Saturday, September 10, 2011

Love Bite..hehe

Sian budak ni..tak pasal2 berparut pipi. Ni masa kat kampung. Kena geget dengan Dani [anak my cousin]. Padahal Dani tu muda dari waiz..ntah macam mana boleh kalah, hehe.

Masa tu ada tahlil kat rumah Aqi [pakcik aku yang sulung meninggal masa 5 syawal hari tu]. Waiz tu korang paham2 lah kan..memang x leh duduk diam. Aku ni risau lah..orang tengah baca tahlil, dia berlari sana sini. 1st time tengah main dengan Dani..aku monitor lagi diaorang. Sebab takut waiz yang buat ke Dani. Lepas tu waiz lari tempat lain. 2nd time pergi ke Dani..aku monitor lagi, okey x jadi apa2. Kali ketiga aku assume tak jadi apa2 lah..baru berpaling kejap, tiba2 dengar suara budak menangis. Berlari lah aku dengan Kak Ety [ibu Dani] ke tempat waiz & Dani ni bermain.

Waiz yang menangis. Aku tengok kepala tak berdarah..gigi tak patah..kenapa pulak budak ni menangis? Rupa2nya pipinya kena geget dengan Dani! Meraung jugaklah si waiz tu. Aku yang cool ni tiba2 jadi gabra jugak sebab jarang dia menangis cam tu. Lama2 aku tuam dengan air panas..makin nampak lebamnya. Maknanya kuat jugaklah si Dani tu mengokak pipi si waiz ni. Kak Ety pulak tak abis2 mintak maap..rasa bersalah sebab anak dia buat cam tu ke waiz. Tapi aku tak adalah nak marah si Dani tu..budak2 kan. Dia bukan reti pon..

Lepas je kena geget..terus waiz duduk diam. Tak berani nak berlari-lari. Tapi esok tu..mula balik perangai dia, ishhh..

p/s: agaknya pipi waiz ni gebuzz sangat..hehe

Sincerely...

10 comments:

deqnoor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ala.. ciannye kena love bite.. budak2. ada2 je kan..

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Iye betullaa tuu,,, pipi Waiz gebu sangat! hehehe... Nak buat camane, budak2..!

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@deqnoor yelah..mcm2

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamariah Awang gebu cam mamanya..hehe

NM02 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kena gigit?

sakan begurau ker?

hehehe

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sian Waiz.. takpe waiz, lepas ni belajar cara nak elak pulakk...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@NM02
hehe..gurau manja je tu

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sW33tdARLiNG mama kena hntr kelas silat pulak pas ni..

aimaniman said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

yg gigit tu lelaki ke pompuan? kalu anak akak yg lelaki nie suka kejar budak pompuan, umor br nak masuk 3 taun tp ada hati nak kejar girl.. isshhh

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@aimaniman yg gigit tu lelaki jugak..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal