Wednesday, January 11, 2012

PERINGATAN!

Ish tengok lama-lama, seram pulak kan? Tapi memang betul pon. Bukan orang yang merokok sahaja yang terdedah kepada penyakit/kematian. Tapi orang2 sekitar yang menghidu asap rokok tu jugak berpotensi mengalami penyakit sepertimana orang yang menghisap rokok tu! Kot2 lagi teruk dari org yang menghisap rokok tu!

Aku ni bernasib baik sebab sekarang MKS tak merokok. Dulu b4 kawin dengan aku, dia kata pernahlah jugak merokok. Tapi bukan lah penghisap rokok tegar..hisap suka2 jer [boleh yer orang lelaki ni suka2 jer nak hisap rokok..x de kerja lain ek?]. Pastu masa nak kawin aku buatlah syarat, kalau nak jugak kawin dengan aku..kena berhenti hisap rokok. Kalau hisap jugak..aku sumpah sakit dada [boleh pulak main2 sumpah..memang tak matured langsung masa tu!]

Alhamdulillah..sepanjang kitaorang kawin memang dia tak hisap rokok. Kalau dia merokok..tak tau lah macam mana nak hidup bersama. Sesak nafas weiii! Tapi pernah jugak dia kantoi 1-2 kali merokok. Ada tu sebab kawan dia offer rokok..aku memang rasa macam nak lempang2 jer kawan dia tu. Tau dah MKS tu tak merokok..apa hal ko nak ajak dia hisap rokok jugak. Memang masa tu..aku jeling maut lah kat kawan MKS. Pastu terus bebal2 kat MKS..tak bagi dia kawan dengan orang tu..hehe.

Kali kedua kantoi masa kat kampung aku. Aku nampak dari jauh berasap jer mulut MKS. Mana dia rembat rokok tu pon aku tak tau. Samada dia amik rokok abah aku atau abang aku. Tak pon dia beli sendiri. Mata aku yang menengok masa tu macam nak terkeluar bila tengok laki sendiri merokok. Memang panas hati..kat situ jugak berperang. Pantang betul bila janji dikhianti..cewah.

Tulah..setakat ni dua kali jer MKS kantoi dengan aku. Tapi kat belakang aku..tak taulah berapa kali dia pernah merokok kan. Aku bukannya 24 jam melekat dengan dia. Tapi aku percaya..kalau nak merokok sendiri memang tak lah. Biasanya mesti ada anasir2 jahat yang merasuk dan menghasut MKS. Lagi pun manalah cukup duit kalau nak beli rokok. Harga rokok pulak bukannya murah. Dari membazir beli rokok..baik simpan duit beli benda lain. Setuju?

Habit buruk aku..tiap balik kerja, aku ni dah macam cikgu disiplin pon ada. Dah macam anjing pengesan pon iye..hidung ni laju jer kesan bau2 pelik cam rokok ker, bau perfume lain ker. Mula lah soal selidik cam polis. Lagi satu kalau MKS merokok, lepas tu mesti dia sakit dada macam semput gitu. So kalau tiba2 malam tu dia sakit dada..terus tanya "abang merokok yer?..jgn macam2 yer, nanti terkena sumpahan saya..hiks"

Tapi apa yang aku buat semua ni untuk kebaikan kami jugak. Kitaorang ni dah lah kurang bersenam..so kenalah jaga kesihatan. Nampak macam aku ni kejam sangat buat MKS macam tu. Hakikat sebenarnya aku sayang kat dia, sebab tu aku tak suka dia merokok.

Bagi aku..orang yang merokok tu sengaja memakai kain kapan di badan mereka sendiri! Tu pendapat aku jer..sori pada sesiapa yang terasa.

p/s: emo tulis n3 ni, sebab masa mkn kat kedai tadi ada orang sebelah meja tu hisap rokok berkepuk-kepuk asapnya! Tak tau ke kalau orang preggy or semput/asma duduk kat sebelah! Hisap rokok dengan bangganya..cittt. Nasib baik aku tak amik rokok tu..sumbat2 dalam lubang idung ko!



Sincerely...

9 comments:

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

alhamdulillah hubby tak merokok

~ yus ~ said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

eii..memang seram tengok gambar tu, kena tunjuk kat SRD ni, dia merokok...huhu

deqnoor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hukhuk... DN selalu dikelilingi dengan org yg merokok... :(

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

a'ah scary jugak tgk rokok tu aishhh

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Bagus jugak dah kenakan syarat sebelum kawin dulu... Kalau syarat selepas kawin, agak2 dia layan tak? hehehe...

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Alhamdulillah...hubby aku pun tak merokok...sbb aku ni ada asma teruk...huhu..

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

lawak la ayat wida sumbat rokok kat lubang hidung tu, kalau hanis pun geram ok..siap tutup hidung lagi tapi biasanya derang bukan faham pun lagi dihembus asap tu adelah, geram ok! dah la kita ni secondary lg merbahaya dr yang hisap tu...

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

uhuhu kalau hubby akak x der makneenye
dia masa akak ngandung , dia still rokok cuma dia jauhkan diri lahh huhu
susah kalau dah jadi perokok tegar dik huhu

Izan Ishak said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

alhamdulillah... hubby izan pun tak merokok. cukup pantang kalau pegi mana2 ada org hisap rokok tapi tak reti nak berpada2. rasa nak aje sound diorg nih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal