Alhamdulillah...selamat pergi dan balik dari KT-SABAK BERNAM & SABAK BERNAM-KT.
Kitaorang balik kampung hari jumaat [26/08/2011]. Bawak kereta slow2 jer..sampai KL dalam pukul 4.00pm. Kitaorang tido semalam kat rumah abang MKS di Gombak. Pagi sabtu baru gerak ke Sabak Bernam. Ikut jalan lama lagi..nak ikut highway baru 'LATAR' MKS tak tau..hehe. Sampai rumah waktu zuhur.
Petang tu berbuka dengan Lily, abah dan makcik. Abah belanja berbuka kat Restoren Nelayan, Sungai Besar.
Keesokannya..operasi membersih rumah. Tau2 je lah rumah tinggal macam mana kan..berhabuk! Hari Ahad tu jugaklah abang aku yang sulung [Yong] balik. Hari Isnin..macam2 kerja lagi yang kitaorang buat. Kemas rumah tak abis2! Rumah kampung kan..besar lah sikit. Tu yang tak abis2 mengemas! Ish ish..
Petang b4 raya tu jugak aku siapkan bahan nak masak nasi dagang. Tahun ni turn aku memasak okey. Kitaorang kan 4 beradik. So tiap2 tahun kena bergilir memasak menu special. Macam tahun lepas turn Kak Ngah aku masak laksa kuala kedah. Tahun ni aku masak nasi dagang..next year turn adik aku Lily..hehe.
Malam raya tu..kol 12a.m aku dah masak gulai nasi dagang. Potong sayur untuk acar. Esok pagi tinggal nak kukus nasi jer..
Kelam kabut jugaklah pagi tu..nyaris2 nasi aku kukus tu x masak, keras jer..hehe. Tapi aku oter2..jadik jugak nasi dagang aku. MKS komen gulai okey..tapi nasi keras sikit. Tapi tetamu yang makan okey jer..siap bertambah-tambah. Gulai ikan tongkol aku sold out okey [hidung kembang kempis]. Nasi jer tak abis..
Jom lah layan gambar..nak cite raya aku, 3hari 3 malam belum tentu abis! Sape add FB aku leh lah tengok semua gambar yer. Yang aku letak ni sebahagian jer. Tahun ni tak best sebab abang aku yang kedua [Ngah] tak beraya sama. Dia kena kerja..huhu. Anak bininya dah di pos siap2 ke kampung K.Ngah kat Kuala Kedah. So berayalah kitaorang 3 beradik dengan abah & makcik.
Family Yong aku..tahun ni tema kitaorang coklat. Kale feveret Kak Ngah aku..tapi dia tak beraya sama! Kalau ku tau..kitaorang buat tema kaler pink!
Ni family aku..waiz tu baju tak berapa nak coklat dah, hehe. Baju melayu coklat dia ada..tapi tak nak pakai. Menangis mintak tukar baju..tak selesa sebab ada kolar kot. Tak banyak gambar kitaorang tahun ni...waiz asyik meragam jer. Serba tak kena..geram betul. Sampin tak nak pakai..songkok entah ke mana. Baru beraya satu rumah..baju dah kotor. Grr..nasib baik hari raya..senyum, peace no war.
Aku, Kak Yong, adik aku [Lily] dan fasha. Kalau Kak Ngah & Yayah ada..mesti lagi cantik gambar ni. Sayang diaorang ketat2. Sejak arwah mak dah tak ada ni..Kak Yong lah tempat kitaorang menumpang kasih. Biasanya Kak Yong lah tukang masak kat rumah..hehe.
Malam raya kedua baru Ngah aku balik Sabak. Ni baru bergambar sefamily..pagi raya tu Kak Ngah bergambar dengan anak2 jer sebab Ngah kena kerja.
Kitaorang duduk beraya di kampung sampai 3 Syawal. Hari Jumaat tu gerak balik ke Klang..ingat nak pusing2 kat Klang & KL pulak. Tapi...
p/s: Sambung next n3 ek..fenat menaip ni:)
Sincerely...
Malam raya kedua baru Ngah aku balik Sabak. Ni baru bergambar sefamily..pagi raya tu Kak Ngah bergambar dengan anak2 jer sebab Ngah kena kerja.
Kitaorang duduk beraya di kampung sampai 3 Syawal. Hari Jumaat tu gerak balik ke Klang..ingat nak pusing2 kat Klang & KL pulak. Tapi...
p/s: Sambung next n3 ek..fenat menaip ni:)
Sincerely...
8 comments:
menaip pun penat ke??ekekekekeke
beshkan beraya ramai2 ni =)
@cheqna penat lah..x ada idea.rasa nak tepek gmbr jer..hehe
dah add FB sbb nak tengok gambar raya..hihi
best raya kalo ada family besar nie..semua pakat berkumpul ..
x puase beraye bersamee :(
@YAYA AZURA dah approve..tq:)
@lyly yAna sedih sokmo
HEHE.. eh x mau masak next year.. kn itu turn utk yg dh berkeluarga sahaja
@lyly yAna yeke?
Post a Comment