Wednesday, December 5, 2012

05.12.2009

Kek waiz..dah genap 3 tahun anak mama

Hari ni waiz potong kek sama kawan-kawannya kat taska 

Turkish Indulgence

Dah lama teringin..Jumaat lepas baru dapat makan. Tu pon kebetulan tunggu anak sepupu naik bas dari KL. Lambat bebenor sampainya..so sempatlah ajak MKS ke SR.
Rasanya kek turkish indulgence [TI] ni sama je dengan kek indulgence yang biasa tu [saya agak je], bezanya kat lapisan atas dan bawah kek TI ni ada coklat. Sedaplah jugak pada penggemar coklat macam saya ni. Selain tu ada kekacang jugak kat lapisan coklat tu. Jangan tanya kacang ape..tak tau. Ai pandai makan je..hiks.

Tapi saya tak puas hati sebab tak dapat menghayati keenakkan kek tu. Waiz lah..dia lagi overrr dari saya! 

"mama, nak kek yuyu..kek yuyu" [kek yuyu = kek happy besday to you]

Alahai...mencik tau! Potong stim nak makan. Kena bagi kat budak tu dulu. Kalau korang nak tau..kalau apa2/makanan tu dapat kat waiz..jangan harap lah kalau nak mintak sikit dari dia. Tak di baginya! Kena tunggu dia tak nak/tak abis makan..baru dapat rasa.

Kena repeat lagi lah ni ye...hihi. I likeeee...

Tuesday, December 4, 2012

Rosak

Khamis baru ni..kereta kancil yang saya bawak tu rosak. Dah lah masa tu saya bawak sorang-sorang [on d way balik keje ke kedai MKS di Chendering], time jalan jammed! Nasib baiklah dia tak mati kat atas jambatan or jalan besar..fuh. Mau nangis sorang-sorang saya dalam kereta nanti..wa wa wa.

Cam ni, sepanjang jalan..kereta tu okey je. Tak semput-semput pon. Sampai kat Permint Jaya, saya berhenti beli ikan kat simpang jalan masuk ke kedai MKS tu. Lebih kurang 400m nak sampai kedai MKS, kereta mati dengan tiba-tiba. Tekan minyak tak jalan. Cepat-cepat saya hala stereng ke tepi jalan.

Lepas cubaan beberapa kali untuk start kereta tak berjaya, saya call MKS. Nasib baik dekat je dengan kedai MKS. Dan nasib baik sangat-sangat kereta tu tak mati kat jalan besar..alhamdulillah.

Kereta rosak..tak boleh balik lah kitaorang. MKS call kawan dia..semua bizi. Hai masa ni baru kenal siapa yang boleh tolong kawan masa susah kan. Nasib baiklah Cik Na [anak pengasuh waiz & una] boleh tolong amik kitaorang ni.

Sampai sekarang, kereta kancil tu masih di bengkel. Ada wayar tercabut..lebih kurang lah. Saya memang lembab bab-bab kereta ni. Pam tayar tak reti..isi minyak pon MKS yang buat. Kalau terpaksa..baru saya isi sendiri. Tu pon suruh orang kerja pump station tu yang buatkan.
Hemmm...duit lagi. Punah harapan nak pakai hp android yer.

Monday, December 3, 2012

Hero Stylo Mailo

Makin besar anak bujang saya ni..hensem pulak tu. Ikut baka sapa lah tu yer..hehe. 

Ni saje jer nak tayang spek baru waiz..stylo kan. Ala-ala rayban MKS jugak. Kesian budak tu kena silau masa pergi dan balik taska. Jalan yang kitaorang lalu hari-hari mengadap matahari..so memang silau lah. Memang kena pakai spek hitam..kalau tak terlanggar kereta depan.

Disebabkan spek waiz yang lama tu dah patah..saya belilah spek ni untuk dia. Beli kat Mydin je..RM4.90. Harap-harap lepas ni taklah sibuk nak pakai spek papanya..
Nak rap ke ape budak ni..ke tutup mulut sebab tak gosok gigi pagi tadi?
Memang stylo...macam penyanyi K-Pop pulak
Eleh..malu pulak..hahaha.

p/s: 5hb Disember ni waiz genap 3 tahun! Tengah plan besday party dia..

Friday, November 30, 2012

Stawberi Crepe Pulak

Bulan ni rasanya saya dah banyak sangat makan durian crepe. Mau kembung perut anak dara saya tu..kesian dia. So, stop..tak boleh nak ikut napsu perut dan mulut saya je. Kena fikirkan perut Khairuna jugak sebab dia masih fully bf.

Tak boleh makan durian crepe...kita order stoberi crepe pulak!! Hahaha..sape berani sekat nafsu makan widadi ni kan? Order dengan Kak Anum Cookies. Harga sama je dengan DC. 

Sampai waiz pon dah paham dengan perangai mama dia ni sebab  lepas amik dia kat taska, saya amik stoberi crepe kat Kak Anum pulak. Rumah Kak Anum ni dekat dengan taska Waiz.

"Mama nak amik uuueh [kuih = refer to Stoberi crepe] yer?"
"Iye..tapi waiz tak boleh makan tau, tak sedap..mama je boleh makan tau" ---> gilee kedekut punya mama!

Hahaha..terpinga-pinga budak tu, ada kuih..tapi tak boleh makan!
Alah..gurau je, saya tak makan sorang lah. Bagi jugak kat anak bujang saya tu. Offer kat MKS..tapi dia tak nak. Masa mula-mula dulu je dia rasa..lepas tu tak lalu sebab loya dengan krim. Selamat stoberi crepe saya..hahaha.
Tapi ini budak bukannya makan betul-betul! Dijilat krim je..sebab dia ingat krim tu aiskrim! Sabor je lah. Sape yang tak makan durian..tapi teringin jugak makan crepe ni, boleh lah order stoberi crepe..oteh?

Daaaa...

Thursday, November 29, 2012

Tart yang makin dilupakan

Dulu...sebelum ada durian crepe, pavlova, cheese tart, kek rainbow..ni lah kuih yang saya paling suka makan. 

Tart telur...
Kalau nampak tart telur ni..wajib beli. Sekali makan...4-5 biji. Tu pon kadang-kadang tak cukup..opps. Padanlah dengan saiz perut saya kan..hehe.

Rasanya dah bertahun tak makan..semalam nampak kat kedai, orang jual sebekas ada 2 biji = RM1.50 untuk saiz besar. Fuh nikmatnya. Rasa tak cukup pulak. Menyesal beli sebekas je!


Wednesday, November 28, 2012

WW ~ Gaji oh Gaji

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal