Thursday, October 9, 2014

BBQ Raya Korban

Sementara tengah segar di ingatan ni, meh saya coretkan aktiviti wajib Family MKS time raya korban ni. Biasanya 2 tahun sekali, akan ada majlis besar..perhimpunan family belah arwah mak MKS. Tahun ni tak ada family day tu..so kitaorang buat family day adik beradik je, hehe.

Yang join pon hanya 3 orang kakak2 MKS dan keluarga saya. Venue..cam biasa rumah Kak Nah (my SIL). Saya tak pasti berapa RM adik beradik diaorang ni collect duit. Sebab time belah family saya..dia nak berkira dan buat tak tau, so haruslah saya berperangai begitu jugak..haha (gelak jahat sket)
Disebabkan Kak Nah saya ni tak berapa sihat..so tak adalah menu yang best2 sangat. Cuma bihun goreng, keropok keping (yang ni kitaorang gotong royong masak sama2 kat rumah K.Mah) dan satay sahaja. Satay tu tempah..dan kitaorang bakar sendiri.

Walaupun sebenarnya saya tak berapa setuju..kenapa nak beli satay mentah. Beli jelah yang siap masak..tapi siapalah hendak mendengar rintihan suaraku ini...hukhuk. Maka..marilah kita membakor satay tu.

Kita bako..bako bako..

Mula-mula MKS yang bakar. Di susunnya satay rapat2...udahnya tak terjaga! Dahlah bara tengah marak dan panas kan. Abih rentung satay2 tu..hahaha.
Mem besar tengok jelah. Penat dah goreng bihun dan keropok keping tadi kan!

Tapi sebab tak menahan tengok satay2 yang rentung tu..meh lah mem besar amik alih tugas bakar satay tu. Ish gambar tak boleh nak upload pulak..tapi naik berpeluh jugaklah nak memabakar satay ni. Hangus tebakar bulu-bulu roma ku. Udah di cakap..beli yang siap masak je, Tak nak dengar! Kan...
Alih-alih..bila sampai anak sedara MKS ni..harus ku lepas takhta ke dia. "Meh hamid..bakor pulak" Haha..sedap je bagi arahan kat orang ye. Kat sebelah tu..membakor gak..bakor daging liat!
Budak paling menyibuk..dan pot pet pot pet jelah kerjanya.
Dapat gadget..senyap lah dia. Bersama anak-anak sepupu waiz. Nak buat camne..sepupu2 waiz semua dah besar2 dan beranak pinak..hehe. Dua orang tu antara cucu2 saya.

Banyak lagi gambar2..tapi semua dalam kamera hp org lain. Masuk dalam IG..tapi mek tak reti nak amik save dalam hp..huhu.

Watamat cite raya haji tahun ni, Jumpa lagi tahun hadapan..inyaALLAH

3 comments:

NM03 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hari ni plan nak masak daging korban. masak ape yek???? goreng kicap lah.. ermmm...

deq noor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ok lah tu ada aktiviti bersama adik beradik... DN kat rumah makan tido je masa raya haji haritu. hee.....

eynda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Pandai buat satay... daging korban kami separuh baru buat daging masak kicap... selebihnyer belum tahu lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal