Masuk tahun ni rasanya dah 4 tahun berturut-turut aku raya Haji kat Terengganu jer. Memandangkan raya pose aku dah balun balik Sabak..tak kan lah raya Haji ni aku kejam sangat nak suruh MKS bawak aku balik kampung kan. Walaupon dalam hati ni nak sangat2 beraya kat kampung sendiri.
Tapi disebabkan masalah kewangan dan cuaca yang tak menentu, terpaksalah rela hati beraya di Terengganu sahaja. Kalau balik kampung..memang kena guna duit banyak. Nak service kereta, minyak, tol, duit belanja kat sana lagi. Cuaca pulak asyik hujan jer. MKS memang susah nak tinggalkan kedai dia kalau musim2 hujan ni, sebab kawasan kedai dia kat Chendering tu selalu naik air.
Pagi raya col adik aku kat kampung [yang beraya sorang2 jugak sebab abg2 dan kakaknya x balik!], katanya makcik aku kat sebelah rumah tu masak ketupat, rendang..macam2 menu lah. Terliur aku dengar. Aku kat sini masak nasi goreng dengan cucur udang jer! Sadis betul..feeling cam duduk kat Jepon & London jer! Padahal boleh jer kalau nak masak best2 cam tu..bukan susah nak cari bahan2 kuah kacang dan rendang. Tapi MKS tak makan semua2 tu..berpantang. Dia reti makan nasi dagang jer! Grrr..
Bila aku pergi rumah my SIL..dia pon tak buat apa2..just buat bihun goreng. Bedal jer lah..sebab kat rumah aku tak makan pon nasi goreng yang aku masak tu. Tak selera tau..pagi2 orang makan sedap2, kita makan nasi goreng! Langsung tak ada feel nak beraya..baju kurung pon tak pakai. Tapi okey lah sikit dari raya haji tahun sebelum ni. Pagi raya pergi makan kat Mekdi je..lagi keshiiaaan. Tu lah nasib orang tak reti masak cam ai ni. Nasib baik raya Haji..kalau raya Puasa, mau aku nanges guling2 ajak MKS balik Sabak..keh keh.
Kol 12pm..waiz tido, kitaorang pon join tido jugak lah!
Sincerely...
16 comments:
eh...bukan ke raya haji kat terengganu lg meriah? kan..?
alahai...masak nasik goreng je? jadik la nok...
sian ko tak balik Sabak...
@Munnafendy tgk family gak..fmly hubby ni x brpa..emm
@wahida mmg sis..sian!
tertunggu-tunggu n3 hr ry sis ni..mesti ada mknan sodap2
patut rasa kureng.. mmg mcm xraya je. korban xtahun ni?
uikksss, kalau area kampung hany mmg masak2 beriya then tukar tukar juadah jugak, lepastu ziarah sanak saudara je lah. hurmmm xpe lah wida, huhu dpt jugak makan nasi goreng ;)
kt trg nie tak berapa meriah raya haji nya..
macam tak raya pun ada..kalau kita ambil bahagian korban baru ada feel raya...
Ma pun simple jugak tahun ni... Tapi dapat jugak makan nasi arab! Hmmm... asal bahagia...
mmm akak rasa kalau tak kerana laki akak pandai masak, rasanya senasib gak laa kita ni...
@deqnoor x korban pon..
@mzhany yelah..atas fmly gak hany
@YAYA AZURA betul tu sis..
thn ni sy x korban..so duduk diam2 je lah
@Kamariah Awang sedap gak tu ma dr mkn nasi goreng..hehehe
@sW33tdARLiNG waa...jelesnya.
raya haji memang kurang meriah..tapi...banyak dapat mum daging...;d
@Run Away jaga2..mkn byk2 leh dpt darah tinggi
Post a Comment