Saya tak tau apa nama mainan ni..budak2 lagi terror kot. Mainan ni kena masuk duit 50 sen. Ada jugak yang kena masuk 2 keping 50 sen [iaitu = RM1..eh tulis cam ni macam korang tak pandai matematik je gayanya]
Tapi kat Terengganu ni diaorang panggil 50 sen tu 'samah'. So kalau RM1 = dua amah, RM1.50 = 3 amah..begitu lah seterusnya. Ada paham ka?
Dulu kalau rajin, selalu lah duduk kedai..tolong MKS. Sekarang tak koser! So budak-budak yang nak main mainan ni akan tukar duit kertas ke duit syiling kat kedai MKS. Mula-mula duduk Terengganu..mana lah saya faham sangat bahasa Terengganu ni. Terpinga-pinga bila budak cakap "kak tukar samah". "Hah..semah, sampah?" Blur sungguh makcik sorang ni..
Tu belum lagi pokcik-pokcik atau mokcik-mokcik yang datang beli.."dik robe mane, kalam mane?" Haha..kalau di imbas balik..memang kenangan, kelakar pon ada. Tapi sekarang saya dah paham bahasa Terengganu ni.
* robe = rubber [pemadam]
kalam = pensil
Tak taulah apa yang bestnya main mainan ni..tapi waiz dah terjebak tau. Kalau singgah kedai papanya ni..mesti cepat2 dia mintak duit kat saya. Kalau hari-hari seringgit? Waaa..nangis saya, asyik kena pau dengan anak.
Bukannya dia nak main sangat mainan yang dia dapat dalam bola tu..tapi teruja time masuk duit dan pusing untuk keluarkan bola tu. Lepas bukak..dia bagi mainan tu kat saya." Mama nak buat apa mainan ni?". Alahai..anak sorang ni.
Dulu..kalau saya nak mainan tertentu dalam tong tu, saya akan tunggu cina mainan tu datang. Bila dia bukak penutup untuk tambah mainan dalam tong..saya pilihlah. Bagi duit terus kat dia. Orang lain tak boleh buat macam tu..isteri tokei je boleh, hehehe.
Tapi sekarang..tak sangka anak saya pulak yang terjebak..ish ish.
2 comments:
meseng telang pitih tu namanya..hihi
Wida pernah tengok citer Masihkah Ada Ramadhan? Kalau nk improve bahasa terengganu molek benor ler tengok citer tu...
iye lah sis...
budak2 memang suka main benda alah nie...
tapi sib baik sapphire tak sangat...
sbb dia lum tau camne nak buat...
akak pun tak pernah nak ajar dia...
hehehehehe...
Post a Comment