Wednesday, November 16, 2011

Shopping Di Desa Murni

Tajuk tu..gayanya cam aku jer yang shopping yer. Oh no no no..tengah2 bulan ni manalah mak ada duit nak shopping! Aku cuma tolong bawakkan orang pergi shopping kat Desa Murni ni.

Al-kisahnya my cousin [Kak Fia] dari Sabak Bernam ada turun ke Terengganu baru2 ni. Ada pertandingan KIK kat TTI. 2 bas datang dari selangor..stay kat hotel Sri Malaysia. Eh KIK tu apa yer? Padahal aku ada nampak banner kat tepi jalan tu..bagi tau pasal program KIK ni..tapi tak pasti ape dia. Yang aku tau masa belajar dulu..KIK ni "Kolej Islam Klang"!

Pagi tu rombongan Kak Fia ni dah jalan2 kat Pasar Payang..so petang tu MKS ajak Kak Fia pergi Desa Murni. Kot-kot nak beli kain Era Pajira..hehehe. Dalam kol 3pm kitaorang amik Kak Fia & kawan2nya kat hotel..terus pergi Desa Murni kat Pengadang Baru. Hujan lebat...sampai tak nampak jalan, tapi redah jugak. Naik kete..bukan basah pon kan?
Seingat aku..ni kali kedua aku singgah Desa Murni. Mula2 tu saje nak tengok kain & tudung Era Pajira ni..tapi harga sangat lah membunuh ko. Tak mampu aku nak beli. Lepas tu..tak pernah singgah sampai ke sudah. Walaupon hari2 lalu kat Desa Murni..tapi tak berani nak singgah ko!
Ni lah dutanya..Era Pajira! Alah..ai ni darah jawa, slang pon bunyi jawa..jangan marah yer. Lama jugaklah Kak Fia dan kawan2nya membelek kain. Naik lenguh kaki aku berdiri kat situ. Dari tak ada orang, sampai penuh kedai tu..sebuah bas datang! Sampai sorang pakcik tu ingat aku salesgirl kat situ..matik!
Tudung jer RM350. Ko mampu pakai tudung harga RM350? Aku ni beli tudung rege RM20 pon pikir dua poloh empat kali..ni pulak nak beli tudung rege beratus-ratus. Tapi sape yang mampu..apalah salahnya kan.

Eh mula2 tu aku ingat Desa Murni jual kain mahal2 jer..rupanya sangkaan ku meleset! Yang mahal tu kain & tudung Era Pajira je. Kalau sutera2 lain macam kat Pasar Payang tu..kat sini adalah LEBIH MURAH okey! Ni Kak Fia sendiri yang kata..sebab pagi tu die tengok harga kat Pasar Payang untuk sejenis sutera ni RM250 [setelah abis menawar], tapi kat Desa Murni ni cuma RM230. Walaupon harga semua sutera kat Desa Murni ni harga tetap...tapi memang murah. Berbaloi-baloi dari beli kat Pasar Payang tu.

Lagi satu..orang luar memang tak kan tertipu kalau beli kat Desa Murni ni, sebab harga memang tak berubah [harga tetap]. Ko cakap KL pon harga cam tu..cakap Ganu pon harga gitu gak. Kat Pasar Payang ni..ko kena pandai tawar-menawar. Kalau sombong cakap KL sangat..memang kena harga tinggi kaw-kaw lah.

Kak Fia beli jugak sutera Era Pajira tu..corak abstrak. Harga dalam RM200++..tapi dia kata murah sebab dia beli kat Sabak harga RM400++ ko! Aissh..aku kalau jual kat Sabak ni..boleh kayo.
See..harga kemeja sutera yang dah siap jahit, tak sampai RM100 pon. Murah kan? Kalau beli kain pasang..upah jahit lagi, dapat ke harga gitu? Tapi corak ni..corak lama lah sikit, hehehe.
Yang ni aku berkenan..tapi tak beli pon. Corak baru..kemeja lengan pendek, cuma RM79. Baju kurung siap pon ada..tapi aku lupa nak snap.

Kak Fia amik sehelai kain kat sini..kawan dia sorang tu amik sehelai, sorang lagi amik 3 helai! Menangis aku tengok kawan Kak Fia tu beli sampai 3 pasang sutera. Tak pe lah..orang gomen memang kena pakai baju batik kan.

Aku ni..beli sutera 2 kali jer. Satu tu untuk pakai konvo masa diploma dulu, pastu masa konvo ijazah..hehehe. Tak pasti muat tak lagi baju aku tu..leceh nak jaga sutera ni. Aku ni dah lah nak hantar dry cleaning malas, iron lagi...biarlah tak pakai sutera pon, huhu.

Eh sape datang Terengganu tu silalah pergi shopping kat Desa Murni ni. Tak reti jalan..tanya aku ek. 5 minit jer dari rumah aku ni..no hal lah!


Sincerely...

14 comments:

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Memang kau kedekut la wida ade ke rege tudung 20 hinggit pikir 24 kali. ha...ha...ha....

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Heh KIK tu kalau kitorang nye ialah Kumpulan Inovatif & Kreatif... brainstorm atau present gamaknya Kak Fia n d team kat ganu hu hu...

hui lah mahal sungguh... tudung akak yang RM5 tu juge yang sedap dan senang dipakai he heh

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@pena rozie hahaha..berjimat cermat..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@RYS AREESA NASIR oic...kite kerja private ni manelah ada KIK semua ni..hehehe

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kuala berang ada gok..tapi dok la beso macam kat batu 6 tu

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

erk...tudung rm350...datin2 sesuai la kot...

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Tudung RM350, pekena dengan baju yang berapa harganya ek?

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@cheqna
x pernah pergi yg batu 6..hehehe.

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Papa Mifz x datin pon boleh pakai..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamariah Awang baju dalam rm400++..hehehe

NM02 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

murah giler baju batik lelaki tu... kirim boleh? hehehe

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@NM02
insyaallah..boleh jer

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

uissshhhh gigil tengok rege tudung tu....

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@rasp
sama lah kita sis..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal