Monday, April 9, 2012

Selusuh Pangan

Hari tu Kak Mah [my SIL] yang bagi ulam selusuh pangan ni. Katanya dah 7 bulan elok lah makan. 2 hari jugaklah aku peram dalam peti sejuk tu..baru berani nak makan.

Bukan makan daunnya..tapi yang hujungnya tu, yang kaler purple. Hiris halus2 macam kita mayang bawang..makan mentah2.

Ikut mulut ni..memang tak lalu nak makan. Tapi sebab Kak Mah dah paksa makan..turutkan je lah. Biar senang nak bersalin katanya..hiks.

Rasanya memang tak sedap..nak cite pon susah. Tapi memang tak sedaplah!

Ni 1st time makan..dulu masa mengandungkan si waiz tu Kak Mah lupa nak bagi aku makan ulam ni [fuh nasib baik]. Tu yang macam susah je nak beranak kot..haha.

Orang mengandung ni..macam2 usahalah yang dibuat untuk senang proses bersalin nanti. Tapi tu bahagian masing2 lah..ada yang senang, ada yang susah kan. Aku ni..mintak2 lah senang. Sebab dah ada pengalaman masa lahirkan waiz dulu..so kita tau lah sakitnya macam mana kan. Bila teringat, aduh ngerinya..antara hidup dan mati.

Hari ni..insyallah, MKS nak usahakan air selusuh untuk aku. Nak mintak dengan pakciknya..kat Dungun nun. Harap2 dapat..amin.


Sincerely...

Saturday, April 7, 2012

Pregnancy Week 31

The Mom:

You can check on your baby by keeping daily kick count charts. This is done by recording the first 10 movements you feel each day. If you notice that baby's movements are becoming less frequent or if they stop altogether, you should contact your doctor. ----> Bab ni lah aku paling malassssss nak tanda kat buku merah tu. Tapi demi mu baby..mama jadi orang skema, buatlah jugak..huhu. Saya yang menurut perintah misi..hiks.

You are also probably experiencing Braxton Hicks contractions. There are practice contractions, that aren't painful, but can be uncomfortable. You acutally have these practice contractions throughout your pregnancy, but aren't aware of them ususally until the final weeks. These contractions also help draw up the cervix and thin it for labor. ------> Braxton Hicks!! Memang sekarang boleh rasa dah yer? Sebab aku ni selalu lah rasa macam nak terrrberanak kadang2 tu. Semput tau.

The Baby:

While baby's lungs still aren't mature yet, most of his other body systems are completely developed. His nerve cells and connections are functioning, and he can feel pain. You can even make him move if you push on your abdomen. He's almost 18 inches long, and weighs almost 3.5 pounds. ----> Baby ni, dulu bukan main shy2 lagi. Senyap jer. Aku ingat kalau baby girl memanglah dia tak seaktif baby boy kan. Tapi sekarang...uiitt..sama jugak cam waiz dulu. Berdebak debukk dalam perut mama ni. Tiba2 datang perasaan..anak lelaki jugak ker ni?

Tak buat pon ultra sound..kena cari masa gi klinik gak nanti ni. Kat Kuala Terengganu ni susah nak cari yang 3d or 4d. Penat aku usha..ada sape2 yang tau klinik mana ada buat scan 3d? 

Sumber : sini

Sincerely...

Friday, April 6, 2012

Nasib anak..

Rentetan luahan hati ini.

Terima kasih pada teman2 yang memahami. Memang ni lah nasib pada ibu2 yang bekerjaya ni kan. Untuk mencari sesuap nasi..kena tinggalkan anak. Rasanya ramai lagi golongan ibu2 kat luar tu yang alami masalah macam aku ni. Cuma aku ni baru nak alami..tu yang macam kecoh sikit. Padahal orang lain relax jer..hihi.

Setakat ni memang tak decide lagi nak hantar waiz kat mana. Tapi memang ingat nak cari nursery yang ada taska & transit sekali. So senang..tak payah nak tukar banyak2 kali kan.

Dulu sebelah ofis aku ni ada nursery & taska Syaz..tapi dah pindah lah pulak sebab owner nak bangunan tu balik. Sekarang ni pindah jauh sikit dari ofis aku..tapi still di area Panji Alam.

Option satu lagi..seberang ofis aku. Nursery, taska & transit An-Najwa. Yang ni aku tak survey lagi. Tak tau lah okey ke tak. Sekarang ni tunggu kata putus dari MKS jer..samada nak hantar waiz kat ofis aku atau di Chendering. Kat Chendering tu memang banyak pilihan..rasanya ada lebih 5 nursery. Tapi kalau boleh..kena cari nursery yang bukak hari Sabtu. Sebab kitaorang kan kerja. Emm..

Bak kata kak Rasp..ni lah dilema ibu bekerja. Yes..setuju 100%. Ni dari situasi aku sendiri lah. Bayangkan..waiz duduk lagi lama dengan pengasuhnya. Biasanya aku hantar paling awal 7.30am sehingga 5.30pm [10jam!!]. Manalah budak tu tak manja dengan Tok Minya? 10 jam berkepit dengan Tok Mi.

Dulu aku selalu lah sedih..sebab apa2 perkembangan waiz mesti Tok Mi yang tau dulu. Time amik waiz lepas abis kerja..mesti Tok Mi cite, 'waiz pandai mengiring' 'waiz pandai merangkak' ' hari ni waiz pandai sebut bla bla...'

Waaa...sentap aku tau. Tapi lama2 tu Tok Mi tak cite dah kat aku. Agaknya dia perasan perubahan air muka aku bila dengar perkembangan waiz tu kot. Yelah, ibu mana tak sedih kan..patutnya ibu lah orang pertama yang perasan perkembangan anak ni. Tapi dah ibu sibuk kerja...emm.

Okey..bila dah amik waiz. Masa yang diluangkan bersama dari 5.30pm - 10pm [4 1/2jam sahaja]. Sebab waiz ni memang tido awal..biasanya dalam pukul 10 malam tu dah tumbang. Tu kalau dia tido petang lah. Kalau kat rumah Tok Mi dia tak tido..alamatnya pukul 7pm tu dah pengsan!

Aku ni duduk rumah pon..bukannya boleh mengadap dia jer. Kerja rumah pon kena siapkan jugak. Biasalah ibu2 ni kan..walaupon ada bibik, tak kan tak masuk dapur langsung or tak kan tak buat kerja rumah sikit. Kena lah amik tau. Cam aku yang tak de bibik ni? Kena lah buat sendiri.

Tu pon nasib aku tak masak..kalau kena masak? Amik masa sejam jugak [lainlah masak meggi..2 minit dah siap]..kalau masak dari 4 1/2jam tu, tolak sejam..tinggal 3 1/2 jam je masa boleh luangkan dengan waiz. Nak solat..mandi..tolak 1/2 jam lagi, tinggal 3 jam!

Kadang2 tu aku rasa kurang 3 jam aku luangkan masa dengan waiz..kesian anak mama. Nak buat cam ner, ni lah nasib anak2 yang ibu2nya bekerja. Nak harapkan wiken..aku cuti hari Jumaat jer. Tu pon banyak bereskan kerja rumah..kadang2 rasa bersalah pulak sebab abaikan si waiz tu..huhu.

Agak2nya..korang alami tak perasaan macam apa yang aku hadapi sekarang?


Sincerely...

Thursday, April 5, 2012

Dipersimpang Dilema Lagi..

Pasal waiz lah..

Tak lama lagi kan aku nak bersalin..nanti adik si waiz ni aku nak hantar ke Tok Mi (pengasuh waiz) untuk dijaga. Rasanya dah biasa dengan Tok Mi ni..aku senang dengan cara dia jaga waiz. So kalau boleh memang nak hantar si baby ni kat dia jugak. Tapi masalahnya..dia tak boleh lah jaga dua2 [waiz & baby]. Sebab sekarang ni pon dia jaga cucu dia jugak. Katanya tak yakin nak jaga 3 orang budak dalam satu masa.

So rasanya terpaksalah akur dengan keputusan Tok Mi. Waiz kena hantar kat tempat lain lah..huhu. Sape yang biasa baca blog aku mesti tau..dulu2 pon aku pernah try hantar waiz kat nursery, tapi tak jalan. Asyik menangis jer. Kali ni kena tegas sikitlah nampaknya..kalau nangis pon kena buat hati kering jugak.

Sekarang ni memang aku & MKS tengah mencari-cari nursery yang sesuai untuk waiz. Masih dalam pertimbangan samada nak hantar kat nursery di Chendering [tempat kerja MKS] atau nursery area bandar KT [tempat kerja aku].

Tak taulah macam mana perasaan si waiz & Tok Minya nanti bila berpisah..mesti sedih. Diaorang tu manja dan rapat sangat. Tok Mi tu antara waiz & cucunya sendiri..lagi di layan dan sayang kat waiz. Dari umur waiz 2 bulan dia dah jaga. Faham apa yang budak tu suka..apa yang di takut. Sampai sekarang..waiz dah 3 tahun pon, asyiklah di dukung budak tu. Padahal Tok Mi tu bukannya kuat sangat..

Aduhai...

MKS kata..nanti baby dah sebulan, bolehlah start hantar waiz ke nursery. Sebab bulan kedua tu nak hantar baby ke Tok Mi pulak. Harap2 waiz nak lah duduk nursery..sebab nanti dia 4 tahun memang kena hantar ker taska jugak kan. Semalam MKS dah mintak surat beranak waiz..nak tanya kat Yayasan Islam Terengganu kat Chendering tu, samada pendaftaran kemasukan untuk pelajar 4 tahun di buka atau tidak.

Taska untuk belajar dah cari..tapi nursery ni masih kabur lagi. Kadang2 tu rasa nak berhenti kerja jer..senang. Boleh jaga anak2 kat rumah..emm. Apa2 hal pon..mintak Allah permudahkan urusan kami. Dan bukakan hati si waiz tu supaya terima persekitaran baru kat nursery nanti.


Sincerely...

Wednesday, April 4, 2012

WW - Saya Garang!

Hehehe..betul ker?

Sincerely...

Tuesday, April 3, 2012

Bersiap Sedia


Hari tu bising2 kat MKS..beg baby tak beli lagi, barang nak pergi hospital tak packing lagi. Nanti kalau tiba2 nak terrrrberanak..awak packing sendiri yer. Menggelabah mamat tu..tau dah, dia mana reti nak kemas2 baju baby ni.

Cepat2 ajak aku pergi beli beg..hiks. Alhamdulillah..beg dah siap. Saje beli yang besar sebab mama nak tumpang baju mama sekali..hehe.

Time nak beli tu..aku dok usha2 kaler pink. Ingat nak amik beg kaler pink. Tapi MKS tak bagi..cepat kotor katanya. Amik yang kaler gelap..huhu. Takpelah..janji ada.

Dalam beg tu aku isi baju baby, barut dia, selimut yang ada hood tu, sabun, bedak & minyak dia, pampers, wet tissue, sarung tangan & kaki, tuala.

Pastu tumpang my towel, baju & kain batik, pakaian dalam, pad, set mandian, stokin, tudung dan plastik baju kotor.

Bakul untuk isi termos, sudu, cawan & makanan [penting ni!] tu aku asingkan..ni kalau terpaksa kena duduk wad lama lah. Kena prepare jugak. Oh ya..telekung pon jangan lupa bawak yer. Wajib solat selagi kita tak melahirkan..

p/s: Dah sarat ni..buku merah kena bawak sokmo yerr

Sincerely...

Monday, April 2, 2012

Muka Ada Senyum..

Lama tak membebel kat sini..banyak 'kerja'. Kalau tulis 'kerja' tu..bukanlah kerja betul2 yer. Main jer..

Aku ni kalau buat 'kerja' tu..tak lain tak bukan melayan cite korea lah. Sampai tak de mood nak updated blog. Tengah layan cite The Moon Embracing The Sun..cite raja korea zaman dolu2. Best jugak..dah terrrtengok episod 1, memang melekat lah sampai ke sudah kan.

Ok stop. Ni nak cite sebab apa aku tersenyum sorang2 pagi ni. Pagi tadi cek kat Klinik Desa..alhamdulillah dah 30w+4/7. Ikutkan kena pergi KK Hiliran sebab weight tak naik2. Statik jer kat 82kg tu..tapi misi tu buat pejam mata je kot..dia pon tau aku ni malas nak jumpa2 doktor. Sebab cek ukuran rahim ni okey jer.

Time sembang2 dengan misi tadi, dia katalah..'saya rasa anak awak perempuan'. Hiks..nak melompat kegembiraan rasanya time tu. Tanyalah dia..kenapa cakap macam tu. Dia kata tengok muka aku ni bersih jer, pastu ceria..mesti perempuan. Alahai..harap2 betul seperti yang dikata tu.

Nak percaya 100% tu idok lah..doktor yang scan guna alat canggih tu pon tak pasti jantina baby ni. Inikan pulak misi yang main teka melalui muka & bentuk perut aku jer. Tapi suka jugaklah bila ada orang teka baby ni perempuan..tu yang muka ada senyum..hiks.

Okey..sambung kerja.

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal