Monday, September 3, 2012

Cite Raya 2012

Alhamdulillah..sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut lebaran kali ini bersama keluarga yang aku cintai [maksudnya beraya kampung aku tau..keh keh keh].

Hari Khamis [16hb] aku dah start cuti. Pukul 3am dah gerak dari KT. Berhenti sahur di Paka..kol 12pm sampai kat KL. Berhenti rehat lagi kat rumah pakcik aku di Kuala Selangor..dalam kol 2pm sampai kat rumah aku di Sabak Bernam.

Tahun ni tema family kitaorang PINHKKK..sungguh gojes & santek tau. Sama dengan PM kita tu...perasan tak? Bukan senang nak buat abang2 aku tu terima tema kali ni. Nasib baiklah diaorang nak..hehehe.
Family Yong bersama 4 orang anak. Katanya sama2 beli kain kat Jakel dengan PM..hihi.
Family Ngah..bersama 4 orang anak plus baby dalam perut. InsyaAllah bulan Oktober ni kuar geng anak aku, Khairuna. Kak Ngah kata maybe perempuan..bestnya. Tak sabar nak tunggu 'cik Aisya' kuar..
Family aku..dah bertambah budak gegirl tu. Nasib baik Una tak meragam time raya tu..elok je tido. Tapi si Waiz tu asyik lah berdrama..aih pening. Tiap2 tahun memang menangis lah kejenya. Dia kan tak leh tengok orang sedih..kitaorang yang bersalam dan bermaaf-maafan, dia yang melalak. Bad mood sepanjang masa.
Abah, makcik dan adik aku..Lily. Masih single di lebaran kali ni..tahun depan tak taulah. Kalau tahun depan dia kawin..raya rumah mertuanya, tak bestlah raya kitaorang nanti..huhu.

Banyak lagi gambar & cerita yang aku nak kongsi..tapi kerja aku ni tak abis2 lah weii. Penat. Kat rumah pon sama..nak bibik plezzzz.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN


9 comments:

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

meh r raya dumoh etek =)

kurus said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

manisss nyee dikk pink niee ;)
seronok kan ..

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Betul2 PINK. Langsir pun PINK! haha.. Tapi cantiiik..
Wida, silalah ke rumah ma. Rumah ma dekat aje.. Tapi jangan hari ni, harini ma ada di KL...

Cho Zila said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ni memang betoi2 pink... baguis.. akak heran awatler lelaki tak suka pink cantikper.. tengok cantik dan nampak sejukjer...

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

nk carik bakal suami yg anak yatim piatu lahhhh cengginiiii alaaa sedihlaaa tiap tahun mesti nak raye dgn family sendirik gak yg best.

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

serba pink yan wida, bekas kuih dan langsir pun mengikut tema sama...hehe

selamat hari raya wida.

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

cantik ler satu family kaler sama.. kitorang selalu family kali sama tapi family between adik beradik tu yg lain.. hmmm boleh diusulkan ni next year

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

pink mmg cantik kan nok....

tahun ni pun kami anak beranak pakai pink, tapi pink belacan...hehe...

Cikrosecute said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Semua pink hihihi meriah dan ceria..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal