Saturday, September 15, 2012

Berpantang Cara Terengganu

Tak taulah ada ke tak orang zaman sekarang yang nak menyalai macam orang dolu-dolu. Dah lah panas..pedih mata kena asap, busuk sebab asyik berpeluh, tu belum lagi melecur badan sebab panas sangat. Tapi aku kena..ye AKU!

Ni katil masa aku menyalai hari tu. Lepas hari ke-10 berpantang, hari2 Kak Mah [SIL] aku tanya "dah baik luka?" (Biasanya orang naik atas salaian ni lepas luka jahit kat bawah tu baik. Luka jahit tu pon biasanya baik dalam seminggu dua). "Belum". Punyalah mengelat..asyik belum je jawabnya, hehe.
- Gambar buat kenangan -
Tapi hari ke-12 tu Kak Mah datang malam2 pasang katil salaian ni. Gigih tau..nak suruhnya aku menyalai malam tu jugak, keh keh. Memang tak boleh mengelat dah lah. Seguni besar MKS beli arang kayu getah tu. Berpoluh aku nak menghabiskan tau.

Berkali-kali Kak Mah ingatkan aku..naik salaian kol 3 pagi, sampai kol 7 pagi. Pastu mandi..sambung balik menyalai sampai sebelum tengahari. Dah tengahari tak payahlah menyalai..sebab rumah aku pon dah macam sauna time tengahari tu, al-maklumlah rumah papan. Pas Asar kena naik balik atas katil salaian..sampai malam. Setiap kali dia datang..tu lah pesanan dia. Dengorkan jelah..

Sebab aku berpantang rumah sendiri..tak ada lah nak ikut sangat arahan Kak Mah tu kan.  Ada lah jugak aku mengelat sikit2. Agak2 sakit badan baring kat katil kayu tu..aku lari balik tido atas katil tilam tebal. Agak2 panas sangat..aku lari baring atas tilam depan tv pulak..siap on kipas lagi. Bila dengar suara atau tapak kaki Kak Mah..baru kelam kabut naik atas salaian, hahaha.

Ni lah cara orang Terengganu berpantang..orang Terengganu pon belum tentu berpantang cara ni kan. Tapi aku ikut..sebab nak jaga hati SIL aku tu jugak. Orang dah sudi nak jaga kita..kena lah dengar cakap diaorang kan. Dia buat ni pon sebab sayang kat aku..nak badan aku ni sihat. Badan nak guna lama..tak nak lah umor tak masuk 40 dah sakit sana sini.

Bertungku pon sama. Sepanjang masa asyiklah bertungku. Tungku aku tu TAK PERNAH sejuk tau! Sentiasa panas..tak bertungku pon aku panaskan jugak..haha. Kadang2 tu sampai tertido-tido masa menungku tu. Dah lah berat batu tungku tu..duduk sorang2, bosan tau. Tapi nak cepat baik..aku buat lah jugak.

Sebenarnya aku jeles tau dengan orang lain, time berpantang boleh rehat2. Updated status kat FB..blog, twitter, tak pon tido. Main2 dengan baby..tapi keje aku asyik bertungku & menyalai je. Time menyalai tu ada lah buka FB thru hp. Tu pon kalau MKS tinggal berukband dia..bolehlah aku bergosip kat FB..hehe. Kalau tak...nganga je lah.

Tapi berpantang tu memang menyeksakan tau. Aku ni rela mengandung & beranak 10 kali [wah hebatnya]..tapi bab berpantang tu, lari laju2. Tak sanggup...sungguh!






6 comments:

deq noor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

DN pernah dengar yg orang terengganu berpantang begini. alasan yg sama diberi, nk pakai lama kan. hihi.... sabo je lh ye wida...

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Alhamdulillah, mudah2an Wida kembali sihat cam sediakala....

Cikgu Ma said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

lain negeri lain cara kan...

.:Yana:. said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hebatnyer care berpatang org ganu..kadang2 benda cam ni leceh tp elok utk kite..tp tak pernah plak dengar menyalai ni..bertungku tu biase..

Che Rosliza Che mat said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

orang ganu memang cara pantang cam gini...

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

untunglah wida ada orang tlg jagakan.. k.amy ni boleh jer berpantang mcm tu, cuma ada orang jagakan nak tegur kalau tak mmg lalai jer manjang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal