Sunday, May 1, 2011

Kenangan..Part 3

Sambungan Part 1 & Part 2

4) Buang - Bermaksud buang sesuatu yang tidak digunakan lagi. Tapi kat Terengganu perkataan 'buang' tu ada merujuk kepada perbuatan membuka/mencabut. Ada satu kes tu..jugak pengalaman masa aku mula2 duduk sini.

MKS : Buang lah tudung tu!
AKU : Baru beli tudung ni..tak kan nak buang!
KAK MKS : Tak..MKS suruh buka tudung tu. Tak payah pakai..tak ada orang lelaki dalam rumah ni.
AKU : Ooooo..

Kalau buang..orang Terengganu sebut 'tohok'. Contohnya nak buang sampah..kita kata "tohok sampah". Unik kan?

Setakat ni..tu jer perkataan yang aku ingat. Kalau ada lagi..aku cite ek.
Ek kalau korang nak tau..MKS tak pernah ajar aku cakap Terengganu tau. Biasanya kalau ada perkataan Terengganu yang aku tak paham, dia suruh tanya orang lain. Kalau kat rumah..aku tanya kat Kakak2 ipar aku kat sebelah2 rumah tu. Kalau kat pejabat..ofismate aku yang ajarkan.

Still belajar & memahami..


Sincerely...

2 comments:

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Hahaha... mungkin kita ada pengalaman yang sama, Wida...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamariah Awang
betul tu ma..
tp kg sy tetap di hati:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal