Wednesday, September 22, 2010

Raya..Raya..Raya..

Dah nak masuk 2 minggu berhari raya..malas lah pulak nak wat entry raya ni. Emm..tapi excited gak nak cite sebab tahun ni beraya bertiga! Walaupun persediaan raya untuk aku ni suam-suam kuku je..tp untuk waiz memang puas lah berabis untuk dia. Semua benda nak beli..songkok, sampin, kasut, tali pinggang..blaa..blaa..semua benda lah. Tip top anak mama sorang ni..hehe.

Raya Pertama (10hb Sept 2010@1 Syawal 1431H)

Macam biasalah..lepas menyiapkan mr MKS (cik abg aku sorang ni memang x reti bersiap sendiri..dari dulu lagi bini kena sediakan. Dia memang x tau kat mane letak baju, seluar & sampin sendiri..penat mak!)
 
Smart x..hehe
Aku bagi dia brekpes dulu b4 pergi masjid nak sembahyang raya..takut2 pengsan pulak nanti kan. After semua guys kat rumah tu pergi masjid, tinggal lah aku, lily & 2 org kakak ipar aku pulak berebut bilik air..sesi melaram bagi isteri2 lah pulak kan. Pagi raya kt kg aku tu hujan turun renyai2 jer..sejuk je udara pagi tu. Time2 hujan ni sedap duduk rumah jer..tp memikirkan hari raya, x kan nak duduk rumah je kan? Nanti x terkutip lah pulak duit raya Waiz..hehe. Sementara menunggu org balik dari sembahyang raya..aku tidokan dulu si budak kecik tu..nanti x de lah moody je.

Ape pandang2?..(agak2 telinga
kembang tu diwarisi dr siapa yer?)
Sibuk tengok tv..
Lepas semua org balik dari masjid..budak2 semua makan dulu. Menu wajib di hari raya kat kampung aku ni cam biasa lah - ketupat, kuah kacang, rendang, hati masak merah, kari ayam & ayam masak kicap. Menu special pulak..tahun ni kak Ngah aku dengan berbesar hatinya nak masak laksa kola kedah (sbb dia asal Kuala Kedah). Memang terbaekkk lah..sodap.

Sesi salam-menyalam pon bermula, bermaaf-maafan lah kitaorg sekeluarga. Pastu budak-budak semua menadah tangan lah. Tahun ni best lah sikit, sebab selain memberi..aku menerima lah jugak (dari pihak waiz lah!) Dah tiap2 tahun asyik menghulur je kan..anak buah aku tu ade 8 org semuanya. 4 org ank Yong..4 org anak Ngah. Kalau sorang RM10? Hehe..tp x pelah. Dulu masa kecik2 dah dapat byk duit raya..skrg giliran kita lah pulak memberi..betul x? Pastu sesi bergambar lah pulak...Layan je lah

Abah & makcik (mak tiri aku)
Yong's Family
Ngah's Family
My Family...
Lily & Family Tumpang..hehe
Cucu-cucu..(semua grey color..suke!)
Big Family..
Lepas beraya kat rumah sendiri..kita serbu rumah org lain pulak. Biasanya kitaorg pergi rumah Wak Nab (kakak abah) kat sebelah rumah. Lepas tu baru berkumpul kat rumah Wak Solahuddin (Abg abah yang sulung) untuk majlis tahlil & hari raya. Lepas tu..(berapa banyak lepas tu lah!)..Layan je lah..

Kat rumah Wak Nab (Nasib baik x roboh kerusi2 tu)
Kat Rumah Wak Solahuddin (Sebahagian jerr ni..)

Raya Kedua (11hb Sept 2010@2 Syawal 1431H)

Pagi hari raya kedua kitaorg duduk rumah jer. Bagi can org nak dtg rumah kan..kang x abis pulak duit raya aku ni..hehe. Ngah aku pulak tengahari dah tolak balik ke kedah..rumah isterinya. Ramai lah jugak yang datang raya kedua ni..nasib baik lah ade neng (pembantu abah aku), dia lah yang tolong membasuh. Aku ni bab menghidang laju lah..tp bab mengomas tu..eei x kuasa lah. Mane nak di kejar si budak waiz tu lagi..ni baru ade anak sorang..cam ner tu? sape nak jawabbb...

Dalam pukul 3p.m baru abah aku ajak kuor beraya..ikut lah kami, sampai maghrib. Petang balik rumah..pas solat & mandi..aku, mr MKS, lily, waiz & emy (Anak yong aku yg no.2..dia kena tinggal sbb masa balik ptg tadi dia naik kete aku. mak bapaknya pergi sambung beraya lagi..nasib ko lah) kuor lagi. Tapi bukan pergi beraya, tapi pergi jenjalan kat Sungai Besar. Pergi Billion..nak beli barang dapur, sbb K.yong nak masak mee goreng esok. Name  je pasaraya Billion..tp barangnya idoklah berbillion-billion..hampeh! Semua benda x ade..esok kena pergi pasar basahlah nampaknya.

Pastu kitaorg merewang-rewang kat kedai Sg Besar tu, cadang2 nak beli hadiah kahwin untuk Farah (my BFF) esok gi raya rumah dia boleh sampaikan terus.. yang mr MKS  pulak nak cari beg pouch dia. Alah beg yang org lelaki selalu pakai kat pinggang tu lah. Cam biasa lah..dia ni memang memilih sikit..kalah org pompuan bershopping! Sudahnya..semua x berkenan. Apek2 tu pon x kuasa nak menunggu dia memilih. Org semua nak tutup kedai dah..hehe selamat duit aku. Mencari hadiah Farah pulak x jumpa2 jugak..nak pergi ke Sen Heng..dah tutup pulak..emm. Tapi time masuk kedai mainan..ternampak lah basikal mainanan..macam sesuai jer dengan waiz. Tokey tu letak harga RM145.00..dia bagi RM115.00. Aku tawar2..campur dia malas nak layan aku sbb dah nak tutup kedai..dapat lah RM100.00. Dapat bola free lagi..bengkek jer tokey tu. Melayang duit bonus aku ke budak kecik tu..(oOps!!)

Raya Ketiga (12hb Sept 2010@3 Syawal 1431H)

Pagi-pagi lagi aku, mr MKS, Lily & k.yong dah menapak ke pasar basah Sabak Bernam. Nak cari bahan2 untuk masak mee goreng hari ni. Pas balik dari Sabak..diaorg pon masak. Pagi ni kitaorg anak beranak brekpes nasi lemak..mee goreng k.yong masih x disentuh lagi..nak tunggu makan masa lunch nanti. Then geng dos, abang jeli, pak usu & abang amin datang beraya..layan lah diaorg. Yang mr MKS yer..dok je dalam bilik. Ruper2nya dia dah tercirit & termuntah sebab brekpes pagi tadi. Nak melayan org pon x der moodnya..so dia tido jer lah.

Nak di jadikan cerita petang lepas zuhur tu..aku pulak kena cirit birit + muntah2 lagi..sampai lembik badan aku! Si waiz pon cirit jugak..kesian budak tu. 5-6 kali jugak lah menukar pampers dia. Time ni memang waiz jadi cam anak yatim piatu lah..mane x nya, mak paknya terbaring kesakitan! Nasib baik lah ade mak usu & mak longnya tolong tukar pampers & mandikan dia. Maghrib tu aku memang x daya sangat lah..minum air masak pon muntah balik. Nak pitam pon ade. Yong aku lah tolong bawak kitaorg anak beranak pergi klinik. Di sebabkan aku yang paling teruk..sampai nak pitam, doktor cadangkan amik injection. So kena inject lah kat lengan aku ni..x pasal2 abis RM120.00 untuk ubat kitaorg 3 beranak.

Jadik rosak program raya ketiga aku ni..sbb ingat nak beraya rumah asniza, farah, diah & etc..tp dah keadaan x mengizinkan..redho je lah. Mujur tengah malam tu aku dah okey sikit, walaupun rase trauma nak makan..sbb takut muntah lagi. Aku tido dalam mengemam gula2..nak recover gula dalam badan! Sampai esok pagi gula2 tu ade dalam mulut lagi..hikhik..pengotor punya perangai. Nasib baek mulut x kena hurung dek semut..

p/s: Pesanan masyarakat : berhati-hati semasa makan, nak2 masa raye ni..

Sincerely...

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal