Tuesday, September 13, 2011

Suka Duka Raya 2011 [P2]

4 Syawal tu kitaorang dah balik Klang..sempat lah singgah beraya rumah pakcik aku kat Kuala Selangor & Pulau Indah. Malam tu semua tido rumah Yong.

Rasanya kol 1a.m aku baru nak lelapkan mata, rasa baru jer tido. Tapi tiba-tiba ada lembaga 'besar' kuis kaki aku. Ish sape pulak kacau aku tido malam2 buta ni. Perasan tak..selalu sangat orang 'mengusik' aku time tido. Dulu aku cite lembaga ni kacau aku. Ni sape pulak..ish. Bila aku bukak mata sikit..aku tengok adik aku Lily. "Kak bangun..Wak Solahuddin meninggal". Terus  aku terduduk bila dengar berita tu. Ngah aku pon dah turun..duduk kat kerusi. Senyap. Ko pandang aku..aku pandang ko. Macam kena pukau..tak tau nak buat apa. Tapi sebenarnya aku mengantuk lagi masa tu..tu yang macam blur jer. Tengok jam pukul 2.30a.m..baru 1 1/2 jam aku tido..

Bila Lily kata Yong tengah mandi, Kak Yong tengah packing beg. Baru lah macam sedar sikit. Terus bangun amik beg [beg yang tak dibukak lagi] masuk dalam kereta balik. Cuci muka sikit..kol 3.30a.m kitaorang 3 kereta pecut balik semula ke Sabak Bernam. Sampai dalam pukul 5.30a.m...MKS request nak balik rumah dulu. Nak tido sekejap. Yong & Ngah terus ke rumah Wak Solahuddin.

Lepas Subuh baru kitaorang pergi rumah Wak Solahuddin. Masa tu jenazah pon dah di hantar balik. Dah siap mandi oleh pihak hospital [arwah meninggal di rumah, tapi hantar ke hospital sebab nak sahkan kematiannya]. Alhamdulillah di beri peluang untuk menatap arwah buat kali terakhir..sebab kalau aku dah balik Terengganu mesti tak dapat balik ke Sabak. Dalam pukul 9.30a.m tu arwah selamat dikebumikan. Maka..jadi anak yatim piatu lah sepupu2 aku [Kak Noi, Kak Ani, Kak Elly, Aqi]. Arwah mak diaorang memang dah lama meninggal. Dan tinggal lah 7 orang sahaja adik beradik abah selepas pemergiaan arwah Wak Solahuddin.

Sedih jugak..sebab rupanya ni raya terakhir bersama arwah. Memang menjadi tradisi setiap tahun..pagi raya memang kitaorang akan berkumpul kat rumah arwah untuk bacaan tahlil dan sessi bermaafan. Arwah jugaklah orang yang mengetuai bacaan tahlil tu. Tahun ni disebabkan keuzuran..orang lain amik alih. Tahun depan tak taulah nak berkumpul di mana pulak.

Dah tua2 rupanya adik beradik abah ni. Abah aku [anak ke 6] je dah berumur 61 tahun. Pakcik2 dan makcik2 aku lagilah dah tua. Rasanya bila2 sahaja kematian tu menjemput. Kematian tu pasti. Kita yang muda ni pon belum tentu hidup lama. Apa yang aku takut..tak sempat nak menatap wajah diaorang buat kali terakhir. Sebab tu aku paling fobia dapat panggilan waktu tengah malam..takut terima berita buruk. Yelah nak balik dari Terengganu - Sabak Bernam tu makan masa 9-10 jam jugak. Kalau nak naik flight pon..turun LCCT, nak balik Sabak dah makan masa 3 jam.

Mintak2 Allah permudahkan urusan kalau ada apa2 kejadian yang tak diingini berlaku..amin.

Sincerely...

18 comments:

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

yang pastu mati itu pasti

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sedih :(
salah info.. arwah x dibwk ke hospital.. ambulan je yg dtg rumah sahkan kematian.. pastu dimandikan di rumah...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@cheqna betul

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna oh ye..suka hati akak jer reka cite.
tq for info

N i e Z a said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

innalillah..al fatihah utk arwah..dan takziah utk wida sekeluarga...
mg arwah ditempatkan dikalangan org2 soleh..amin..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@N i e Z aTQ

PCL said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

alahai sedihnya bila kehilangan keluarga terdekat yg disayangi..lagi2 di bulan syawal ni...sudah ketentuanNYA..redha je lah, Al-Fatihah utk aruah dan takziah buat seluruh keluarga beliau.

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

innalillah... insyaAllah semoga dipermudahkan semuanya...

deq noor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

innalillah... insyaallah beliau bersama2 para ambiya'.. alfatihah...

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Sedih dengar berita kematian gini.. Wida samalah macam ma, duk jauh dari sedara ma... sentiasa mendoakan kalau ada apa2 kita tidak terkebelakang.

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Innalillahi..wa inna ilaihi raajiuuun. Alfatihah buat hamba Allah tu, semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman... Amiin..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@pCL [p@kcikLie] tq PCL

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Hanis MY Kamu jugak hanis..sedihkan kehilangan keluarga terdekat

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@deqnoor amin

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamariah Awang betul tu ma

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamariah Awang amin..

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Al-Fatihah buat arwah...
semoga anak2nya tabah menghadapi hari depan...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@rasp
tu lah..yg paling kesian anak bongsunya. dia sorang jer tak kawen lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal