Monday, October 29, 2012

♥♥Happy Besday Papa♥♥

24/10/1977..Hari lahir suami saya - Mohd Khir b Salleh [MKS].

Sebenarnya saya ingat besday dia..tak pernah lupa tarikh2 penting dalam hidup ni. Biasalah..orang pompuan. Pavlova ni saya beli sehari sebelum besday dia, ingat nak sambut time detik 12 malam..tapi...

Tu lah, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan. Nak jadikan kan cite..saya demam lepas balik keje tu. Malam pergi klinik, dapat mc 2 hari [rabu & khamis]. Balik rumah terus tido. Tak sedar pon masa berlalu ke 12a.m..pavlova masih tidak dijamah..hehe.

Pagi rabu tu saya pergi ofis jugak, walaupon dapat mc 2 hari. Sebab pagi tu saya ada meeting, so kena attend jugak. Ingat nak balik awal..tapi my ED yang datang meeting pon demam jugak, and dia still attend meeting tanpa banyak songeh..so sebagai pekerja, agak malulah jugak. Terpaksalah saya duduk kat bilik meeting dengan ber-sweater & stokin, dah macam orang tengah berpantang pon iye.

Habis meeting dengan kol 1p.m jugak..so saya terus balik rumah. Sambung tido, tido dan tidooo.

Malam tu, baru sempat saya kuarkan pavlova ni..sambutlah jugak kecil-kecilan. Buat syarat sebagai mengingati besday teman hidup saya ni.
Buahnya macam dah tak fresh..sebab sehari duduk dalam freezer [tapi masa beli tu fresh tau!]. Kali ni saya beli kat Kak Su, saya pernah tempah kek besday waiz yang ke-2. Kiranya ni kali kedua saya makan pavlova..hari tu dah makan sekali.
Macam biasa..si awe ni yang terlebih eksaited. Papanya so-so je..dia bukannya makan makanan pelik2 macam ni. Tapi sebab bini dah belikan..dia jamahlah jugak. Berani dia tak rasa!! Hahaha..
Nak cover line diri sendiri..suap banyak2 kat anak. MKS makan 2-3 suap je kot. Balance tu saya & waiz yang abiskan..hehe.

Saya memang suka beli makanan yang MKS tak leh makan..nanti saya boleh bolot makan sorang2, ngeee..lari.
Una tak boleh makan lagi..so gigit toys je ye.

Happy besday papa..we love you.

4 comments:

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

dh 35 ye MKS..
Gigih ambik kalkulator kira umur..haha

kurus said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

happy bday juga buat suami wida .. MKS .. semoga panjang umur dan dimurahkan rejeki ;)

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hepi beday buat suami kamu...

sedap kan pavlova...rugi suami ko tak mkn...huhu...

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

happy belated birthday buat kesayangan wida, comelnya una dgn toys, nasib baik dia tak terliur tgk pavlova tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal