Friday, February 10, 2012

Zaman Sekarang

Bebudak sekarang memang advance ek. Kita dulu..A for Apple (buah), B for Bear..

Diaorang? A for Apple jugak..tapi apple computer tu..huh
Sumber: Facebook


Sincerely...

Thursday, February 9, 2012

Ole-Ole Langkawi

Cuti Maulud Nabi baru ni, bebudak ofis aku join trip ke Pulau Langkawi. Semua yang bujang2 ikot..termasuklah my manager. Dia pon kategori bujang jugak..sebab anak2 dia dah besar. Bolehlah jalan berdua dengan isteri. Tinggallah aku dengan Kak F jaga pejabat..huhu. Dulu masa ofismate aku pergi Langkawi..aku pregnant jugak. Kali ni tak boleh ikot sebab pregnant baby ke-2..aduii.

Trip kali ni..syarikat besar yang anjurkan. Sebab company aku ni  jadi ahli kelab, tu yang boleh join. Bayar RM120 jer untuk perjalanan pergi balik naik bas, tambang feri, hotel lagi. Memang berbaloi-baloi..ruginya tak dapat pergi. Kalau pergi sendiri mesti lagi banyak belanja kan? Tak pelah..next trip kot. Tu pon kalau aku tak mengandung lagik!

Tapi yang syoknya..bila tak pergi ni, dapatlah jugak ole-ole dari ofismate aku ni. Murahlah rezeki diaorang sebab ingat kat aku & Kak F yang kena tunggu pejabat ni..hiks.
Ni Kak Jun yang bagi..coklat tu awal2 lagi waiz dah makan! Budak tu memang pantang nampak benda manis2 ni. Nak suruh gosok gigi punyalah 'senang'..sampai menangis-nangis!
Ni Kak Zie yang bagi..cantik kotak tisu tu. MKS tengok..terus mintak nak letak dalam kereta dia. Oh nehi nehi nehiiii...
Yang ni pulak Wani yang bagi. Bertambah koleksi kain batik aku..boleh guna time pantang nanti..hehe.
Yang ni..terbaru, my manager baru jer bagi pagi tadi. Aku tak pasti lah orang preggy boleh minum atau tidak air gamat tu. Sebab kat botol tu tulis sesuai untuk ubati luka, lepas bersalin atau pembedahan dan haid tidak tetap. Kalau simpan sampai time pantang nanti..okey lagi tak?
Haaa..yang ni aku kirim dengan Kak Jun. Tapi sampai sekarang aku tak berani nak makan lagi. Sebab hari tu kan doktor dah pesan jangan makan manis2. Pastu baca pulak kat website yang kencing kotor ni bahaya jugak..komen2 dari reader pon ada yang bagi tau kencing kotor ni boleh efek ke buah pinggang. So aku simpan kat dalam peti sejuk jer lah. Tapi aku perasan ada orang kat rumah tu dah curik2 makan aku punya coklat ni..cis..awas yer korang!

p/s: 13hb ni aku kena repeat test air kencing sekali lagi..hope tak ada kencing kotor lagi. Sebab sekarang ni..hari2 aku minum air masak..sungguh!



Sincerely...

Wednesday, February 8, 2012

Kencing Kotor

Kencing kotor ni bukanlah bermaksud air kencing kita tu ada sampah atau bendasing yer. Sebab mula2 aku pon ingat macam tu..hehe. Disebabkan sebelum ni aku tak ada pengalaman pon dengan kencing kotor ni..so malaslah nak tau lebih2 kan. Hinggalah semalam..masa aku cek mengandung kat klinik desa, nurse kata kencing aku kotor. Terus kena refer kat doktor di klinik kesihatan (KK).

Before pergi KK, aku masuk ofis dulu..brekpes, pastu minum air masak banyak2. Konon2nya nak hilangkan kencing kotor tu. Tapi bila tengahari tu aku pergi KK..resultnya still sama. Tak pasal2 next week aku kena cek air kencing sekali lagi..emm.

Sebenarnya aku pon tak tau punca2 terjadinya kencing kotor ni..cuma doktor pesan suruh minum air masak banyak2. Pastu ada sorang nurse ni suruh aku minum air barli untuk kurangkan kencing kotor. Aku ingat ni problem biasa bagi ibu2 yang hamil. Dulu masa mengandungkan si waiz tu..tak pernah pulak kencing kotor. Ni lah 1st time kena.

So meng-google-lah cari info2 pasal kencing kotor ni. Terjumpa website doktor ni..rupa2nya bahaya jugak yer. Lepas ni aku kena banyak2 minum air masak..sebab aku ni memang susah sangat nak minum air masak.

Sincerely...

Tuesday, February 7, 2012

2nd Time Potong Rambut

Kiranya ni 2nd time lah. Mula2 budak kecik ni potong rambut masa umur dia 40 hari..tu lah 1st time aku gondolkan kepala dia. Lepas tu memang sehelai rambut pon tak pernah berpotong. Ramai dah orang tegur rambut budak ni dah panjang..dah macam budak pompuan. Tapi aku buat tak tau jer..sayang nak potong rambut dia.

Masa cuti Maulud Nabi hari tu..orang lain sibuk berarak, aku sibuk pergi gunting rambut. Sebenarnya dah lama aku bising2 dengan MKS nak potong rambut..tapi asyik tak de masa. Aku ni..bila rambut cecah bahu jer, mula lah rasa sakit kepala memanjang. Asyik menyalahkan rambut..hehe. So baik lah kita potong. Lepas kawin memang aku tak pernah simpan rambut panjang..selalunya sampai bahu jer. Lepas tu mesti potong!

Lepas potong rambut aku tu..teruslah tanya tukang gunting tu, boleh tak potong rambut budak. Dia kata boleh. Pikir 10 minit gak samada nak potong rambut waiz atau tak masa tu. Sebab aku memang sayang nak potong rambut budak kecik tu. Last2 aku decide nak potong rambut waiz. Tapi potong kat bahagian telinga & belakang..sikit jer.
Nasib baiklah budak ni tak menangis..dia duduk diam jer. Tapi muka dia memang berkerut time cina tu potong rambut dia.
Suruh tunduk..dia tunduk. Pastu pandang2 aku...mintak diselamatkan..hehe.
Kejap jelah cina tu potongkan..kena RM8. Aku punya kena RM18. Nampaklah macam budak lelaki sikit bila dah rambut pendek ni. Tu pon kalau ikut papanya..tak bagi potong rambut belakang si waiz tu. Tapi aku tengok cam pelik jer kalau rambut tepi di potong, tapi rambut belakang panjang berekor..so kita potong lah sikit. Nanti rambut tu tumbuh panjang jugak.

Lepas ni kalau ada orang tegur tanya si waiz ni budak lelaki ke perempuan..memang saje nak kena luku dengan aku..hehe.

Sincerely...

Monday, February 6, 2012

Home Wireless Modem

Dulu guna berukband maxis..pastu tukar Celcom. Sekarang..guna maxis balik. Tapi kali ni MKS beli Home Wireless Modem Maxis..tak payah nak berebut berukband lepas ni..ngeee. Sebab kalau guna berukband kat rumah..mesti salah sorang je boleh guna. Biasanya mestilah MKS yang guna kan..sebab tu dia punya berukband. Bila dia x nak guna..baru dia offer kat aku. Tapi time dia offer tu..mesti aku pon dah tawar hati nak guna..huhu.
Tapi yang Maxis wireless modem ni..macam streamyx lah jugak. Mane2 hp atau laptop yang ada wifi..boleh guna. Tapi line tu kena ikut kawasan lah..cam area rumah aku okey jer. Pendaftaran kena RM100..bulan2 dalam RM59 gitu..rasanya lah sebab MKS yang bayar, so malas nak amik tau. Selain tu dapat jugak sebuah telefon cordless..dan boleh call selama 100 minit free setiap bulan.

Harap2 okeylah line maxis ni..sebab kalau ikut pengalaman cam dulu2, mula2 jer okey servis ni. Masuk bulan ke dua..hampehhh.



Sincerely...

Saturday, February 4, 2012

Duit Nuffnang Hilang!














Ceh suspen jer..idoklah ilang ke mana. Aku dah cash out masa hujung bulan Januari tu. Sajelah try cash out..ni lah first time aku cash out duit tu. Tak lah banyak..sikit jer. Lebih jer RM50..terus aku bawak keluar.

Tapi aku tak taulah prosedurnya cam mana..tu yang tengah test2 ni. Harap2 merasalah duit Nuffnang tu.

Sedihnya..tahun baru ni, aku tak rasa lagi BE dari Nuffnang. Agak2nya sebab aku malas update cite kot. Nak buat cam mana..sejak2 preggy ni aku tak lalu nak mengadap blog sendiri. So jangan salahkan aku ek...keh keh.




Sincerely...

Friday, February 3, 2012

Minggu ke-22

Tiba-tiba je updated cite minggu ke-22..hehe. Tak pelah..pasrah je lah baca blog suam2 kuku ni yer.

Time ni..perut memang makin membuncit. Kain-kain baju kurung aku pon dah makin tak muat. Baju still boleh pakai, tapi tang kain tu sempit sikit. Kalau nak pakai jugak..terpaksalah bukak pinnya. Barulah boleh bernapas sikit..tapi kena jaga2..kang terlucut pulak kain tu!

Kalau di ikutkan..aku masih tak de selera makan. Time cek kat klinik desa..weight ni asyik lah statik/menurun. Masa bulan 2-4 tu bolehlah buat alasan alahan/loya/muntah kan..ni dah masuk bulan ke-5. Terpaksalah mengadap doktor pulak kat klinik kesihatan. Doktor pulak bagi nasihat yang sama jer..jaga pemakanan, makan sikit2..tapi kerap..bla bla blah. Sampai aku boleh hafal skrip doktor tu..hehe.

Tapi masa aku mengandungkan si waiz dulu..cam ni jugak masalahnya. Berat tak naik. Sepanjang 9 bulan pregnancy..aku cuma naik lebih kurang 7kg sahaja. Tapi budak tu kuar besor jugak..3.42kg! So sekarang ni..aku tak lah risau sangat pasal berat ni. Sebab aku percaya..berat baby tetap naik, cuma lemak2 aku tu yang mencair..sebab tu berat pon turun kot.

Lagipon sejak preggy ni..aku memang tak makan benda2 merepek dan menggemukkan. Nasi pon kurang makan..lately baru lalu makan. Seboleh-bolehnya dalam sehari aku kena paksa jugak makan nasi..bukan untuk aku, tapi untuk baby. My feveret macam ayam pon tak lalu makan tau..kalau orang hidang ayam golek kat depan mata aku, sebelah mata pon aku tak lalu nak pandang! Biasanya aku makan ikan atau telur jer. Seafood cam udang & sotong boleh jugak makan..tapi sebab resdung, kena kawal sikit lah.

Harap2 baby dalam perut ni membesar dengan sihat..tak sabar nak peluk cium baby baru. Mesti si waiz tu jeles nanti..hehe.


p/s : Minggu ke-28 nanti kena minum air gula..waaaa..


Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal