Artikel ni sebenarnya aku baca kt facebook..ramai org share2 kt fb, so aku share lah kt blog ni..Rase2nya bagus jugak info2 dia especially pada org2 yang baru nak cari mr/mrs right diaorg. Pada yang dah kawen macam aku ni pon boleh jugak bace..tuk renung2kan diri samada suami/isteri tu betul ke jodoh korang..tp kalau dah kawen tu, mmg lah jadi jodoh kite kan? Apa lah aku ni..
by Tengku Muhammad Kalmani As-Saif on Sunday, August 29, 2010 at 12:30pm
by Tengku Muhammad Kalmani As-Saif on Sunday, August 29, 2010 at 12:30pm
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
++ my mr MKS mmg konpem x berlakon..dr dulu sama jer, x reti cover skit! Especially time makan..kuat betul sound effectnya (x leh bawak masuk majlis..) buat aku sakit kepala lorr
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
++Ermm..setakat ni 5 tahun dgn mr MKS ..x de lah bosan sangat sbb dia lah kawan aku tmpt cite, gosip, gaduh..etc.bla..bla..Tapi kdg2 tu suke jugak kalau dia x de (maksudnya pegi keje tau!) sbb aku boleh bermalas-malasan kt rumah. Kalau dia ade..asyik suruh buat macam2 jer..Sbb mr MKS ni mmg pantang tgk aku baring jer (kecuali sakit lah)..So Macam2 keje lah dia reka nak bagi aku gerak ni..
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
++aku tetap aku..walaupun aku banyak songehnya dan x sempurna..tp dia tetap terima aku dengan seadanya. Memandangkan background family kitaorg ni lebih kurang same je masalahnya..so kitaorg mmg saling menerima dengan seadanya.
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
++Kejujuran??rase2nya macam aku jer yg jujur..semua benda nak cite kat dia. Tapi nak suruh dia bukak mulut..punyalah susah. X tanya x cite..ish..ish..tp aku tau mr MKS aku jujur..kan? Berani lah nak tipu2..hehe
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
++Lebih 90% rahsia aku semua dia tahu..yg lain2 tu..kira halal je lh. Ape yang penting bukan masa silam kite..tp masa depan yang kita akan tempuh bersama. Kalau hidup sudah saling tidak mempercayai lagi..macam x kena je hidup ni.
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
++Bab ni..aku 50-50..hehe. Selalunya aku x suka ade org sibuk2 dgn kerja aku. Aku kan suka buat dgn cara aku sendiri..so mmg kitaorg jarang bekerjasama. Cuma lately, after aku deliver waiz..kitaorg baru paham konsep kerjasama ni. Kerjasama cam mane nak besarkan, didik & asuh waiz. Kerja rumah pon kena lah sama2 buat..mama basuh baju, papa jemur ok..hehe (macam lah basuh guna tangan!)
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
++Hehe..suka ayat "di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar"..betul ke ade org laki yg suka bininya berleter? Sape lah laki bertuah tu yer? Bagi aku lah..setiap hari kite belajar & memahami sifat & peel pasangan kita. Biarlah 10 tahun pon bersama..x100% kita dapat fahami pasangan kita tu..
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
++Dulu masa bercinta semuanya wangi..kentut yg bucuk pon jadi wangi ye. Tapi dah kawen ni semuanya terserlah. Dari A-Z tau mane kelemahan dia..yg baik pon kadang2 jadi buruk. Tapi bukan semua org sempurna..kena lah muhasabah diri sendiri jugak. Aku & mr MKS senang jer..busuk biar sama2 busuk..kentut pon biar sama2 kentut. Hahaha..busuk punya perangai laki bini ni!
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
++Bila nak kawen ni kena dengar kata hati..bukan kata nafsu!
++Bila nak kawen ni kena dengar kata hati..bukan kata nafsu!
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
++Memang ni lah yang terbaek..solat & memohon kepada-Nya. Mintak di berikan petunjuk. Kerana Dia lah yang maha mengetahui. Time aku dulu pon..ni lah yg aku buat. Sbb mase tu aku tgh konfius samada nak kawen ker..nak study (sbb aku kawen masa belajar..dah mr MKS tu takut aku lambat sgt nak abis study kot!) Kui..kui..
Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile, klik sini
Moga-moga ilmu ni dapat di manfaatkan bersama-sama. Selingan yang aku buat tu tidak ade kena mengena samada yang hidup atau pon mati..hanya dari pengalaman hidup aku sendiri. Mane yang baik tu semua datang dari ALLAH S.W.T..yang buruk tu datang dari aku sendiri..
Sincerely...
Moga-moga ilmu ni dapat di manfaatkan bersama-sama. Selingan yang aku buat tu tidak ade kena mengena samada yang hidup atau pon mati..hanya dari pengalaman hidup aku sendiri. Mane yang baik tu semua datang dari ALLAH S.W.T..yang buruk tu datang dari aku sendiri..
Sincerely...
0 comments:
Post a Comment