Tahun lepas my SIL [Kak Nah] yang buat BBQ, jemput kitaorang makan..so tahun ni request nak buat BBQ jugak. Tapi kali ni kena masak sama2 & share duit untuk beli bahan. So..bereh. Aku memang suka membizikan diri ni..rela penat & letih dari buat taik mata je kat rumah!
Sambungan dari entry ni, dalam pukul 2pm aku bangun. Mandi dan solat..pastu terus pergi rumah SIL. MKS & budak kecik tu masih tido..tak masak pon untuk lunch. Pandai2 lah korang makan nasi goreng pagi tadi & nasi lemak yang pengasuh waiz bagi..hehe.
My SIL yang lain tak datang pon lagi..aku sorang2 jer dah terpacak kat rumah Kak Nah sebab tak sabar nak memasak! Mula2 potong sayur untuk direbus nanti. Ayam..awal2 Kak Nah dah perap. Daging..masih menanti kot2 ada orang bagi nanti. Masa kat rumah, aku tertunggu-tunggu gak..tak de orang bagi daging ke tahun ni. Ke kitaorang tak dengar masa tido tadi..emmm.
Sementara tunggu Kak Mah [my SIL] datang..aku sempatlah jugak belajar buat coklat dengan Mukminah [Anak saudara MKS]. Selama ni beli jer..rupa2nya senang jer nak buat homemade choc ni. Ni nanti aku tunjuk kat entry lain yer. Rasanya lagi berbaloi kalau buat sendiri. Time ni Mukminah sempat jugak buat kek coklat..tapi yang ni aku tak sempat tengok sebab bizi potong sayur..hehehe.
Lepas Kak Mah datang, baru kitaorang start masak nasi goreng. Pastu kaum2 adam [MKS & my Biras ---> suami Kak Nah & waiz] & anak saudara MKS yang lain dah start bakar ayam. 7 ekor ayam tau! Plus daging skit. Tempat bakar buat sendiri..boleh letak banyak2. Aku join gak bakar ayam ni..tapi kejap jer. Sebab semput menyedut asap..hehehe.
Tu dia..jangan sampai rentung dah lah yer. Ramai perempuan..sebab anak2 Kak Nah aku semua perempuan. Ada waiz..tapi dia kecik lagi. Sibuk main dengan penyapu! Kesian budak tu..selalu main sorang2, sebab cousins dia sebelah MKS ni semua dah besar2. Ada yang dah kawen..belajar U. Paling kecik pon darjah 6.
Yang baju ijau tu..tukang sibuk & tukang rasa jer. MKS ni anak bongsu..manja lah sikit. Memang tak reti nak buat2 kerja ni..reti bagi arahan jer. Sebab dah biasa harapkan kakak2 dia. Lepas kawin dengan aku jer baru pandai sikit buat kerja..hiks.
Siap goreng nasi, kitaorang goreng keropok keping, nugget dan french fries pulak. Anak2 dara merebus segala mak nenek sayur. Settled semua..mandikan budak kecik tu, solat. Lepas Isyak baru start aktiviti makan. Before makan buat tahlil sikit..alhamdulillah.
Anak2 saudara MKS..yang tengah tu lagi tua dari aku. Tengah hamil anak ke-4..memang produktif, insyaallah awal tahun depan aku dapat cucu saudara lagi, yang ke-9. Punyalah banyak makanan, selain yang kitaorang buat..Kak Ha [my SIL jugak] bawak puding koktel, air koktel, keropok lekor, ubi rebus & ketupat palas.
Budak kecik ni seronok di layan dengan Ayoh Ngohnya [abang Usop aka abang MKS]. Tudung purple tu Kak Nah aku..tuan rumah. Baju merah tu aku..muka letih sangat, ingat nak balik rumah jap masa Maghrib tu tuk tukar baju..tapi tak sompat. Kat belakang tu Kak Mah..tudung hijau tu pulak Kak Yah [isteri Abg Usop]
Yang pasti ni bukan pinggan aku..sebab semua gambar ni aku amik kat facebook Mukminah. Gambar2 yang MKS amik aku tak ingat nak transfer lagi.
Time makan2 ni aku pon tak berapa selera nak makan dah sebab penat sangat. Memang tabiat aku..kalau dah penat sangat memang tak selera nak makan. Kalau diberi pilihan makanan atau bantal..aku pilih bantal walaupon hakikatnya perut tengah lapar masa tu! Nasib baiklah MKS memang memahami perangai aku ni. So masa bakar ayam tadi..dia dah siap2 suruh aku rasa ayam tu dulu. Sempatlah rasa 2 ketul. Masa goreng nugget & french fries tadi pon aku dah ngap ngap dulu..hehe.
Dalam kol 11.30pm baru kitaorang balik. Balik rumah mandi kejap..tukar baju, terus tido! Fenatt..fuh. Tapi berbaloi-baloi. Seronok dapat kumpul anak beranak..walaupon ramai yang tak dapat join sama sebab ada komitmen lain. At least terubat rindu aku kat kampung halaman.
Sincerely...
30 comments:
aktiviti yang sangat besh kan???
best best best...
suka BBQ nie...
tapi jarang2 dpt buat :)
syoknyeee, series besh...suasana masa ni mesti meriah kannn
Wah seronoknya....
sian waiz, takde geng eh...
Salam wida,
Seronokkan boleh berimpun ramai2 macam ni...masak ramai2 makan ramai2..menu dia pun best.
wahh!! syiokk tu bbq...
Tertarik dengan MKS yang tak pandai buat kerja2 dapur, tetiba pandai bila dah kawen... Itu kena kasi kredit kat isteri dialah tu, pandai train..! Hahaha...
@cheqna yup..best
@rasp
byk kerja nak buat kalau bbq ni..tp bila rmai2..best
@mzhany dpt kumpul rmai2 tu yg best
@RYS AREESA NASIR hehehe..seronok jugak
@wahida ngeh ngeh..biar dia sorang2!
@Ros
tq singgah sini..
@deqnoor hiks..mmg syok
@Kamariah Awang alahai..malu lah.
wakduh... kepingin tgk penuh sepinggan tu... huh
bestnya BBQ!!!!
bestnyaaa i likeee bbq terliur tgk huhu...
wida jgn lupe ek... tunjuk cara nak buat homemade choc yer. nak tau gak
Wah..dah post eh BBQ ari 2.. tertibe rasa berbangga plak nama kite ada kat cn..^^
perghhh banyaknye ayam buat BBQ dikk , bukan main besar tempat membakar nieee :)
@NM02
Sabar sis..hehehe
@sW33tdARLiNG mmg best!!
@Hanis MY oh kesiannya hanis jauhh
@pena rozie tq ingatkan..nyaris terlupa:)
@Mukminah Wahab tuan puan..ni lah mukminah!
@ieda
keluarga besar kak..kenalah masak byk
mestilah best...wat BBQ..seronok kan..;d
@Run Away seronokkkk
Post a Comment