Saturday, January 21, 2012

Aktiviti Baru

Selalunya hari cuti ni..kitaorang lepak kat bandar KT jer. Tapi sekarang ni dah jumpa port baru. Baru kitaorang tau..yang area Gong Badak tu lagi meriah dengan macam2 aktiviti. Ada drift kereta buruk, main kereta remote control dan motor kecik. Kat mane? Alah..kat area Stadium Sultan Mizan tu. Tak kenal? Stadium runtuh kenal? Haaa..kat situlah!

Sebenarnya minggu lepas kitaorang dah melawat kawasan..tapi time tu hujan. Tak de orang main kereta remote control & motor kecik tu. Yang ada cuma drift kereta buruk jer. Kitaorang tengok pon dalam kereta jer..sebab masa tu hujan kan. So minggu ni MKS dah janji nak bawak waiz pergi tengok sekali lagi. Alhamdulillah..cuaca semalam pon okey..panas. So disebabkan semangat punya pasal..dalam kol 3 petang tu kitaorang dah pergi ke Gong Badak. Tapi masa sampai kat stadium tu..tak ada orang lagi. Masih awal. So kitaorang pergi lepak kat Pantai Teluk Ketapang dulu.

Tapi yang kelakarnya..masa kitaorang sampai stadium tu, Waiz boleh ingat yang dia pernah datang tengok drift kereta buruk tu minggu lepas. Nampak jer stadium runtuh tu..terus dia cakap kat papanya "papa..ni..ti [papa, sini..berhenti]. Pastu terus buat bunyi kereta..tersembur-sembur ko. Aih..cerdik sungguh! Waiz memang suka dengan kereta lumba ni. Tu yang dia ingat kot.
Lepas berkelah kat pantai..bagi main waiz main pasir jap. Dalam kol 6 petang tu..pergi solat Asar kat surau dulu. Pastu terus ke stadium semula. Masa ni dah ramai orang.

Papanya sampai letak budak ni atas bumbung kereta. Bising lah mulut budak ni membunyikan kereta. Kuat pulak tu..abis semua orang tengok!
Tak puas hati tengok jauh..nak tengok dekat pulak! Layankan je. Tapi aku ni takut pulak tengok dekat2..boleh gugur jantung! Kejap2 dengar exzos meletup..tayar berapi lah. Tu belum lagi dia buat aksi corner baring..pemandu pulak cam masih amatur. Ish..tak berani lah, jom lah tengok kereta remote control pulak.
Tapi waiz lagi syok tengok drift kereta buruk ni..sebab bunyi kuat kot. Tapi mama takut..kesian budak ni tak dapat tengok lama2. Adalah 10 minit je kitaorang lepak kat situ..hehe.
Tempat orang main kereta remote control dan motor kecik ni jauh sikit dari tempat drift kereta buruk tadi. Tapi still kat area stadium. Kat sini pon ramai jugak orang..selamat sikit kalau nak tengok. Kereta kecik jer..terbabas pon tak pe.

Kat sini lepak dalam sejam jugak. Dah nak Maghrib tu..baru kitaorang beredar.
Papanya janji..nak bawak budak kecik ni lagi minggu depan. Waaa..bosannya. Mama nak pergi tempat boleh shopping!



Sincerely...

9 comments:

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wah, tanda-tanda hobi mahal nanti si waiz ni hu hu...

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Suh papa hanta mama waiz g tmpt shopping. Tinggalkn sorg2, senang nk shopping.

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Xbingit telinga ke waiz oi..
Tp kita lg suka pergi tempat shopping kn..hehe

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

incik tunang suka gok layan ni..=)

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

jom kita g tempt shopping hehe.... boys biar kat situ...

kurus said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ekekek drift kereta buruk ..
budak2 kan , dia leh ingat kan ..

xtvt bersma anak2 nie , kat mana2 pun boleh .. ;)

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Aik...bile g wida. PR selalu ari minggu g jogging kat ctu. Bak cni resepi kek corrat tu. Dah 2 kali PR buat tapi hampeh...

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Iyerlah... boring...! Shopping tak boring, kan? Hehehe...

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

anak lelaki mestilah minat mcm ni. Mama kalau nak gi shopping bawa anak pompuan ya, mesti seronok. Moga kelahiran berikutnya perempuan ya wida...hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal