus tu dah meninggal dunia. Ajal tu tak kenal tua atau muda kan? Kalau dah tiba masanya..sesaat pon tak kan menunggu.

Pagi tadi pulak..subuh2 lagi Kak Mah [kakak MKS] dah call. Katanya besan dia meninggal dunia. Memang dah sakit lama pon..rasanya dah lebih 20 tahun terlatar sakit. Baru sekarang ajal menjemput..al-Fatihah.

Sempat jugaklah kitaorang suami isteri melawat jenazah pagi tadi. Awal pagi before masuk kerja tu dah singgah rumah besan my SIL tu kat Losong. Biasanya kalau dah dapat berita kematian cam ni..sesibuk mana pon kena jugak curik masa untuk memberi penghormatan yang terakhir. Kalau tak pergi..macam ada kerja yang tak selesai je. Kecuali lah ada sebab2 tertentu yang membuatkan kita tak dapat pergi kan.

Masa kitaorang sampai..kebetulan van jenazah HSNZ pon sampai jugak untuk menghantar jenazah. Masa tu tak ada lagi orang datang..yang ada cuma keluarga terdekat. Tapi MKS perasan ada kereta Wakil Rakyat Mohd Abdul Wahid bin Haji Endut kat situ. Orang2 terengganu atau Pas..kenal lah sape YB Wahid Endut ni. Rasanya dia ahli Parlimen Kuala Terengganu [Sori kalau salah..aku tak kenal orang politik].

MKS kata kat aku.."macam mana tak menang, macam mana rakyat tak sayang..dia orang terawal datang melawat [jenazah]..Wakil rakyat macam ni lah yang kita nak". Bersungguh-sungguh dia puji YB tu..padahal MKS ni orang kerajaan yer..hiks.

Tapi aku setuju jugak dengan kata-kata MKS tu, rakyat sebolah-bolehnya nak pemimpin yang dekat dengan rakyat. Bukan setakat tunjuk muka masa pemilihan tu jer. Habis time mengundi...batang hidung pon tak nampak kan. Tak kiralah mana2 parti pon..semua pon manusia, memang akan ada manusia yang bersikap macam tu..betul tak?

Habis jer YB Wahid Endut tu melawat jenazah..dia mintak izin nak balik..katanya nak pergi ke Besut pulak. Sempat jugaklah MKS bersalaman dengan dia. Tak taulah dia cam MKS atau tak. Sebab MKS berkawan rapat jugak dengan salah seorang anak YB ni..diaorang sama2 belajar masa kat Jordan dulu. Dan seingat aku..dua kali jugaklah MKS pernah bawak aku pergi rumah YB Wahid ni. Pertama kali masa raya..pastu masa kenduri kawin kawan dia. Lepas tu jarang berjumpa..sebab kawan MKS ni kena mengajar kat Sarawak.

Dulu aku pernah jugak tanya MKS..tak pe ke kawan dengan orang berlainan parti. MKS jawab senang jer.."orang bodoh jer yang bergaduh sebab parti!" Hehehe..tu masing2 punya pendapat. Jangan ada yang terasa hati pulak yer..


Sincerely...

4 comments:

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Suke la Abg tu dpt jumpe yb

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

al-fatihah...

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hany slalu dpt msg dr YB nih wida. ry haji ker, raya puasa ker. hurmmm at least ada la kan walaupun itu xde apa2 pun. pdhal hany sendiri taktau mana dia dpt no sbb mmg xpernah daftar ape pun.

semoga menang lagi pru13 nnti. terengganu tu dah teruk sgt, byk tempat maksiat skrg ni...haishhhh.

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Al-fatihah...

err... ummi RAN dengan Papa Nasir pun cam berlainan parti je hu hu... tapi kitorang okay... hehheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal