Dah ada nak kecik ni..ni lah keje saya hari-hari kat ofis. Dari jam 8am - 5pm, ada lah 3 atau 4 kali saya pump. Dapatlah bawak balik 10-15oz sehari. Untuk anak tercinta..NURIN KHAIRUNA.
Tapi stok saya taklah sebanyak ibu-ibu lain kat luar tu. Sampai penuh satu deep freezer (df). Tersangatlah jeles..dah buat power pumping pon, itulah hasil saya. Alhamdulillah cukuplah untuk anakanda saya tu. Positif positif..saya mampu susukan una sampai umur dia 6 bulan, seterusnya sehingga 2 tahun!
Teringin jugak pakai pump medela fs macam orang lain, tapi harga beribu-ribu..huk huk. Menyesal tak kumpul duit dari awal kan. Hanya mampu beli pump single pureen elektrik tu je. Tu pon MKS yang belikan time pantang hari tu..RM149.00
Lepas 2 minggu berpantang, beli pulak df..RM520.00 Sebab peti sejuk rumah saya tu jenis satu pintu tu je, kecik. Tak boleh nak simpan stok banyak2. Pejam mata jelah masa kuar duit beli df..tak pelah, tak menyesal pon. Sebab sangat berpuas-hati. Sekurang-kurang saya boleh tumpang simpan stok makanan kat df una tu..hehe.
First session..dapat 5oz. 3 kali pump..dapat 15oz. Target memang kena bawak balik banyak tu jugak..kalau lebih lagi suka. Tapi kalau kurang...mula lah down..emm.
Baru-baru ni pump pureen saya tu macam nak rosak..kurang getaran sedutannya, hehe..skemanya ayat saya! Terpaksa saya picit-picit cik B time pump tu..oh tersangatlah tak best. So terpaksalah mengagau duit kena beli pump baru.
Saya decided untuk beli pump manual..target avent. Yang manual sahaja dah RM200-RM250. Yang online ada jual lagi murah dari harga tu...tapi tak berani nak beli. Sebab sekarang ni barangan avent pon dah ada yang tiruan! So sekali lagi pejam mata masa kuarkan duit nak beli pump baru. Sampai kedai..pump avent kehabisan stok. Salesgirl tu cadangkan unimom mezzo..buatan Korea. Sama..dan sebijik cam avent jugak. Hanya RM118.00 sahaja..okey, saya amik. Save RM82.00..hehehe.
Tengok macam banyak je duit yang dah di habiskan untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif ni..tapi kalau dibuat perbandingan dengan pembelian susu lembu tu, rasanya lebih jimat kan? Memang berbaloi-baloi lah. Baby pon kurang sakit dan alahan..insyaAllah.
Ni lah cerita pasal harta karun saya..bukannya pasal duit atau emas berlian pon. Setitis susu yang keluar tu pon saya sayang sangat2. Bukan senang nak dapatkan..so memang patutlah dikatakan HARTA KARUN kan?
8 comments:
Mengapakah ayat akak sungguh skema
Mengapakah ayat akak sungguh skema
Salam singgah dan follow.....
good luck..chaiyk2!!
betul tu wida.... utk anak, xpe lh. duit boleh dicari... :)
Tahniah, Wida... Semuanya kerana Una.. (Sedap nama Una tu..)
memang harta karun..
sebab kak ya pernah tertumpah susu satu botol,baru lepas pam tumpah..
sedih sangat time tu..mmg sebak sangat..macam hilang emas..hehe
akak pun dah banyak berhabis untuk susu kali ni.. selalunya tak pernah pun beli DF tu tp kalini beli. Pump pun beli baru ni ganti yg dah lama sebab takleh nak sedut tp tak best pakai sebab leaking. hampir2 dah nak beli avent tp jumpa plak spare part suction tu cuma RM30 jer. Hmmm mudah2an, berjaya susu lama2.. tp aku ngepam kat ofis 2 kali jer.
Post a Comment