Tuesday, November 29, 2011

Hilang Yang Bermakna

Fuh..title n3 cam tajuk filem tu...

Yer, aku tau dah 2-3 hari aku hilang..ada sape2 yang mencari ker..yang rindu ker? Tak ada? Okey...nak sentap

Lepas waiz baik sikit dari demam, aku pulak yang demam. Tapi aku tak MC pon sebab kebetulan hari Isnin semalam ada meeting. Mengenangkan report aku tak siap lagi..kena jugaklah menapak pergi kerja dengan hingus meleleh-leleh + semput + demam + sakit kepala + sakit badan! Sebab tulah blog aku pon tak ber-update. Tapi aku singgah blog2 kowang semua tau!

Lagi satu..aku sibuk menyedut filem Twilight baru ni..Breaking Down [Part 1]. Semua orang dok cite dah tengok cite ni kat cinema, haruslah aku sentap okey [Sekarang ni kerja nak sentap jer..keh keh]. Disebabkan kat Terengganu ni tak ada cinema..maka jenuh lah aku mencari website2 mana yang dah upload cite Twilight ni. Nasib baik syok.org dah ada..tapi gambar tak berapa nak cun lah, sebab orang yang upload pon amik filem tu masa tengok kat cinema jugak!

Tak pelah, buat sementara waktu ni..janji aku dah tengok si Bella Swan & Edward Cullen tu kahwin dan ber-honeymoon. Nanti bila kuar CD..aku nak rembat gak. Tak sabar nak tunggu Breaking Down [Part 2] pulak. Tahun depan pulak tu..!!

Masa cuti Maal Hijrah..kitaorang 3 beranak pergi jugak karnival Upin Ipin kat Riyaz Heritage tu. Demam2 pon aku gagahkan diri bawak waiz pergi tau. Padahal budak kecik tu tak ada perasan pon! Aku je yang lebih2. Elok2 budak tu baru nak baik demam..malam tu demam balik! Aduh. Salah aku jugak..bawak dia pergi kat tengah panas..emm. Nasi dah jadi bubur..sebagai peringatan di masa depan.


Sincerely...

12 comments:

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ooo tak sihat ek sis...
mmg tengah musim lah....
hopefully now dah much better...
i pun lum tgk lagi citer twilight tu taw...
jom kita sentap berjemaah...
eh eh tak leh...u dah tengoh kan huhuhuhu...
me sentap sensorang :D

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Cepat sembuh yer Wida... jangan sentap banyak2 sangat... Hehe...

Nora Deena said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sian mama waiz demam rupanyer... musim demam skang ni. sis pun baru baik dr demam..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@rasp
hehehe..sis bila2 masa je boleh tgk kat cinema nnti

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamariah Awang okey dah ma..tq:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Deena Yasmin yelah..gi klinik pon ramai org yg demam.musim skrg kot

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

menyedut filem? baru first time akak dengar istilah ni...hihi.

rajin wida ya? akak tak pernah download filem atau menyedut filem ni...

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ishhh ingatkan bermakna apa tadi...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sW33tdARLiNG kih kih

aliza said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

karnival upin ipin.. anak2 akak pon p masa kat shah alam... siap ilang lagi anak akak, nasib baik jumpa kat atas pentas .. dia syok tengok rumah upin ipin...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@aimaniman ish..takutnya kalau hilang anak

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@~ yus ~ sedut..word yg paling molek

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal