Thursday, September 22, 2011

Lepas Gian Youu..

MKS ni memang hantu makanan Arab..sebab dia selalu teringat-ingat makanan yang dia pernah makan masa duduk belajar kat Jordan dulu. Kat Terengganu ni tak ada Restoren Arab. So bila balik KL jer..lepas gian lah nak makan makanan Arab. Mulut tu asyik bunyi2 jer bila nak bawak dia makan makanan Arab. Tak tunaikan..masam je mukanya nanti!

Ngah yang rajin melayan nafsu makan MKS ni..dibawaknya adik ipar dia ke Restoren Arab kat Kajang. Sebelum tu kitaorang dah kenyang melantak makanan raya kat rumah Pak Itam, Abang Naj, Abang Apit, Dos..tapi sampai restoren order jugak nasi mandy & sharroma. Alhamdulillah kenyang...
Waiz pon suka makan...tangan dia asyik menyibuk cubit2 ayam tu. Lembut..senang nak telan kot. Sepinggan kongsi 3 orang..kenyang.
Suka hati dapat makan makanan kesukaan dia. Kalau tak..asyik masam muka jer. Pergi beraya rumah orang, minum tak nak..makan tak nak. Geram betul! Asyik buat muka tak larat jer..pening lah, nak muntah lah, gelap mata lah. Segala mak nenek penyakit ada. Tapi bila dapat makan makanan arab ni, dan dan sihat walafiat okey..siap tapau lagik!
Ni bukan roti canai yer..fahsah ker fasha ker..tak ingat nama apa. Cicah dengan kuah daging kambing. Sedap jugak..

MKS belanja..layan jelah. Tapi MKS komen..katanya makanan Restoren Saba' kat Putrajaya tu lagi sedap. Pulakkk..

Sincerely...

12 comments:

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

dekat gong badak ada satu restoren arab kan??
cheqna pernah makan ngan incik tunang kat situ...

N i e Z a said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sedapnye nasi arab tu..tambah menyelerakan ayamnyer tu..huhuhu...

deqnoor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

dh try restoran saba' tu... biasa je DN rasa. hmmm....

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

i suka gak saba tu sis...
tapi nak try gak rawsha....
portion makanan arab mmg besar kan sis...

kayzie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

suka gak layan nasi arab kak..kalo kat cyberjaya ad satu rest nasi arab sedap kak, tapi lupa lak namanya..hehe

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@cheqna tu lah..wida x pernah gi lagi

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@N i e Z a hehe..mmg sedap

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@deqnoor lain org lain citarasanya kan

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@rasp
sape leh mkn sorang nasi tu..mmg hebat, hehe

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@kayzie resotoren saba' ada gak kat cyberjaya

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wida, hany baru pergi mkn kat saba petang td, for me...failed!

bg hany kalau wida balik slangor, try la pergi alandalus, dekat jalan tun razak.

http://www.mzhany.com/2011/08/mari-tengok-ni-kot-kot-jap-lagi-boleh.html

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

yeke..ok.nnti wd try alandus pulak:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal