Wednesday, November 30, 2011

Macam Mana Kalau Jaa...

Baru-baru ni ofis aku ada pasang rak untuk letak fail/dokumen yang melambak ni. Aku pon request nak rak ni..tapi sebab space bilik aku yang comel, dapat dua baris jer lah.

Tapi...yang aku takut sekarang ni, rak tu betul2 kat atas kepala aku. Masa mula2 tukang tu datang ukur..aku ingat okey lah. Tapi bila dah pasang...wah wah..seram pulak! Macam mana kalau tiba2 rak tu ter..terrrrjaa..tuh? Walaupon ofismate aku kata rak tu kukuh, tapi aku cuak lah jugak kan.
Ni lah rak yang aku cakap tu. Sekarang ni masih kosong..aku tak berani nak letak apa2 fail buat masa sekarang ni. Tunggulah mood mengemas aku datang..hiks.
Muka cuak tuan bilik...ngeeee..seram.

p/s: Abaikan lengan yang besor tu yer..sebab sekarang ni memang proses 'pengembangan' .

Sincerely...

Tuesday, November 29, 2011

Hilang Yang Bermakna

Fuh..title n3 cam tajuk filem tu...

Yer, aku tau dah 2-3 hari aku hilang..ada sape2 yang mencari ker..yang rindu ker? Tak ada? Okey...nak sentap

Lepas waiz baik sikit dari demam, aku pulak yang demam. Tapi aku tak MC pon sebab kebetulan hari Isnin semalam ada meeting. Mengenangkan report aku tak siap lagi..kena jugaklah menapak pergi kerja dengan hingus meleleh-leleh + semput + demam + sakit kepala + sakit badan! Sebab tulah blog aku pon tak ber-update. Tapi aku singgah blog2 kowang semua tau!

Lagi satu..aku sibuk menyedut filem Twilight baru ni..Breaking Down [Part 1]. Semua orang dok cite dah tengok cite ni kat cinema, haruslah aku sentap okey [Sekarang ni kerja nak sentap jer..keh keh]. Disebabkan kat Terengganu ni tak ada cinema..maka jenuh lah aku mencari website2 mana yang dah upload cite Twilight ni. Nasib baik syok.org dah ada..tapi gambar tak berapa nak cun lah, sebab orang yang upload pon amik filem tu masa tengok kat cinema jugak!

Tak pelah, buat sementara waktu ni..janji aku dah tengok si Bella Swan & Edward Cullen tu kahwin dan ber-honeymoon. Nanti bila kuar CD..aku nak rembat gak. Tak sabar nak tunggu Breaking Down [Part 2] pulak. Tahun depan pulak tu..!!

Masa cuti Maal Hijrah..kitaorang 3 beranak pergi jugak karnival Upin Ipin kat Riyaz Heritage tu. Demam2 pon aku gagahkan diri bawak waiz pergi tau. Padahal budak kecik tu tak ada perasan pon! Aku je yang lebih2. Elok2 budak tu baru nak baik demam..malam tu demam balik! Aduh. Salah aku jugak..bawak dia pergi kat tengah panas..emm. Nasi dah jadi bubur..sebagai peringatan di masa depan.


Sincerely...

Friday, November 25, 2011

Untungnya Jadi Wanita

1.) Dia bekerja dengan Tuhan..jadi 'kilang 'manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati , tapi  cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid..

Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami : seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........

sumber : Facebook

Sincerely...

Thursday, November 24, 2011

Musim Hujan..Musim Demam

Rasanya dah bagi tau b4 ni si budak kecik tu tak berapa sihat..demam. Terengganu ni pon dah beberapa hari hujan jer. Hari ni baru nampak matahari sikit. Harap2 keringlah baju2 aku tu..ada sebakul lagi baju kotor tak sempat basuh pagi tadi..hiks.

Dalam tempoh waiz demam ni..memang dia tak makan nasi. Susu pon susah nak minum. Rupa-rupanya bila cek kat doktor, tekak dia dah bengkak. Sebab tu dia rasa tak sedap nak telan makanan & minuman. Semalam lepas amik dia kat rumah Tok Mi nya..lembik jer budak tu. Pastu diam jer. Memang jaranglah dapat tengok budak tu duduk diam dan senyap macam tu. Susah hati aku dibuatnya bila tak dengar suara dia memekak.

Papanya ajak jalan2..nak bagi dia happy. Lepas tu nak pujuk dia makan. Pergi Losong, cari keropok lekor..offer kat waiz..dia tak nak. Papanya beli air kotak & biskut tiger pon tak nak. Pastu pergilah farmasi..cari Appeton untuk buka selera kanak-kanak. Yang tu dia makanlah..dia ingat gula-gula kot. Pas makan satu nak lagi..nak lagi..emmm. Ingatkan pas makan Appeton..terbukalah sikit selera dia, tak jugak. Papanya makan nasi goreng...sikit dia tak pandang. Biasanya dia yang sibuk nak suap nasi tu dulu!

Sampai rumah..air tak minum, susu pon tak minum. Tapi dia makan buah delima sikit [buah feveret waiz ni]. Pastu terus tido..pukul 4a.m tadi dah bangun, terus mintak susu. Lepas tu terlompat-lompat atas katil orang [dah sihatlah tu..boleh lompat2]..suruh bukak tv. Sabor je lah. Sudahya..tak tido aku, bangun basuh baju!!
Muka budak demam..masa aku amik kat rumah Tok Mi, satu badan dia sejuk. Pakaikan sweater..stokin bagai, pastu peluk dia kuat2.

Cepat sembuh yer sayang.

Sincerely...

Wednesday, November 23, 2011

Tak Cool Lah!

Sape tengok berita tv3 semalam? Alah pasal team bola sepak kita menang kat sukan SEA tu lah. Aku sebenarnya jarang tengok berita sukan ni..tapi sebab tak nak jadi katak bawah tempurung, kenalah tau sikit2 berita ni kan. Dah lah time lawan bola tu..aku boleh tertido! Terlepas tengok time sepakan penalti tu..hehehe.

Kat berita semalam ada cite pasal Indonesia tak puas hati sebab Malaysia menang. Sebab lepas Malaysia menang, datang segerombolan manusia yang tiba2 nak cek air kencing pemain Malaysia. Konon nak sabotaj lah tu..tak nak bagi kita menang. Tak cukup tu..time lagu NEGARAKU dimainkan, penonton Indonesia cuma duduk jer. Langsung tak reti menghormati lagu kebangsaan kita. Mungkin kat negara diaorang, time lagu kebangsaan..diaorang cuma duduk jer kot. Tak payah berdiri.

Lepas tu..bila dah kalah, semua pemain Indonesia hilang ntah ke mana. Cuma sorang jer pemain Indonesia yang berjabat tangan dengan pemain Malaysia iaitu Titus Bunoi [gigih aku google nama dia!]. Aku rasa..dia lah yang paling cool..boleh terima kekalahan. Sebab time main pon, kalau dia jatuhkan pemain Malaysia, cepat-cepat dia hulur tangan untuk angkat pemain kita. Pastu buat muka ala-ala comel kat pengadil supaya tak kena denda. Memang kelakar tengok si Titus Bunoi ni..nama dia pon kelakar!
from Google
Aku kan..paling tak suka dengan perangai orang yang tak boleh terima kekalahan langsung. Nama pon pertandingan, adatlah ada yang menang..ada yang kalah. Kalau dah kalah tu..terima jer lah dengan hati terbuka. Pasang keazaman untuk cuba sekali lagi..mana tau akan datang rezeki ko pulak..kan?

Ni tak..dah kalah nak marah2. Bakar bendera lah..bakar stadium lah. Sungguh tak cool!! Aku kata ni bukan tuju ke orang Indonesia jer..negara kita pon ada orang jenis perangai cam ni! Pemain tak ada apa2..penonton yang lebey2.



Sincerely...

..... [Tak Terkata]

Sebenarnya aku mengantuk hari ni..gara2 waiz tak dapat tido. Dah 3 hari budak kecik tu demam..on off, kejap panas..kejap okey. Tapi malam tadi paling teruk lah..sebab dia muntah.

Bagi orang lain yang anaknya biasa muntah..mungkin tak rasa apa2 kot. Tapi sebab waiz ni JARANG-JARANG muntah, so bila dia muntah sekali haruslah aku cuak. Tapi bukanlah muntah susu atau makanan tu..tapi muntah lendir. Lately budak kecik ni memang SUSAH SANGAT nak di bagi makan. Minum susu pon tak nak. Kalau dapat suap nasi 3 sudu pon dah cukup banyak. Tu yang perutnya masuk angin. Kadang2 aku tengok sampai terhuyung hayang waiz tu...tak makan, mana nak ada tenaga! Tapi nak main!! 

Emm..balik ni aku kena beli makanan yang dia suka. Tapi budak seumur waiz ni..makanan apa yang dia suka? Ice cream? Cekedis/jajan? Mee Maggi? Coklat..gula-gula? Aishh..manalah nak sihat kalau makan benda macam tu! Kat tv pulak banyak iklan makanan ringan cam ni..sampai waiz pon pandai  mintak makan tu semua. Peningnya....

Bos, aci dok saya nak tido jap..


p/s: eh..kat Terengganu ni dah berapa hari asyik hujan jer. 3 bakul baju tak berbasuh!!

Sincerely...

Tuesday, November 22, 2011

Renung-renungkan..


Amik from FB..

Bagus untuk amalan kita semua..

Renung-renungkan..dan selamat beramal.


Sincerely...

Tahniah Harimau Malaya

Tahniah untuk pasukan Harimau Malaya...

Aku tak follow sangat game malam tadi..sebab pas Malaysia berjaya sumbat satu gol, terus aku tertido. Mula2 tu bukan main semangat aku teman MKS tengok bola..lepas waiz tido, aku pon tido sama dengan budak kecik tu..hehehe.



Waiz pon suka dengar lagu ni..lebih2 lagi part chorus tu.



p/s : ingatkan boleh cuti hari ni..hiks

Sincerely...

Friday, November 18, 2011

Finally..Dapat Jugak Makan

Orang lain dah berzaman makan..aku baru dapat makan tau! Sedih tau..MKS bukannya nak layan selera makan aku ni. Dia takut aku makin gemuk..keh keh keh.

Dapat beli ni pon sebab kebetulan aku pergi kuar duit kat Petronas..terus beli. Makan dalam kete sorang2! Puas hati..takde waiz..takde MKS!


Sincerely...

Thursday, November 17, 2011

Bila Nak Tengok?















Baru2 ni anak saudara MKS [Along] masukkan cite baru lagi kat aku. Cite dulu 'Dessert Girl' & 'City Hunter' pon tak abis lagi. Dan tengok 'Playful kiss' jer..tu pon sebab tajuk cam best jer kan. Ingatkan banyak sangat adegan kiss-nya..nan hado!

'9 End 2 Outs'..'Coffee House'..'Heartstring'..bila lah aku nak menengoknya? Tunggu cuti panjang nanti kot..emm. Running Man tu macam game show..Along kata kelakar. Aku kat rumah boleh dengar suara dia gelak terbahak-bahak. Nanti ai nak test tengok..betul ke kelakar. Sebab sekarang ni aku memang memerlukan cite2 yang lawak, sebab akhir2 ni hati & jiwa ni asyik nak sentap jer..too sensitive!


Sincerely...

Wednesday, November 16, 2011

Shopping Di Desa Murni

Tajuk tu..gayanya cam aku jer yang shopping yer. Oh no no no..tengah2 bulan ni manalah mak ada duit nak shopping! Aku cuma tolong bawakkan orang pergi shopping kat Desa Murni ni.

Al-kisahnya my cousin [Kak Fia] dari Sabak Bernam ada turun ke Terengganu baru2 ni. Ada pertandingan KIK kat TTI. 2 bas datang dari selangor..stay kat hotel Sri Malaysia. Eh KIK tu apa yer? Padahal aku ada nampak banner kat tepi jalan tu..bagi tau pasal program KIK ni..tapi tak pasti ape dia. Yang aku tau masa belajar dulu..KIK ni "Kolej Islam Klang"!

Pagi tu rombongan Kak Fia ni dah jalan2 kat Pasar Payang..so petang tu MKS ajak Kak Fia pergi Desa Murni. Kot-kot nak beli kain Era Pajira..hehehe. Dalam kol 3pm kitaorang amik Kak Fia & kawan2nya kat hotel..terus pergi Desa Murni kat Pengadang Baru. Hujan lebat...sampai tak nampak jalan, tapi redah jugak. Naik kete..bukan basah pon kan?
Seingat aku..ni kali kedua aku singgah Desa Murni. Mula2 tu saje nak tengok kain & tudung Era Pajira ni..tapi harga sangat lah membunuh ko. Tak mampu aku nak beli. Lepas tu..tak pernah singgah sampai ke sudah. Walaupon hari2 lalu kat Desa Murni..tapi tak berani nak singgah ko!
Ni lah dutanya..Era Pajira! Alah..ai ni darah jawa, slang pon bunyi jawa..jangan marah yer. Lama jugaklah Kak Fia dan kawan2nya membelek kain. Naik lenguh kaki aku berdiri kat situ. Dari tak ada orang, sampai penuh kedai tu..sebuah bas datang! Sampai sorang pakcik tu ingat aku salesgirl kat situ..matik!
Tudung jer RM350. Ko mampu pakai tudung harga RM350? Aku ni beli tudung rege RM20 pon pikir dua poloh empat kali..ni pulak nak beli tudung rege beratus-ratus. Tapi sape yang mampu..apalah salahnya kan.

Eh mula2 tu aku ingat Desa Murni jual kain mahal2 jer..rupanya sangkaan ku meleset! Yang mahal tu kain & tudung Era Pajira je. Kalau sutera2 lain macam kat Pasar Payang tu..kat sini adalah LEBIH MURAH okey! Ni Kak Fia sendiri yang kata..sebab pagi tu die tengok harga kat Pasar Payang untuk sejenis sutera ni RM250 [setelah abis menawar], tapi kat Desa Murni ni cuma RM230. Walaupon harga semua sutera kat Desa Murni ni harga tetap...tapi memang murah. Berbaloi-baloi dari beli kat Pasar Payang tu.

Lagi satu..orang luar memang tak kan tertipu kalau beli kat Desa Murni ni, sebab harga memang tak berubah [harga tetap]. Ko cakap KL pon harga cam tu..cakap Ganu pon harga gitu gak. Kat Pasar Payang ni..ko kena pandai tawar-menawar. Kalau sombong cakap KL sangat..memang kena harga tinggi kaw-kaw lah.

Kak Fia beli jugak sutera Era Pajira tu..corak abstrak. Harga dalam RM200++..tapi dia kata murah sebab dia beli kat Sabak harga RM400++ ko! Aissh..aku kalau jual kat Sabak ni..boleh kayo.
See..harga kemeja sutera yang dah siap jahit, tak sampai RM100 pon. Murah kan? Kalau beli kain pasang..upah jahit lagi, dapat ke harga gitu? Tapi corak ni..corak lama lah sikit, hehehe.
Yang ni aku berkenan..tapi tak beli pon. Corak baru..kemeja lengan pendek, cuma RM79. Baju kurung siap pon ada..tapi aku lupa nak snap.

Kak Fia amik sehelai kain kat sini..kawan dia sorang tu amik sehelai, sorang lagi amik 3 helai! Menangis aku tengok kawan Kak Fia tu beli sampai 3 pasang sutera. Tak pe lah..orang gomen memang kena pakai baju batik kan.

Aku ni..beli sutera 2 kali jer. Satu tu untuk pakai konvo masa diploma dulu, pastu masa konvo ijazah..hehehe. Tak pasti muat tak lagi baju aku tu..leceh nak jaga sutera ni. Aku ni dah lah nak hantar dry cleaning malas, iron lagi...biarlah tak pakai sutera pon, huhu.

Eh sape datang Terengganu tu silalah pergi shopping kat Desa Murni ni. Tak reti jalan..tanya aku ek. 5 minit jer dari rumah aku ni..no hal lah!


Sincerely...

Pengsan!

Dah berapa hari aku tak publish apa2 n3? Sehari..dua hari..3 hari? Sejak akhir2 ni bizi sikit..menguruskan diri sendiri yang masih terkontang kanting, hehehe. Badan sekarang ni masih tak berapa sihat..masih nak sesuaikan diri dengan tempat kerja [eh..ai tak tukar kerja lah..kerja kat ofis lama jugak].

Hari Ahad lepas..sehari kat klinik, cek darah..cek gigi. Sebab masa ni, aku drive sendiri..pergi ke sana sini..memang penat. Balik kerja tu..terus pengsan [tido]. Penat ya amat..kalau mengadap kat hospital kerajaan ni memang lambat kan? Nasib baik ai jumpa doktor hensem..hehehe.

Hari Isnin kena pergi klinik balik...buat proses yang sama.  Tapi kali ni MKS yang hantarkan. Penat jugak..balik rumah pengsan sekali lagi!

Semalam..jumpa my cousin [Kak Fia]. Pastu bergegas ke Hospital KTS. Pakcik MKS sakit..dah 4 hari warded. Tak nak jenguk..tak sedap pulak. So singgah kejap. Pakcik MKS kena operate sikit..tapi sekarang dah okey. Lepas tu terus amik Kak Fia..siap shopping [----> ni nanti ai cite] hantar Kak Fia ke hotel semula.

Pastu terus ke Kg Tok Beng..nak beli kerepok lekor sedap punya pasal! Tapi bila sampai..tengok orang dah basuh periuk, memang tak ada rezeki..habis! Beli jugak yang separa goreng tu..boleh tahan lama sikit. Nak kirim ke Kak Fia..untuk abah aku & adik aku. Balik rumah Maghrib...lepas Isya', pengsan lagik!

Kira berapa kali aku pengsan? Ni pon rasa nak pengsan!


Sincerely...

Sunday, November 13, 2011

K.E.D.E.K.U.T















Ada beberapa n3 aku nak cite kat korang, tapi rasa cam 'kedekut' nak publish lah..hehehe ----> Ada gak orang peragai cam ni ek?

Sincerely...

Saturday, November 12, 2011

Kelak Tidurmu Sendirian

Sebenarnya sejak lahir lagi waiz tak pernah tido sorang2. Memang kami bertiga akan tido sama2 kat ruang tamu..depan tibi. Bentang 1 tilam single, 1 tilam queen. Aku dengan waiz ni memang lasak time tido. Esok pagi tengoklah sapa yang tindih sapa..kadang2 aku tindih budak tu, kadang2 waiz tindih aku! Tapi biasanya memang MKS yang akan tido tengah2..sebagai perisai/penghadang antara aku dan waiz, hehehe.

Nak dijadikan cerita, raya haji kedua hari tu..tak tau nak buat kat rumah. So aku ajak MKS kemas bilik sebelah kami untuk jadikan bilik waiz. Bilik tu penuh dengan barang2..dah macam stor. Satu hari jugaklah nak mengemas dan meng'deko' bilik untuk waiz. Dah siap kemas..kena kemas bilik kitaorang pulak. Sebab dah hampir 2 tahun kitaorang tak tido kat bilik tu. Tilam pon tak berbalut dengan cadar..bogel cam tu jer. Plus habuk lagi. Masuk bilik untuk amik baju dan solat jer.

Festime masa waiz tido dalam bilik dia..MKS suruh aku temankan. Takut dia terjatuh katil jer. Sebab budak kecik tu mana pernah tido atas katil [kecuali masa baby dulu]. Dah lah time tido lasak gile..tapi nasib baik tak jatuh malam tu.

Malam kedua aku jugak kena teman waiz tido dalam bilik dia. Time ni pon okey..tak ada berlaku apa2 eksiden yang tak diingini.

Malam ketiga..lepas dia tido, aku cabut masuk bilik. Tido dengan MKS [ngeh ngeh] Berdoa..harap budak tu tak jatuh. Walaupon dah letak bantal keliling dia..tapi cuak jugak. Tapi aku perasan tengah malam MKS bangun gak tengok budak tu..hehe.

Tapi..dalam kol 5a.m tu, waiz bangun. Tiba2 terpacul tepi kepala katil aku! Terkejut aku..ingatkan 'alamak toyol', hiks. Budak tu panjat katil kitaorang..menyempit lah tido kat tengah2. Bangun pagi..tengok budak tu ada kat celah kaki aku. Patutlah sedap jer aku buat bantal peluk..hahaha.

p/s: Nasib baik waiz tak nanges masa bangun sorang2 kat bilik dia tu..dah lah gelap!

Sincerely...

Friday, November 11, 2011

Nasib Orang Tak Pandai Masak

Kalau kat kampung aku..time raya korban, tengah hari raya pertama tu mesti dah dapat makan sup lembu. Nak nak sup yang Kak Fia [cousin] buat..pergh memang sedap. Ada pulak sambal kicap..meleleh. Tapi kat sini tak merasa langsung sup lembu...huhu. Tak ada sape nak buat..waaa

Aku cam nak nak masak sendiri hari tu..tapi takut kena kutuk dengan MKS, terus cancel! Sebab before tu aku try buat daging masak kunyit. Tapi MKS kata dagingnya liat..aku potong tak betul. Tak pass lagi teknik potong daging aku ni..terus mogok tak mau masak! Tu ada 2 plastik lagi daging kat dalam peti sejuk. Tak tau bila nak masak..hiks. [nak tanya..kalau tak nak buat daging tu liat, kena potong ikut urat dia or lawan urat?]

So petang selasa hari tu, lepas balik kerja terus ajak MKS makan kat luar. Memang teringin sangat nak pekena sup tulang. MKS bawak gi Telanai Seafood.
Before sup tulang sampai..kitaorang order kerang rebus. Elok untuk tambah darah yer ibu2 hamil. Aku dulu masa mengandungkan waiz..hari sebelum cek kat Klinik Kesihatan, mesti makan kerang/ikan bilis banyak2..hehehe. Sebab bp asyik low jer..tensiion.
MKS memang order mee goreng basah jer. Dia kan diet..keh keh. Aku dengan waiz makan nasi plus sup tulang. Dah lah masa tu sejuk..tengah hujan. Hirup sup panas2..memang nikmat. Tapi still tak boleh lawan sup Kak Fia..wah kipas mati ni.
Nak jugak tunjuk gambar budak kecik sorang ni..minum air sorang2. Kalau dah dapat kat dia..jangan haraplah nak tumpang rasa..cis!


p/s: bulan 12 ni genap umor waiz 2 tahun:)


Sincerely...

Thursday, November 10, 2011

Homemade Choc

Hari tu aku dah bagitau nak cite pasal buat homemade choc tu kan? Nasib baik sis PR ingatkan..kalau tak berjaman lah ai lupa nak karang n3 ni, hiks.

Sebenarnya aku pon 1st time tengok orang buat coklat ni. Anak saudara MKS [Mukminah] yang duduk kat KL tu yang bawak semua bahan2nya. So aku tak taulah kat KT ni ada jual ke tak..huhu. Kalau tak ada..nanti aku nak kirim kat Mukminah kalau dia balik kampung. Boleh Minah?
from Google
Kalau nak buat homemade choc ni kenalah ada coklat. Coklat ni lah yang Mukminah guna hari tu..jenama Beryl's. Ada milk choc, dark choc & white choc. Jenama ni memang sedap lah..makan macam tu pon dah sedap. Harga pon murah..tak silap aku dalam RM7.80 untuk 1 kg. Boleh buat lebih seribu ketui choc tau!

from Google
Pastu kena ada acuan ni..ni pon murah jer. Kurang dari RM3. Macam2 bentuk ada. Bila dah ada 2 benda ni barulah boleh start buat choc. Caranya senang jer..panaskan air hingga mendidih. Lepas tu cairkan coklat dengan menggunakan teknik 'double boiler'. Hati-hati..coklat tu jangan sampai masuk air yer.
Ni yang kitaorang buat hari tu..ni lapisan pertama. Yang warna pink tu..Mukminah  dah tambah stawberry emulco [botol cam esen vanilla] kat white choc. Jadi ada bau stoberi dan masam2 sikit. Kat milk choc tu..Mukminah letak badam. Lepas sejukkan dalam peti sejuk..bolehlah letak lapisan kedua. Sampai penuh acuan tu okey..
Taraaaa....dah siap. Memang sedap. Senang dan murah. Selama ni aku beli jer...hiks. Lepas ni aku nak survey kat kedai bakery..ada tak jual bahan2 nak buat choc ni. Kalau tak de..kenalah tunggu Mukminah...


Sincerely...

Wednesday, November 9, 2011

BBQ

Tahun lepas my SIL [Kak Nah] yang buat BBQ, jemput kitaorang makan..so tahun ni request nak buat BBQ jugak. Tapi kali ni kena masak sama2 & share duit untuk beli bahan. So..bereh. Aku memang suka membizikan diri ni..rela penat & letih dari buat taik mata je kat rumah!

Sambungan dari entry ni, dalam pukul 2pm aku bangun. Mandi dan solat..pastu terus pergi rumah SIL. MKS & budak kecik tu masih tido..tak masak pon untuk lunch. Pandai2 lah korang makan nasi goreng pagi tadi & nasi lemak yang pengasuh waiz bagi..hehe.

My SIL yang lain tak datang pon lagi..aku sorang2 jer dah terpacak kat rumah Kak Nah sebab tak sabar nak memasak! Mula2 potong sayur untuk direbus nanti. Ayam..awal2 Kak Nah dah perap. Daging..masih menanti kot2 ada orang bagi nanti. Masa kat rumah, aku tertunggu-tunggu gak..tak de orang bagi daging ke tahun ni. Ke kitaorang tak dengar masa tido tadi..emmm.

Sementara tunggu Kak Mah [my SIL] datang..aku sempatlah jugak belajar buat coklat dengan Mukminah [Anak saudara MKS]. Selama ni beli jer..rupa2nya senang jer nak buat homemade choc ni. Ni nanti aku tunjuk kat entry lain yer. Rasanya lagi berbaloi kalau buat sendiri. Time ni Mukminah sempat jugak buat kek coklat..tapi yang ni aku tak sempat tengok sebab bizi potong sayur..hehehe.

Lepas Kak Mah datang, baru kitaorang start masak nasi goreng. Pastu kaum2 adam [MKS & my Biras ---> suami Kak Nah & waiz] & anak saudara MKS yang lain dah start bakar ayam. 7 ekor ayam tau! Plus daging skit. Tempat bakar buat sendiri..boleh letak banyak2. Aku join gak bakar ayam ni..tapi kejap jer. Sebab semput menyedut asap..hehehe.
Tu dia..jangan sampai rentung dah lah yer. Ramai perempuan..sebab anak2 Kak Nah aku semua perempuan. Ada waiz..tapi dia kecik lagi. Sibuk main dengan penyapu!  Kesian budak tu..selalu main sorang2, sebab cousins dia sebelah MKS ni semua dah besar2. Ada yang dah kawen..belajar U. Paling kecik pon darjah 6.
Yang baju ijau tu..tukang sibuk & tukang rasa jer. MKS ni anak bongsu..manja lah sikit. Memang tak reti nak buat2 kerja ni..reti bagi arahan jer. Sebab dah biasa harapkan kakak2 dia. Lepas kawin dengan aku jer baru pandai sikit buat kerja..hiks.

Siap goreng nasi, kitaorang goreng keropok keping, nugget dan french fries pulak. Anak2 dara merebus segala mak nenek sayur. Settled semua..mandikan budak kecik tu, solat. Lepas Isyak baru start aktiviti makan. Before makan buat tahlil sikit..alhamdulillah.
Anak2 saudara MKS..yang tengah tu lagi tua dari aku. Tengah hamil anak ke-4..memang produktif, insyaallah awal tahun depan aku dapat cucu saudara lagi, yang ke-9. Punyalah banyak makanan, selain yang kitaorang buat..Kak Ha [my SIL jugak] bawak puding koktel, air koktel, keropok lekor, ubi rebus & ketupat palas.
Budak kecik ni seronok di layan dengan Ayoh Ngohnya [abang Usop aka abang MKS]. Tudung purple tu Kak Nah aku..tuan rumah. Baju merah tu aku..muka letih sangat, ingat nak balik rumah jap masa Maghrib tu tuk tukar baju..tapi tak sompat. Kat belakang tu Kak Mah..tudung hijau tu  pulak Kak Yah [isteri Abg Usop]
Yang pasti ni bukan pinggan aku..sebab semua gambar ni aku amik kat facebook Mukminah. Gambar2 yang MKS amik aku tak ingat nak transfer lagi.

Time makan2 ni aku pon tak berapa selera nak makan dah sebab penat sangat. Memang tabiat aku..kalau dah penat sangat memang tak selera nak makan. Kalau diberi pilihan makanan atau bantal..aku pilih bantal walaupon hakikatnya perut tengah lapar masa tu! Nasib baiklah MKS memang memahami perangai aku ni. So masa bakar ayam tadi..dia dah siap2 suruh aku rasa ayam tu dulu. Sempatlah rasa 2 ketul. Masa goreng nugget & french fries tadi pon aku dah ngap ngap dulu..hehe.

Dalam kol 11.30pm baru kitaorang balik. Balik rumah mandi kejap..tukar baju, terus tido! Fenatt..fuh. Tapi berbaloi-baloi. Seronok dapat kumpul anak beranak..walaupon ramai yang tak dapat join sama sebab ada komitmen lain. At least terubat rindu aku kat kampung halaman.



Sincerely...

Tuesday, November 8, 2011

Raya Haji Yang Kureng..

Masuk tahun ni rasanya dah 4 tahun berturut-turut aku raya Haji kat Terengganu jer. Memandangkan raya pose aku dah balun balik Sabak..tak kan lah raya Haji ni aku kejam sangat nak suruh MKS bawak aku balik kampung kan. Walaupon dalam hati ni nak sangat2 beraya kat kampung sendiri.

Tapi disebabkan masalah kewangan dan cuaca yang tak menentu, terpaksalah rela hati beraya di Terengganu sahaja. Kalau balik kampung..memang kena guna duit banyak. Nak service kereta, minyak, tol, duit belanja kat sana lagi. Cuaca pulak asyik hujan jer. MKS memang susah nak tinggalkan kedai dia kalau musim2 hujan ni, sebab kawasan kedai dia kat Chendering tu selalu naik air.

Pagi raya col adik aku kat kampung [yang beraya sorang2 jugak sebab abg2 dan kakaknya x balik!], katanya makcik aku kat sebelah rumah tu masak ketupat, rendang..macam2 menu lah. Terliur aku dengar. Aku kat sini masak nasi goreng dengan cucur udang jer! Sadis betul..feeling cam duduk kat Jepon & London jer! Padahal boleh jer kalau nak masak best2 cam tu..bukan susah nak cari bahan2 kuah kacang dan rendang. Tapi MKS tak makan semua2 tu..berpantang. Dia reti makan nasi dagang jer! Grrr..

Bila aku pergi rumah my SIL..dia pon tak buat apa2..just buat bihun goreng. Bedal jer lah..sebab kat rumah aku tak makan pon nasi goreng yang aku masak tu. Tak selera tau..pagi2 orang makan sedap2, kita makan nasi goreng! Langsung tak ada feel nak beraya..baju kurung pon tak pakai. Tapi okey lah sikit dari raya haji tahun sebelum ni. Pagi raya pergi makan kat Mekdi je..lagi keshiiaaan. Tu lah nasib orang tak reti masak cam ai ni. Nasib baik raya Haji..kalau raya Puasa, mau aku nanges guling2 ajak MKS balik Sabak..keh keh.

Kol 12pm..waiz tido, kitaorang pon join tido jugak lah!



Sincerely...

Friday, November 4, 2011

Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah



p/s: Tak ada kena mengena dengan hidup aku..cuma suka dengar lagu ni.

Sincerely...

Thursday, November 3, 2011

Cari Nahas Namanya..

Ada lagi jenis orang macam ni yer. Suka mengejek dan mengata negeri orang lain..bahasa orang lain..adat orang lain. Ingatkan dah aman damai dengan Satu Malaysia ni..isshhh.

Ni memang saja nak kena katok dengan orang Ganu je..hehe. Aduh, kadang2 aku kesian dengan orang cam ni..kenapalah pendek akal sangat nak tulis kat wall facebook tu. Suka sangat menaikkan kemarahan orang lain..

















Aku pon bukan orang Terengganu..tak kisah pon cakap bahasa Terengganu ni. Reti jer cakap Terengganu. Tak pernah makan telur penyu pon..tapi still boleh belajar cakap Terengganu.


Sincerely...

Wednesday, November 2, 2011

WW



Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal