Tuesday, October 16, 2012

Taska & Helmet Merah

Tak ingat samada dah cite kat korang yang waiz dah duduk kat taska. Ish..baru beranak dua kali, penyakit pelupa makin menjadi-jadi! Banyak sangat urat putus..tu lah pengorbanan seorang ibu.

Iye..waiz dah tak duduk rumah tokmi. Tukar dengan una. Tapi kadang-kadang saya hantar jugak waiz kat rumah tokmi especially hari Sabtu. Saya dengan MKS kan kerja hari Sabtu..taska waiz pulak tutup [Jumaat & Sabtu]. 

Tapi kalau tokmi tak boleh jaga..saya atau MKS terpaksalah amik cuti. Dahlah cuti tak berapa nak ada kan..kena potong gaji, hukhuk.

Sekarang kitaorang hantar waiz kat Taska Permata..alah taska Rosmah tu. Hantar pukul 7.30am hingga 5.30pm. Bayarannya RM180.00 sebulan. Mula-mula pendaftaran kena bayar RM50.00..tambah lagi yuran kelab RM5 sebulan. Bukan main lagi...duduk taska je, ada jugak yuran kelab!

Waiz suka duduk taska dia ni..hari2 kejut dia, ikut mood lah..kadang2 nangis, kadang2 okey. Nangis tu pon sebab kesejukan kena air time tukar pampers dan baju. Masuk kete, bagi susu..senyap. Bila tanya dia..waiz nak pergi mana? "olah [sekolah]"..jawabnya.

Tak pernahlah dia menangis melalak kat depan pintu..biasanya masuk pintu sekolah dengan senang hatinya. Berbeza masa aku hantar nursery dulu tu. Mungkin sekarang ni dia dah besar sikit..dah jadi abang. So pandai berdikari.

Disebabkan taska Permata ni bawah kelolaan Rosmah dan kerajaan..so kemudahan & fasilitinya memang lengkap lah berbanding nursery biasa tu. Cikgu-cikgunya berpengalaman..bukannya budak lepasan SPM yang tengah tunggu result tu! Time budak2 tido..dia pun tumpang tido sama. Mulalah ada kes baby mati tersedak susu lah..itu lah ini lah..haai. 

Hari-hari ada je aktiviti cikgu2 taska waiz ni buat..jadi tak lah bosan. Ada masa tengok tv, dengar radio, belajar, main, macam-macamlah. Tak lah makan tido je. 

Makanan pon okey..tak lah asyik makan nasi goreng & bihun je kan. Saya tengok hari tu ada pelbagai menu..bijiran, roti, nasi, mee..completed. Yang bagusnya..budak2 dia ajar makan sendiri [yang pandailah]. Macam waiz yang biasa makan sendiri..memang okeylah. Duduk kat kerusi & meja..memang bagus. Nursery dulu tu..sorang cikgu duduk pegang satu pinggan, kemudian..di suap sorang-sorang. Satu pinggan & sudu..kongsi 10-15 orang budak [saya tengok dengan mata sendiri tau!]..saya yang besar ni tengok pon tak lalu nak makan tau. Ini kan waiz yang cerdik pandai tu!

Time tido..budak2 kat taska waiz ni di bagi satu katil khas..kecik je, katil getah. So baring sorang satu kat katil tu..tak ada lah berlonggok kat satu tilam/toto. Pendek kata..taska waiz yang baru ni memang best. Ni pendapat saya lah..bersesuaian dengat bajet RM180.00 tu. Kena berterima kasih kat Datin Rosmah lah yer sebab wujudkan Taska Permata ni..kehkeh.
Oh ya helmet ni saya beli dengan harga RM30. Sebab taska waiz dengan kedai MKS kena lintas jalan besar dan jauh sedikit..so saya beli helmet ni untuk keselamatan waiz. Kadang-kadang saya pergi kerja naik motor jer..so time nak amik waiz, kenalah naik motor jugak.
Tapi bila lama tak naik motor..helmet pon tak terguna. Jadi budak cerdik pandai ni guna helmet dia untuk naik mainan kat kedai papanya. Bijak tak? Budak sekecik ni pon tau betapa pentingnya keselamatan..naik motor kena pakai helmet!

p/s: Saya rasa dah tiba masanya waiz untuk diaperless..tapi mcm tak sanggup nak basuh berak kencing dia kalau tak dan nak gi toilet nanti. Waiz umor 2 thn 10 bulan..cadangan?

10 comments:

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

good boy waiz ni, eh bestnya taska tu, nanti leh anta hamza jugak ni... hanis pun nk blaja dgn wida cemana nak diaperless... rasanya dah boleh start utk waiz tu

NM02 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ye la wida, aku baru branak sorang, penyakit pelupa makin menjadi

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Waiz dh pandai berdikari..abg long katakan..
K.ya tak terfikir pulak bab kongsi suap tu...haih..
Camner la tadika wafiq nanti..dh la budak tu manja..

Azian Elias said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

nak hantar ke kindy ni kan at first memang mencabar.. tp kalau dah biasa bagus gak. budak ada displin.

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

assalam wida ..pa khbr?
dah bersalin ke 2 ye...maaf , sy jarang bw.., nway tq singgah blog sy..

pasal diaperless tu..rasanya dah bole praktiskan.

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Okey, Wida... tahniahlah dah hantar waiz ke taska permata.
Tang melatih anak tanpa lampin ni, saat yang paling penat sebagai ibu tau, Wida. Kalau ma, setiap satu jam, ma akan tanya dan bawa dia ke tandas.
Jangan sampai dia kencing merata... nanti penat juga kita nak bersihkan najis, nak solat pun was2. Pendek kata memang penat! Tapi berbaloi bila dia dah pandai ke tandas sendiri. Duit pun jimat.. Hehe...

kurus said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wahh gud boy waiz .. bagusnya hantar taska nie dia akan banyak belajar berdikari tau dik ..
insyaallahhh
waiz punye helmet sama je macam helmet abang zahrien ! ;))

Rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

good boy waiz...
tak meragam gi taska....
rasanya suasana kat taska tu best...
tu yg dia ok jer pegi tu...

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Anak ibu umur 2thn 2bln dah bebas pampers siang dan mlm. Kena sabar byk dan tabah sbb penat dan kurang tido.

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Anak ibu umur 2thn 2bln dah bebas pampers siang dan mlm. Kena sabar byk dan tabah sbb penat dan kurang tido.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal