Wednesday, October 10, 2012

Simpanan Anak-anak

Fuh fuh fuh..tiup sawang. Lama tak update blog ni. Banyak cite yg nak di kongsikan..tapi M.A.L.A.S.

Senang cite..bagi macam2 alasan pon bukannya korang tau betul ke tak kan. So bagitau je lah hakikatnya diri ini malas!.

Tapi sebenarnya ada jugak hal lain..agak susah nak upload gambar kat dalam blog ni, time saya upload jer..terus internet & network putus! Tak bestlah kalau temberang dalam blog tapi gambar tak de kan. Kalau ada gambar tu kurang lah sikit merapunya..hehe.

Ni gambar lama jugaklah, lepas je habis raya puasa baru ni..waiz & una dah jadi orang kaya. Duit raya punya lah banyak..sampai mamanya pon tak kelip2 mata tengok duit diaorang ni. Kalau tak kuat iman..dah lama mama curik pinjam! Alhamdulillah dapat simpan duit2 waiz & una ni kat dalam bank masing-masing.
Yelah..time nak raya hari tu mamanya macam orang tak sedar diri berbelanja. Macam2 nak dibelinya..habis simpanan saya korek tau [bonus tak dapat kau..sedih tau! --> emm tak abis2 nak meratap pasal x dapat bonus ni kan] Raya sakan kononnya. Abis raya..merata mencari duit, kot-kot ada terselit kat mana2..pheww. Pastu kais pagi kais petang nak tunggu dapat gaji..kesian tak? Orang lain mana lah tau kan..kita laki bini je lah tanggung..huhu.

Waiz memang saya dah bukakan akaun bank ni masa dia mula2 lahir dulu..so banyaklah jugak duit dia dalam  bank tu. Campur duit raya, duit orang bagi masa melawat dia baru lahir dulu, duit orang bagi time buat besday dia, duit dapat time balik kampung, duit dari tok ki-nya kalau kitaorang melawat tiap2 minggu, termasuklah duit syiling2 yang dia kutip kat rumah tu..hehe. 

Duit una baru sikit..tak pe nak, sikit2 lama2 jadi buikittt..

Memang dah jadi tabiat saya..kalau ada orang bagi duit kat anak-anak, walaupon seringgit..memang saya asingkan. Sampai rumah terus masuk tabung. Bila dah banyak sikit/penuh tabung..terus bank in. Tapi kalau dapat kat MKS, masuk poket dia lah. Ada je alasannya "waiz nak beli belon lah, nak mainan lah, nak gula2 lah".  Duit anak..jangan lah amik. Kalau saya nampak..memang cepat2 saya amik dari poket dia. "Alah mama ni, seringgit dua nak berkira!" "Tak boleh pa..kita kena amanah!" 

Bab duit ni..memang saya tegas, akauntan lah kata kan..hehehe.
Alang-alang masuk duit tu, saya renew sekali insurans untuk waiz. Una pertama kali buat. Setahun bayar sekali je. Insurans tambahan selain takaful..RM20/setahun sahaja. 

Okey siap satu entry..minggu depan pulak saya updated ek..hehe

9 comments:

Norhaizan hakim said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Amalan menabung ni memang bagus,apatah lagi untuk anak2. sekarang ni perbelanjaan untuk belajar pun memang mahal.

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Alhamdulillah...ini yg sebagusnya...anak2 aku pun ada akaun masing2...tapi ASB lah...

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

betul... duit anak2 elok simpan dlm tabung @ akaun diorang je.. tapi kalau 'ter'pinjam, make sure ganti hu hu (ingatkan diri sendiri jugek..)

Rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

aihhhh mana aci seminggu sekali update hehehehehehe....

betul sikap u tu sis...
i sokong sbb pe'el kita serupa hehehehehe...
and nasib baik cik abe i pun pe'el sama...
demi masa depan dorang gak tu kan...

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

alhamdulillahhh
bila tgk wida menabung nie
akak teringat x buat potongan t.haji utk anak2 lagi ..

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Samalah kita.wida... Biar duit anak atau duit kita sendiri pun, pokoknya kena amanah... Pinjam duit sendiri pun kena bayar balik.. hahaha.. pelik tak dengar?

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

amanah besar kan jaga duit anak-anak..
even seringgit tetap duit anak juga..encik khir kena ingat tuuu...hihi

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

akak pun dah selamat simpan duit raya anak2 dalam ASB

Anonymous said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Dalam bab-bab simpan duit ni apatah lagi buat buat anak-anak yang perlu lebih masa saya nak berkongsi pandangan lebih sesuai lagi kita simpan emas saja. Duit ni makin lama simpan makin tiada nilai berbanding emas.1grm sebulan anak membesar 8thn dah 96 grm masa tu harga dah- jangkaan rm500/g 2020...tlg kirakan. Dis 2012 ni harga RM175..x upah!
Kalau wang simpan di bank siapa untung? bank lah bab dia boleh pusing pinjam kat org lain. Kalau emas sambil2 tunggu harga naik kita boleh pusing utk tujuan tertentu...arhanu..renung-renungkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal