Wednesday, December 21, 2011

WW


Date : 13hb Oktober 2011
Time : 6.30am
Result : Positive

p/s : Berapa lama da aku peram n3 ni..keh keh

Sincerely...

Saturday, December 17, 2011

Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran..ku seru-seru roh mengarang, tapi tak masuk2 jugak. Hampir seminggu jugak tak updated apa2 cite. Tapi aku still jalan2 kat blog kawan2. Cuma blog aku ni tak terjaga dah. Nasib lah...

Tapi hujung2 tahun ni..memang kerja banyak sikit. Yelah nak tutup akaun kan..banyaklah benda yang nak di tengok & di semak. Baru2 ni jugak aku mc 2 hari...asyik sakit2 jer. Korang pon bosan bila tengok aku ni asyik sakit jer..emm. Baru 3 bulan membawa perut, tapi gayanya dah macam 6 bulan jer. Sakit kaki lah..sakit belakang lah, sakit kepala lah..aduihai.

Tapi sakit yang baru2 ni agak pelik sikit..sebab bila dah makan ubat dan rehat pon still tak baik lagi. Sakit kepala yang teramat sangat..sampai pitam, sampai termuntah-muntah. Dah lah masa tu pukul 1 pagi..nasib baik sempat jerit panggil MKS. Kalau tak..pengsan sorang2 dalam toilet lah aku. Time MKS datang..aku dah lembik longlai kat mangkuk tandas. Muntah air hijau...yarrks.

Lepas tu memang tak boleh tido..MKS & Waiz lah yang picit2 kepala aku. Lepas MKS baca2 sikit ayat al-Quran, baru lah lega sikit sakit kepala ni...dan baru boleh tido. MKS kata..ni bukan sakit biasa, sebab orang mengandung ni memang lemah sikit. Mudah kena gangguan..entahlah..pandai2 je si MKS tu. Berangan nak jadi tok bomoh agaknya..hehehe.

Tapi masa aku mengandungkan waiz dulu..pernah jugak jadi kejadian pelik cam ni. Bukan sakit kepala..tapi sakit kali. Tak jatuh..tapi tiba2 kaki terseliuh. Bila urut..tukang urut tu kata kaki aku keluar pasir. Tukang urut tu pon pelik..ingatkan minyak dia berpasir. Bila di cek..tak ada pulak. Di lap-lapnya kaki aku, ingat kan kaki aku yang berpasir..tapi bila dah di lap, urut semula..keluar pasir jugak. Memang misteri nusantara lah masa tu. Tapi lepas di urut...sambil di baca ayat2 al-Quran, alhamdulillah..baik kaki aku.

Sekarang ni..MKS memang selalu pesan, dalam sehari tu kena mengaji jugak walaupon sekali. Jangan sakitkan hati orang..berperangai baik. Suruh jadi baik cam Nora Danish dalam cite Tentang Dhia tu..hiks. Tetiba je selit cite Dhia kan..eh tapi memang seram lah tengok cite tu. Meremang bulu roma aku ni bila tengok mak si Zikir tu main bomoh..issh

Semoga Allah lindungi aku & baby dalam perut ni..amin.

Sincerely...

Saturday, December 10, 2011

Kerusi Urut

Ni kat Giant...

Mungkin dah lama ada..tapi aku baru perasan. Agak lama jugaklah tak jejak kaki ke Giant. Lately..susah sikit nak pergi ke tempat orang ramai. Sebab b4 ni waiz demam..aku pon demam jugak. So memang banyak duduk rumah...ni baru nak keluar dari sangkar semula..eh.

Ada 2 kerusi urut kat tempat playground Giant ni. Satu lagi aku perasan ada kat surau Giant di tingkat bawah. Tak test pon..sebab time ni tengah monitor si budak kecik tu main. Tak boleh tinggal walau sesaat..kang hilang, naya pulak! MKS je yang try..dia kata sedap & best.
MKS test RM1 untuk 4 minit..pejam2 mata jugak lah time duduk kat kerusi urut tu. Membayangkan amoi China urut ka? Jangan macam2 ya bang!
Bang..beli lah kerusi ni, letak kat rumah..hiks. Tak payahlah saya penat2 sental/urut badan awak. Sakit tangan mengurut badan orang lelaki ni. Ish..nak bagi pahala pon tak nak ke widadi?



Sincerely...

Ce Teka

Agak-agaknya kalau ai makan dua2 ubat ni sebab ape yer? Bukan sebarang sakit tau. Ni sakit special...hiks.

p/s: Tengok date..lama jugak aku peram cite ni.

Sincerely...

Friday, December 9, 2011

ATV Pantai

Biasa kalau tak tau nak ke mana..memang lepak pantai Batu Buruk jer lah. Kalau dulu..lepak pantai paling jimat duit. Tempat riadah hujung2 bulan..nak shopping duit tak ada. Kalau abis pon..setakat RM1-2 untuk beli aiskrem atau keropok lekor. Sekarang ni? Lepak pantai jer boleh habis RM20 ke atas! Beli belon upin ipin waiz jer dah RM5. Kalau nak naik kuda..RM4. Baru2 ni..ada ATV pantai pulak. Kalau nak main guna duit jugak tu..hiks.
Main sekali tu jer..pas ni tak ada lah. At least, merasalah jugak budak kecik tu naik ATV..hehe. MKS naik dengan Waiz..kena RM15 untuk pusing2 selama 15 minit. Kalau budak 2 jer yang main kena RM12 [Kalau tak salah lah].
Ada jugak jenis yang kecik. Kalau budak umur 5-6 tahun tu boleh bawak sendiri lah. Tapi waiz ni kecik lagi..x caya aku nak bagi dia bawak sorang2. Kang terjun laut pulak! So bagi dia naik dengan papanya. Aku sebenarnya teringin nak naik. Tapi aku tengok tak ada pon orang perempuan naik..malu lah pulak! Kalau aku naik sorang2 kat situ..mesti pakat kena gelak dengan orang.
Steady jer waiz ni..dia memang suka dengan motor & kereta ni. Time ni orang tu tengah hidupkan enjin ATV tu.
MKS suruh budak kecik tu pulas minyak, tapi waiz tak nak pulak. Muka serius jer..amik gambar suruh senyum pon tak nak. Ingatkan dia takut. Aku rasa waiz tension sebab kena naik dengan papa dia lah..hahaha.
Syok sangat main duaorang ni..aku tercongok sorang2 dekat 15 minit tau! Masa ni orang yang jaga ATV tu dah panggil MKS suruh berhenti main. Tapi MKS main jauh sangat..pastu aku tengok senyap tak gerak2 dari tempat tu. Suruhlah orang ATV tu pergi tengok, rupanya ATV yang MKS naik tu dah mati enjin. Patutlah tak leh jalan! Orang tu bagi ATV baru pulak..sambung main! Aku jugak yang kena tunggu lagik.
Orang lain main 15 minit jer..dia dapat extra time okey! Sape sebenarnya yang nak naik ATV ni pon aku tak tau. MKS ke waiz? Time ni memang aku bengang..nak naik, tapi malu..huhu.



Sincerely...

Thursday, December 8, 2011

xtvt Wajib Waiz

Lama dah tak upload video waiz..ni yang terbaru. Kalau ke Giant..memang wajib bawak dia naik ke tempat mainan di tingkat atas. Bukan nak main gelongsor tu yer..tapi nak main motor! Budak ni memang hantu motor, kereta & bola..memang tak dapat dipisahkan.

Ni siap buat gaya superman lagi..mana dia tengok pon tak tau lah. Aduhh..pening kepala aku ada anak bujang ni.



Sincerely...

Wednesday, December 7, 2011

Teringin Mengembara..

Baru2 ni aku ada baca blog saudara aku..seronok sis ni berjalan dari Tapah ke CH..Pastu ke Kota Bahru. Kemudian singgah ke Kuala Terengganu..then ke Johor pulak. Singgah lagi di PD. Wah..memang dah cuti2 satu malaysia ni. Teringin jugak nak travel cam tu..pusing2 Malaysia pon tak pe. Sebab kalau ikot budget mana lah ada duit nak pusing negara2 omputih tu..tak pelah, maybe one day..pasang angan2.

Tak abis jeles dengan sis ni pusing2 satu Malaysia..baca pulak kat wall abang sepupu aku. Start 6hb dia & isterinya ada trip ke Europe, Paris, Switzerland, Netherland, Rep. Czech dan Belgium. Wah...terlopong mulut aku baca status dia. Kalau ada lalat atau langau masuk dalam mulut pon..ai tak sedar, hiks. Dalam hati...bestnya tengok orang berjalan sana sini. Bilalah aku nak dapat peluang macam tu yer.

Kalau ikotkan perangai aku..aku ni jenis yang lasak. Suka mengembara..suka try benda yang aku tak pernah buat lagi. Tapi bila dah kawen ni..jadi slow sikit lah. Sebab MKS tak suka sangat jalan2 ni..tak suka dengan benda yang dia tak biasa, benda yang dia tak pasti. Kiranya memang kontra lah dengan perangai aku! Sebab tu lah kitaorang memang jarang travel..sebab MKS takut sesat. Kadang2 tu..aku geram jugak. Yelah kita ni bukan sesat kat hutan..tak de signboard, tak de orang. Sesat kat jalan raya! Kalau tak de GPS..boleh berhenti tanya orang. Tapi..benda tulah yang MKS paling tak suka.

Biasanya kalau kitaorang balik KL..MKS berani pergi Klang [rumah Yong aku], pastu ke Kajang [rumah anak saudara dia], ke Semenyih [rumah Ngah aku & Mak Lang aku]..pastu jalan balik kampung aku [Sabak Bernam]. Lain2 tempat jangan mengade nak suruh dia pergi..kena tunggu orang bawak atau tunjukkan jalan baru dia nak pergi! Nak harapkan aku...hehehe, memang tak jumpa jalan lah. Sebab bab2 jalan & nombor ni..memang aku susah sikit nak hafal. Tapi sekurang-kurangnya aku ni beranilah jugak. Biarlah sesat..kuar masuk tol pon. Bukannya mati..kalau sesat kat highway!

Kalau di ikutkan jugak..abah aku tu pon bukannya reti jalan2 kat Malaysia ni. Tapi dia jenis gamble jer..tak jumpa destinasi nak dituju..patah je balik rumah. Susah apa. Abang2 aku yang duaorang tu pon cam tu jugak perangainya..bukannya reti sangat. Tapi kalau dah pusing2 tu..sampai jugak tempat nak dituju. Yang penting berani! Tak pe kalau sesat 2-3 kali..tu sebagai pengajaran & pembelajaran.

Nasib baiklah zaman aku bujang dulu..puas jugak berjalan ke sana sini. 3 tahun duduk UiTM Arau..sempat jugaklah jelajah Penang, Kedah & Perlis. Langkawi tu boleh dikatakan setiap tahun mesti pergi. Kelantan & Terengganu pon selalu pergi. Sebab aku selalu ikot rombongan mak & abah [persatuan peniaga melayu]. Banyak kali jugak pergi Kelantan. Johor..aku selalu pergi Batu Pahat jer, sebab melawat abang arwah mak. Tapi adalah singgah tempat orang beli pasu seramik tu..apa ke nama tempatnya. Sarawak pon pernah pergi sekali..tu pon sebab Yong aku kawin dengan orang Sarawak..hehehe.

Sekarang..bila dah kawen ni, duduk Kuala Terengganu jer lah. Terengganu ni pon aku tak abis explore lagi! Satu pulau pon tak pernah pergi! MKS tu takut nak naik bot..macam2 alasan bila ajak ke pulau. Katanya..kita pergi jer Pulau Kambing..tak pon Pulau Rusa. Grrr...geram betul! Teringin jugak nak jejak kaki ke Cameron Highland..sejuk jer. Tapi MKS tak suka pulak pergi tempat sejuk. Nanti jatuh sakit pulak. Johor bahru pon aku tak pernah pergi lagi. Satu lagi..Sabah! Emm...one day, insyaallah.



Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal