Thursday, November 24, 2011

Musim Hujan..Musim Demam

Rasanya dah bagi tau b4 ni si budak kecik tu tak berapa sihat..demam. Terengganu ni pon dah beberapa hari hujan jer. Hari ni baru nampak matahari sikit. Harap2 keringlah baju2 aku tu..ada sebakul lagi baju kotor tak sempat basuh pagi tadi..hiks.

Dalam tempoh waiz demam ni..memang dia tak makan nasi. Susu pon susah nak minum. Rupa-rupanya bila cek kat doktor, tekak dia dah bengkak. Sebab tu dia rasa tak sedap nak telan makanan & minuman. Semalam lepas amik dia kat rumah Tok Mi nya..lembik jer budak tu. Pastu diam jer. Memang jaranglah dapat tengok budak tu duduk diam dan senyap macam tu. Susah hati aku dibuatnya bila tak dengar suara dia memekak.

Papanya ajak jalan2..nak bagi dia happy. Lepas tu nak pujuk dia makan. Pergi Losong, cari keropok lekor..offer kat waiz..dia tak nak. Papanya beli air kotak & biskut tiger pon tak nak. Pastu pergilah farmasi..cari Appeton untuk buka selera kanak-kanak. Yang tu dia makanlah..dia ingat gula-gula kot. Pas makan satu nak lagi..nak lagi..emmm. Ingatkan pas makan Appeton..terbukalah sikit selera dia, tak jugak. Papanya makan nasi goreng...sikit dia tak pandang. Biasanya dia yang sibuk nak suap nasi tu dulu!

Sampai rumah..air tak minum, susu pon tak minum. Tapi dia makan buah delima sikit [buah feveret waiz ni]. Pastu terus tido..pukul 4a.m tadi dah bangun, terus mintak susu. Lepas tu terlompat-lompat atas katil orang [dah sihatlah tu..boleh lompat2]..suruh bukak tv. Sabor je lah. Sudahya..tak tido aku, bangun basuh baju!!
Muka budak demam..masa aku amik kat rumah Tok Mi, satu badan dia sejuk. Pakaikan sweater..stokin bagai, pastu peluk dia kuat2.

Cepat sembuh yer sayang.

Sincerely...

14 comments:

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

harap lepas nih selera makan nyer kembali yer...

Daddylicious said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

apa lagi kalau bukan itu yg selalu datang sekaligus...:)

PCL said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

musim cuti sekolah, demam memang tak best kan nak ke mana2 ....ank2 pcl dua2 nya pon demam gak...kita kena take care dorang sbb demam cmni tak leh pandang ringan...bawa jmp dokter ambil ubat.

lizz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ololo cian nengok waiz... makan ubat k...moga cepat sembuh...bagi waiz minum air masak banyak2...

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sian waiz...cepat baik ye sayang...

Kazman & Sue said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kami pun demam jugak... tapi sekarang syukur alhamdulillah beransur sihat....

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Papa Mifz insyallah

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Daddylicious :)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@PCL
budak2 lagi bahaya..takut kena sawan

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lizz
tq:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@wahida tq sis:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kazman kesiannya..take care ok

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

rindunye ngan waiz...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna bila nak dtg sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal