Thursday, May 19, 2011

Mengamuk Nak Makan Buah Pelam

Kejadian ni masa cuti Wesak hari tu...before kitaorang keluar jalan2. Masa tu aku tengah makan buah pelam. Si budak kecik tu menyibuk nak makan jugak..aku potongkan tak nak. Nak makan stail aku makan..gigit dengan biji2 tu. Aku takut dia tertelan jer biji tu. Bila tak bagi..mengamuk-ngamuk nak jugak. Tau2  jelah, pelam kecik tu bahaya kalau nak bagi budak seusia waiz tu makan macam tu jer...penat aku memujuknya!
- from Google -
Ish..ada lah sejam dia menangis plus mengamuk. Papanya pujuk pon tak jalan. Aku mandikan pon boleh nangis2 lagi dalam bilik air tu..sedu sedan, kesian pulak. Dah siap mandi..pakaikan baju pon menangis lagi. Lama betul nak hilangkan ingatan dia kat buah pelam tu...mati kutu dibuatnya.

Dipujuk-pujuk tak jalan..aku tinggal jer budak tu kat depan tv. Bagi dia tenangkan diri dia sendiri. Elok pulak..senyap. Tapi bila nampak jer muka aku..terus mengamuk lagi. Argghh..tensionnya. Jom kuar~

Duduk dalam kereta..baru senyap. Ni lah first time aku berhadapan dengan kerenah waiz mengamuk. Paling lama..hampir sejam dia nangis! Sampai aku rasa darah naik kepala..geram sangat. Tapi nasib baik aku mampu bersabar..
Muka still tak puas hati dengan mama! Hidung merah..mata berair. Oh anak mama dah besar rupanya..pandai marah2 and mengamuk yer. Waiz jangan buat perangai tak elok tu lagi yer. Aku tau perangai sape dia ikut..exactly perangai aku! Selagi sesuatu benda tu tak dapat..selagi tu tak puas hati..selagi tu memberontak. Emm..
Suruh senyum pon tak layan..catung (masam) jer! Tapi bab bergaya..nombor 1

Sincerely...

10 comments:

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sianya waiz nak makan pelam... betullah bahaya nanti kang terchekhik...eh bahasa ape daa

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ahaha waiz, tang nk amek gmbr terus posing eh eh eh....pandaiiii

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

penangan buah pelam ya sis hehehehe...
cian dia...tapi tetap maintain encem :D

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

aiyooo.... nangis ler hero kita ni...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Hanis MY
bahasa lepas tercekik buah pelam..hehe

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mzhany
tp mood x okey..masam jer!

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@rasp
budak tu mmg suka mkn masam2..risau pulak

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sW33tdARLiNG
pndai dh le ni...asyik nak nangis jer

Mukminah Wahab said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

nsem nyer waiz pakai spek... tang bergaya ikot perangai sapa la..hehehe.

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Mukminah Wahab
bergaya tu perangai sendiri..hiks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal