Wednesday, October 31, 2012

Pengorbanan Raya Korban

Raya haji kali ni tak best..sebab tak dapat balik kampung saya, hehehe. Dan makin tak best..sebab saya demam!! Apa pon tak bolehhh...arrggh.

Hari rabu & khamis tu saya dah dapat mc..2 hari. Tapi rabu still kena pergi ofis sebab kena attend meeting. Lepas abis meeting, saya cabut balik rumah.

Doktor kata saya stress sangat, penat..badan tak bermaya. Sebab tu pening2 dan demam. Tapi saya tak makan pon ubat2 yang doktor bagi tu, mc tu saya guna untuk rehat & tidor je. Tu lah ubat saya sebenarnya.

So bila bangun pagi raya tu..rasa macam dah ok sikit, jadi saya masak2 lah untuk family. Masak nasi goreng je pon. Sedih sangat...pagi raya makan nasi goreng! Tak ada ketupat, rendang, kuah kacang!!

Lepas brekpes, saya sambung masak lauk untuk lunch..senang masak awal2. Tak payah nak kelam kabut..lagipon si kecik una tu tengah membuta lagi, boleh lah nak buat kerja. Dah siap semua..mandi anak2, saya jalan ke rumah kak Mah.

Balik dari rumah kak Mah, saya rasa badan makin sakit pulak..makin teruk rupanya. Badan tak sihat sepenuhnya..terus buat kerja, memang mendapatlah kan. Barulah terhegeh-hegeh makan ubat klinik. Masa tu lah..terus saya tak boleh bangun2. Terlantar ni atas katil..hari raya pulak tu!! Dari pukul 12pm [Jumaat] saya tido..keesokannya baru saya boleh bangun!

Agaknya sebab dah lama tak makan ubat klinik..kepala saya macam bingung. Ni pon still rasa kesannya..macam orang lalok & mabuk. Jalan terhuyung-hayang..aduhh. Saya tak ingat berapa biji pil MKS sumbat dalam mulut saya. Sebab MKS kata badan saya panas sangat..so dia bagi saya makan ubat tu banyak kali..emm

Lepas solat Asar raya kedua tu baru saya keluar rumah. Tu pon sebab MKS ajak ke rumah Kak Nah [my SIL]. Ada program hari keluarga..mesyuarat, tahlil & bbq. Layankan jelah. Bagi sokongan sebab MKS lah orang yang menjadi tulang belakang majlis ni semua.
Siap ada sesi bergambar..panggil cameraman lagi. Saya tak tau. Orang lain pakai comei2..saya pakai seluar jeans buruk je! Ni MKS punya kije..dia bukannya cerita semua hal kat bini dia ni. Time ni una dah tido..tapi sebab nak amik gambar, saya angkat jugak. Tu yang terlentok kepalanya..[oh ni gambar guna kamera saya, bukan kamera profesional yer]
Bila orang tengok dia tido..semua jerit, terkejut budak tu. Bulat mata kejap..nasib baik tak menangis. Abis amik gambar dia sambung tido.

Sebenarnya saya ada buat akikah untuk una..tapi lembunya kat kampung. Memang sedih tak dapat join. Dengar cite pulak, adik saya Lily tu pon beraya sorang2. Abang2 kitaorang semua balik kampung lepas solat jumaat..sedihnya.

Maaflah, bukannya saya tak suka raya kat sini..okey tipu..saya memang tak ada hati nak beraya kat sini. Sepanjang hidup saya..raya kat kampung halaman yang meriah dan dikelilingi lauk pauk yang best, jumpa sanak saudara sekepala..memang lain rasanya bila beraya kat Teregganu ni. Jiwa dan hati saya rasa kosong..kosong..kosong. Yelah, sape tak suka dapat beraya kat kampung sendiri kan?

Ni lah cite raya korban saya tahun ni. Pa, tahun depan kita balik kampung lah!



Wangian (Perfume) 18ml

Tengah mencari-cari perfume? Untuk pakai sendiri atau di beri pada orang tersayang. Kini ada saiz 18ml (spray) dengan harga yang berpatutan.

Wangiannya tahan selama 8 jam. Datang dengan kotak dan botol yang sangat menarik.

Cepat..tak banyak pilihan, tinggal beberapa jenama sahaja.
Berikut jenama perfume yang saya jual. Setiap jenama HANYA ada SATU stok sahaja.

MEN 
1)Kod 041 - 212 Men NY 
2)Kod 120 - Escada Sentiment 
3)Kod 036 - Sculpture 
4)Kod 094 - Dunhill Desire 
5)Kod 426 - Escada Magnetism 
6)Kod 381 - Burberry Brit 
7)Kod 168 - Givenchy 
8)Kod 052 - Issey Miyake 

 WOMEN 
1)Kod 049 - Hugo Boss White [SOLD] 
2)Kod 447 - Bulgari
3)Kod 084 - Givenchy 
4)Kod 021 - Angel  
5)Kod 303 - Escada Moon Sparkle
6)Kod 298 - Gucci Envy me 
7)Kod 397 - Creed 
8)Kod 421 - Carolina Herrera 
9)Kod 380 - Escada Marine Groove [SOLD] 
10)Kod 321- Escada Pacific Paradise

Berminat?
Email : achiq_mks@hotmail.com

1 kotak = RM50.00 
(termasuk penghantaran)




Monday, October 29, 2012

♥♥Happy Besday Papa♥♥

24/10/1977..Hari lahir suami saya - Mohd Khir b Salleh [MKS].

Sebenarnya saya ingat besday dia..tak pernah lupa tarikh2 penting dalam hidup ni. Biasalah..orang pompuan. Pavlova ni saya beli sehari sebelum besday dia, ingat nak sambut time detik 12 malam..tapi...

Tu lah, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan. Nak jadikan kan cite..saya demam lepas balik keje tu. Malam pergi klinik, dapat mc 2 hari [rabu & khamis]. Balik rumah terus tido. Tak sedar pon masa berlalu ke 12a.m..pavlova masih tidak dijamah..hehe.

Pagi rabu tu saya pergi ofis jugak, walaupon dapat mc 2 hari. Sebab pagi tu saya ada meeting, so kena attend jugak. Ingat nak balik awal..tapi my ED yang datang meeting pon demam jugak, and dia still attend meeting tanpa banyak songeh..so sebagai pekerja, agak malulah jugak. Terpaksalah saya duduk kat bilik meeting dengan ber-sweater & stokin, dah macam orang tengah berpantang pon iye.

Habis meeting dengan kol 1p.m jugak..so saya terus balik rumah. Sambung tido, tido dan tidooo.

Malam tu, baru sempat saya kuarkan pavlova ni..sambutlah jugak kecil-kecilan. Buat syarat sebagai mengingati besday teman hidup saya ni.
Buahnya macam dah tak fresh..sebab sehari duduk dalam freezer [tapi masa beli tu fresh tau!]. Kali ni saya beli kat Kak Su, saya pernah tempah kek besday waiz yang ke-2. Kiranya ni kali kedua saya makan pavlova..hari tu dah makan sekali.
Macam biasa..si awe ni yang terlebih eksaited. Papanya so-so je..dia bukannya makan makanan pelik2 macam ni. Tapi sebab bini dah belikan..dia jamahlah jugak. Berani dia tak rasa!! Hahaha..
Nak cover line diri sendiri..suap banyak2 kat anak. MKS makan 2-3 suap je kot. Balance tu saya & waiz yang abiskan..hehe.

Saya memang suka beli makanan yang MKS tak leh makan..nanti saya boleh bolot makan sorang2, ngeee..lari.
Una tak boleh makan lagi..so gigit toys je ye.

Happy besday papa..we love you.

Mainan Samah

Saya tak tau apa nama mainan ni..budak2 lagi terror kot. Mainan ni kena masuk duit 50 sen. Ada jugak yang kena masuk 2 keping 50 sen [iaitu = RM1..eh tulis cam ni macam korang tak pandai matematik je gayanya]
Tapi kat Terengganu ni diaorang panggil 50 sen tu 'samah'. So kalau RM1 = dua amah, RM1.50 = 3 amah..begitu lah seterusnya. Ada paham ka?

Dulu kalau rajin, selalu lah duduk kedai..tolong MKS. Sekarang tak koser! So budak-budak yang nak main mainan ni akan tukar duit kertas ke duit syiling kat kedai MKS. Mula-mula duduk Terengganu..mana lah saya faham sangat bahasa Terengganu ni. Terpinga-pinga bila budak cakap "kak tukar samah". "Hah..semah, sampah?" Blur sungguh makcik sorang ni..

Tu belum lagi pokcik-pokcik atau mokcik-mokcik yang datang beli.."dik robe mane, kalam mane?" Haha..kalau di imbas balik..memang kenangan, kelakar pon ada. Tapi sekarang saya dah paham bahasa Terengganu ni.

* robe = rubber [pemadam]
   kalam = pensil
Tak taulah apa yang bestnya main mainan ni..tapi waiz dah terjebak tau. Kalau singgah kedai papanya ni..mesti cepat2 dia mintak duit kat saya. Kalau hari-hari seringgit? Waaa..nangis saya, asyik kena pau dengan anak.

Bukannya dia nak main sangat mainan yang dia dapat dalam bola tu..tapi teruja time masuk duit dan pusing untuk keluarkan bola tu. Lepas bukak..dia bagi mainan tu kat saya." Mama nak buat apa mainan ni?". Alahai..anak sorang ni.

Dulu..kalau saya nak mainan tertentu dalam tong tu, saya akan tunggu cina mainan tu datang. Bila dia bukak penutup untuk tambah mainan dalam tong..saya pilihlah. Bagi duit terus kat dia. Orang lain tak boleh buat macam tu..isteri tokei je boleh, hehehe.

Tapi sekarang..tak sangka anak saya pulak yang terjebak..ish ish.





Friday, October 26, 2012

SECRET BIG BANG PARODY

Sape pernah tengok parody cam ni?

Ni festime jumpe parody bigbang..memang kelakar. Macam2 yang diaorang buat..Boys Over Flower, Coffee Prince lah, you're beautiful lah.

Yang ni parody Secret Garden lakonan Hyun Bin tu. Sape yang tengok secret garden tu pahamlah kot, kehkeh.
  
Serius kelakar..si T.O.P tu jadi Hyun Bin, si GD pulak jadi han Ji Won..hilang sikit tension.

Wednesday, October 24, 2012

Khairuna Pergi Kerjaaaa

Baru-baru ni..cucu tokmi [pengasuh una] si amsyar tu kena demam campak. So takut jugaklah kalau berjangkit kan. Padahal 2-3 sebelum tu si amsyar memang dah demam, cuma campaknya tak keluar lagi. Redho dan tawakal lah semoga una tak berjangkit. Kesian kalau kena jugak..una kecik lagi.
Nak amik cuti..cuti dah tak de. So kenalah bawak si comei ni pergi ofis. Tapi senang bawak una ni dari bawak abangnya! Si waiz tu tak reti duduk diam lah..habis semua dia tekan, picit, sentuh..hehe. Bukan mama je pening, abis satu ofis ni pon kena selamatkan barang masing2.

Since una ni kecik dan tak boleh bergerak lagi..bolehlah mama bawak lagi ke ofis kalau ada hal emergency. Keje dia tido je. Sumbat susu..konpem tido. Memang ratu tido mek ni..turun dari mamanya lah ni. Sebab masa pregnant dia dulu..memang saya suka sangat tido. Kalau tak dapat tido 8 jam ke atas..rasa nak mengamuk..hehe.

Okey..sambung kijee. Laju2 updated..jap lagi saya ada collection meeting.


Monday, October 22, 2012

Makcik k-Pop

Tu k-pop ye anak-anak. 

Bigbang [T.O.P,G-Dragon, Daesung, Taeyang & Seungri] 

Tak tau lah nape kegilaan k-pop ni tak abis2 lagi dalam diri saya ni. Terkenan atau terkena badi kah?  

Dulu zaman anak dara..masa duduk U, biasalah..semua pon suka tengok cite korea. Tapi lepas kawen, dapat sorang anak, kemudian dapat lagi sorang anak..tak abis2 lagi kegilaan korea ni. Tak paham..tak paham. 

Saya ni kan taraf makcik-makcik, pakai tudung ala-ala ustazah..tapi layan lagu korea tak hengat tau. Kalau kat rumah..saya suka tengok video k-pop kat astro tu, tapi MKS paling benci saya pasang lagu-lagu kat rumah. Bila dia start ceramah..lari-lari amik air sembahyang, insap. 

Tapi seribu kali pon dia bebel..saya tetap suka dengar lagu2 korea & layan cite korea. Salah ke?  Bukannya habiskan duit pon..dulu saya beli jugak cd & vcd. Sekarang tak..kalau saya beli, gamaknya tiap2 hari kena marah dengan MKS..huhu.

Bukannya saya fanatik gila-gila atau koyal dengan retis2 korea ni. Okey tipu..saya memang suka sangat dengan Lee Min Ho & Bigbang..especially Taeyang & G-D. Diaorang ni comei sangat2..emm. Yong Hwa dari CN Blue tu pon saya suka..biarlah gigi dia tak cantik [eh tetiba]. 

Members running man pon saya suka..especially Kang Gary. Lagi suka kat dia lepas kena tinggal dengan Monday couple dia..Ji Hyo. Okey...melalut dah makcik k-pop ni.  

Ni luahan hati saya je..malam tadi kena bebel dengan MKS, sebab saya bukak k-pop kat astro. Pastu waiz pon ikut2 nyanyi. Alah..bukannya saya yang ajar, dia yang nyanyi sendiri! Kalau pasang lagu tamil pon dia ikut lah. Merajuk..terus masuk bilik.

 p/s: saya tak pernah tegur pon kalau dia nyanyi lagu awie, dah lah pitching out..lirik pon berterabur. Tak sedap..tak sedap!!

Sunday, October 21, 2012

Selamat Ulang Tahun ke-24




Hari ni 21hb Oktober..besday adik saya.

Satu-satunya adik yang saya ada..

Akak marah seribu kali ke, akak membebel ke...tapi akak tetap sayang ko.



Friday, October 19, 2012

Una Sihat & Gebu

SubhanAllah..anak sape lah ni. Comelnya...

Gembira dapat lihat anak yang saya kandung selama 9bulan++ ni sihat dan gebu. Alhamdulillah..sekarang dah 4 bulan. Rasanya tak pernah lagi una ni makan ubat hospital..ubat homeopathy memang saya amalkan. 

Berbeza dengan abangnya - waiz, sejak lahir memang dah macam2 ubat masuk ke badannya. Sekarang pon, saya cukup takut kalau waiz kena demam atau batuk..pasti melarat. Pergi klinik..pasti kena neb. Harap2 una boleh membesar dengan sihat dan kuat. Biarlah sakit-sakit yang anak hidapi tu semuanya pergi ke saya.
Paling suka tengok masa baby tengah tido..tenang je. Bau baby..MasyaAllah..tiada bau yang seharum bau baby, kan? Kalau duduk sama una..memang asyik kena cium je budak ni. Geram...hehehe.

Timbangan una..sebagai catatan saya kat diari ni. Saya kan mudah lupa...so kena catatlah.

NB ~ 3.03kg
1m ~ 3.8kg
2m ~ 4.3kg
3m ~ 5.0kg
4m ~ 5.2kg


Thursday, October 18, 2012

'AISYA'

'AISYA'
8hb Oktober 2012 @ 3.13am
3.05kg

Sorang lagi anak buah saya..boleh geng dengan Una.

Ni anak Ngah [abang kandung no.2..eh tetiba, macam ada abang angkat!] yang ke-lima!. Wahh ramainya anak..hehehe. Tak pe..murah rezeki ada anak ramai ni. Gigih kakak ipar saya mengandung dan bersalin sampai lima kali ni..phew.

Siap potong Yong saya..yong baru ada 4 orang anak [3 boys 1 girl], anak Ngah [3 boys 2 girls], saya [1 boy 1 girl] dan adik saya masih single mingle. Sape berkenan, boleh lah terjah blog adik saya tuuu...


Sebenarnya kitaorang tak tau nama rasmi baby ni lagi..tapi masih dalam perut asyik panggil 'asiya' je..sebab gegirl kan. Terlekat lah nama aisya tu. Harap2 jadilah nama tu..sedap jugak kan?

p/s: bila lah nak turun Kajang..tengok 'Aisya' plus makan sate kajang!

:: info terbaru..nama baby nur Aisyah Humairah. Makk aihh panjangnya name!!::






Tuesday, October 16, 2012

Taska & Helmet Merah

Tak ingat samada dah cite kat korang yang waiz dah duduk kat taska. Ish..baru beranak dua kali, penyakit pelupa makin menjadi-jadi! Banyak sangat urat putus..tu lah pengorbanan seorang ibu.

Iye..waiz dah tak duduk rumah tokmi. Tukar dengan una. Tapi kadang-kadang saya hantar jugak waiz kat rumah tokmi especially hari Sabtu. Saya dengan MKS kan kerja hari Sabtu..taska waiz pulak tutup [Jumaat & Sabtu]. 

Tapi kalau tokmi tak boleh jaga..saya atau MKS terpaksalah amik cuti. Dahlah cuti tak berapa nak ada kan..kena potong gaji, hukhuk.

Sekarang kitaorang hantar waiz kat Taska Permata..alah taska Rosmah tu. Hantar pukul 7.30am hingga 5.30pm. Bayarannya RM180.00 sebulan. Mula-mula pendaftaran kena bayar RM50.00..tambah lagi yuran kelab RM5 sebulan. Bukan main lagi...duduk taska je, ada jugak yuran kelab!

Waiz suka duduk taska dia ni..hari2 kejut dia, ikut mood lah..kadang2 nangis, kadang2 okey. Nangis tu pon sebab kesejukan kena air time tukar pampers dan baju. Masuk kete, bagi susu..senyap. Bila tanya dia..waiz nak pergi mana? "olah [sekolah]"..jawabnya.

Tak pernahlah dia menangis melalak kat depan pintu..biasanya masuk pintu sekolah dengan senang hatinya. Berbeza masa aku hantar nursery dulu tu. Mungkin sekarang ni dia dah besar sikit..dah jadi abang. So pandai berdikari.

Disebabkan taska Permata ni bawah kelolaan Rosmah dan kerajaan..so kemudahan & fasilitinya memang lengkap lah berbanding nursery biasa tu. Cikgu-cikgunya berpengalaman..bukannya budak lepasan SPM yang tengah tunggu result tu! Time budak2 tido..dia pun tumpang tido sama. Mulalah ada kes baby mati tersedak susu lah..itu lah ini lah..haai. 

Hari-hari ada je aktiviti cikgu2 taska waiz ni buat..jadi tak lah bosan. Ada masa tengok tv, dengar radio, belajar, main, macam-macamlah. Tak lah makan tido je. 

Makanan pon okey..tak lah asyik makan nasi goreng & bihun je kan. Saya tengok hari tu ada pelbagai menu..bijiran, roti, nasi, mee..completed. Yang bagusnya..budak2 dia ajar makan sendiri [yang pandailah]. Macam waiz yang biasa makan sendiri..memang okeylah. Duduk kat kerusi & meja..memang bagus. Nursery dulu tu..sorang cikgu duduk pegang satu pinggan, kemudian..di suap sorang-sorang. Satu pinggan & sudu..kongsi 10-15 orang budak [saya tengok dengan mata sendiri tau!]..saya yang besar ni tengok pon tak lalu nak makan tau. Ini kan waiz yang cerdik pandai tu!

Time tido..budak2 kat taska waiz ni di bagi satu katil khas..kecik je, katil getah. So baring sorang satu kat katil tu..tak ada lah berlonggok kat satu tilam/toto. Pendek kata..taska waiz yang baru ni memang best. Ni pendapat saya lah..bersesuaian dengat bajet RM180.00 tu. Kena berterima kasih kat Datin Rosmah lah yer sebab wujudkan Taska Permata ni..kehkeh.
Oh ya helmet ni saya beli dengan harga RM30. Sebab taska waiz dengan kedai MKS kena lintas jalan besar dan jauh sedikit..so saya beli helmet ni untuk keselamatan waiz. Kadang-kadang saya pergi kerja naik motor jer..so time nak amik waiz, kenalah naik motor jugak.
Tapi bila lama tak naik motor..helmet pon tak terguna. Jadi budak cerdik pandai ni guna helmet dia untuk naik mainan kat kedai papanya. Bijak tak? Budak sekecik ni pon tau betapa pentingnya keselamatan..naik motor kena pakai helmet!

p/s: Saya rasa dah tiba masanya waiz untuk diaperless..tapi mcm tak sanggup nak basuh berak kencing dia kalau tak dan nak gi toilet nanti. Waiz umor 2 thn 10 bulan..cadangan?

Monday, October 15, 2012

Una dan Syifaa

Syifaa Qurratuaini (15.07.12) dan Nurin Khairuna (06.06.12)..beza lebih kurang sebulan je, tapi syifaa macam besar lagi dari una. Rambut pon bukan main lebatttt...rambut una sikit je, huhu.
Una si mata bulat..syifaa si bambam. Tang pipi tu..isshh geget nanti. Syifaa ni cucu Kak Mah [my SIL]..kiranya jadi cucu sedara saya lah kan?

Una dah 4 bulan..berat 5.2kg. Naik 200g je sebulan..hampir ke border kuning - kurang zat. Una minum susu mama je..tak kan boleh kurang zat. Susu ibu adalah susu terbaik dari susu-susu lain. Tak pelah..una jaga badan, gegirl kan..hehe

Saturday, October 13, 2012

Harta Karun

Dah ada nak kecik ni..ni lah keje saya hari-hari kat ofis. Dari jam 8am - 5pm, ada lah 3 atau 4 kali saya pump. Dapatlah bawak balik 10-15oz sehari. Untuk anak tercinta..NURIN KHAIRUNA.

Tapi stok saya taklah sebanyak ibu-ibu lain kat luar tu. Sampai penuh satu deep freezer (df). Tersangatlah jeles..dah buat power pumping pon, itulah hasil saya. Alhamdulillah cukuplah untuk anakanda saya tu. Positif positif..saya mampu susukan una sampai umur dia 6 bulan, seterusnya sehingga 2 tahun!

Teringin jugak pakai pump medela fs macam orang lain, tapi harga beribu-ribu..huk huk. Menyesal tak kumpul duit dari awal kan. Hanya mampu beli pump single pureen elektrik tu je. Tu pon MKS yang belikan time pantang hari tu..RM149.00

Lepas 2 minggu berpantang, beli pulak df..RM520.00 Sebab peti sejuk rumah saya tu jenis satu pintu tu je, kecik. Tak boleh nak simpan stok banyak2. Pejam mata jelah masa kuar duit beli df..tak pelah, tak menyesal pon. Sebab sangat berpuas-hati. Sekurang-kurang saya boleh tumpang simpan stok makanan kat df una tu..hehe.
First session..dapat 5oz. 3 kali pump..dapat 15oz. Target memang kena bawak balik banyak tu jugak..kalau lebih lagi suka. Tapi kalau kurang...mula lah down..emm.

Baru-baru ni pump pureen saya tu macam nak rosak..kurang getaran sedutannya, hehe..skemanya ayat saya!   Terpaksa saya picit-picit cik B time pump tu..oh tersangatlah tak best. So terpaksalah mengagau duit kena beli pump baru. 

Saya decided untuk beli pump manual..target avent. Yang manual sahaja dah RM200-RM250. Yang online ada jual lagi murah dari harga tu...tapi tak berani nak beli. Sebab sekarang ni barangan avent pon dah ada yang tiruan! So sekali lagi pejam mata masa kuarkan duit nak beli pump baru. Sampai kedai..pump avent kehabisan stok. Salesgirl tu cadangkan unimom mezzo..buatan Korea. Sama..dan sebijik cam avent jugak. Hanya RM118.00 sahaja..okey, saya amik. Save RM82.00..hehehe.

Tengok macam banyak je duit yang dah di habiskan untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif ni..tapi kalau dibuat perbandingan dengan pembelian susu lembu tu, rasanya lebih jimat kan? Memang berbaloi-baloi lah. Baby pon kurang sakit dan alahan..insyaAllah.

Ni lah cerita pasal harta karun saya..bukannya pasal duit atau emas berlian pon. Setitis susu yang keluar tu pon saya sayang sangat2. Bukan senang nak dapatkan..so memang patutlah dikatakan HARTA KARUN kan?



Friday, October 12, 2012

Pavlova

Tak ingat bila makan pavlova ni..eh betul ke saya eja ni?

Minggu lepas..or dua minggu lepas, alah tak ingat..tapi yang pastinya saya dah makan. So kalau orang tanya..dah makan pavlova? Bolehlah berlagakkan..kehkeh. Padahal baru makan sekali!

Saya beli kat kedai kek di Durian Burung..dulu saya pernah gak beli kek kat Yayah ni. Masa besday waiz yang pertama saya tempah kat dia. Dulu bisnesnya kat rumah je. Sekarang dah bukak booth di Giant dan kedai di Durian Burung.
Pavlova ni harga RM10.00..saiz lebih kurang tapak tangan saya yang gebu ni. Beli jugak saiz kecik [saiz macam cupcakes] harga RM3.00. Yang tu saya bagi tokmi..tak tau lah dia makan ke tak, hehe.

Rasanya? Yang segarnya sebab ada potongan buah-buahan tu. Krim dia tak manis sangat..tapi lapisan yang bawah tu agak manis. Kurang sesuai untuk pengidap kencing manis..hehe. Tapi sekali sekala..boleh lah. 



Thursday, October 11, 2012

Kek ke-28

Hari tu..3hb kan besday saya. Dah hide besday date tu kat fb..dengan harapan tak de orang ingat. Kat blog je saya updated. 28 tahun dah..tak harap pon kek dan ucapan ni. Tapi orang nak beli kan...terima jelah. Free tuuu..sape tak nak, hahaha.

Eh..free ke, ke guna duit tabung? Duit tabung dari awal tahun tak pernah bayar lagi..larikkk.
Stoberi coklet resepi rahsia...mujur tak letak lilin kan. Ish..macam tak percaya je dah 28 tahun tau. Nak dekat 3 series..emm. 
Posing sikit...tampak kurus sikit, hehe. Berkat susukan una..tu lah ubat diet saya. Baru2 ni timbang kat klinik, berat still maintain. Padahal..saya makan banyak tau. Setiap masa laporr..lebih2 lagi lepas pump susu. Kadang2 rasa nak pitam...phew.
Geng2 ofis saya. Dari kiri..Kak F, Kak Jun, Wany, saya dan Kak Zie. Tu uniform kitaorang. Pakai setiap hari Khamis. Ungu untuk kerani..dan pink untuk boss eh ketua kerani. 

Selain makan kek..ada jugak pizza dan drumet yang kami beli kat PHD. Minuman pulak..air laici. Semuanya ditanggung oleh duit tabung. Tapi duit tabung tak pernah bayar..kan kan kan. Sukeee...hahaha, larikk

Wednesday, October 10, 2012

Simpanan Anak-anak

Fuh fuh fuh..tiup sawang. Lama tak update blog ni. Banyak cite yg nak di kongsikan..tapi M.A.L.A.S.

Senang cite..bagi macam2 alasan pon bukannya korang tau betul ke tak kan. So bagitau je lah hakikatnya diri ini malas!.

Tapi sebenarnya ada jugak hal lain..agak susah nak upload gambar kat dalam blog ni, time saya upload jer..terus internet & network putus! Tak bestlah kalau temberang dalam blog tapi gambar tak de kan. Kalau ada gambar tu kurang lah sikit merapunya..hehe.

Ni gambar lama jugaklah, lepas je habis raya puasa baru ni..waiz & una dah jadi orang kaya. Duit raya punya lah banyak..sampai mamanya pon tak kelip2 mata tengok duit diaorang ni. Kalau tak kuat iman..dah lama mama curik pinjam! Alhamdulillah dapat simpan duit2 waiz & una ni kat dalam bank masing-masing.
Yelah..time nak raya hari tu mamanya macam orang tak sedar diri berbelanja. Macam2 nak dibelinya..habis simpanan saya korek tau [bonus tak dapat kau..sedih tau! --> emm tak abis2 nak meratap pasal x dapat bonus ni kan] Raya sakan kononnya. Abis raya..merata mencari duit, kot-kot ada terselit kat mana2..pheww. Pastu kais pagi kais petang nak tunggu dapat gaji..kesian tak? Orang lain mana lah tau kan..kita laki bini je lah tanggung..huhu.

Waiz memang saya dah bukakan akaun bank ni masa dia mula2 lahir dulu..so banyaklah jugak duit dia dalam  bank tu. Campur duit raya, duit orang bagi masa melawat dia baru lahir dulu, duit orang bagi time buat besday dia, duit dapat time balik kampung, duit dari tok ki-nya kalau kitaorang melawat tiap2 minggu, termasuklah duit syiling2 yang dia kutip kat rumah tu..hehe. 

Duit una baru sikit..tak pe nak, sikit2 lama2 jadi buikittt..

Memang dah jadi tabiat saya..kalau ada orang bagi duit kat anak-anak, walaupon seringgit..memang saya asingkan. Sampai rumah terus masuk tabung. Bila dah banyak sikit/penuh tabung..terus bank in. Tapi kalau dapat kat MKS, masuk poket dia lah. Ada je alasannya "waiz nak beli belon lah, nak mainan lah, nak gula2 lah".  Duit anak..jangan lah amik. Kalau saya nampak..memang cepat2 saya amik dari poket dia. "Alah mama ni, seringgit dua nak berkira!" "Tak boleh pa..kita kena amanah!" 

Bab duit ni..memang saya tegas, akauntan lah kata kan..hehehe.
Alang-alang masuk duit tu, saya renew sekali insurans untuk waiz. Una pertama kali buat. Setahun bayar sekali je. Insurans tambahan selain takaful..RM20/setahun sahaja. 

Okey siap satu entry..minggu depan pulak saya updated ek..hehe

Wednesday, October 3, 2012

- 28 -

Glitter Graphics | http://www.graphicsgrotto.com/
28 dah... 
Umur makin meningkat.. 
Tak ada apa yang nak diharapkan..kek, hadiah, ucapan..
i'm big girl woman now.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal