Monday, November 26, 2012

Kek Murah

Masih tak kesampaian nak makan kek turkish indulgence..susah benor nak lalu kat SR tu. Time tak teringin...hari-hari lalu! Ish..sabor jelah
Moh lah kite makan kek ni dulu. Kalau saya pergi Mydin Mall..dan nampak kek ni, memang saya beli. Murah je..RM 6 untuk 3 potong kek. Mungkin tak sesedap kek-kek SR, tapi saya suka makan kek...layan je lah sementara nak dapat kek turkish indulgence tu..hiks.
Opps..terbalik pulak kek tu.

Nama apa..saya tak ingat. Tapi semua berunsurkan cheese. MKS kureng sikit bab-bab makan benda merepek ni. Perut dia tak kebal macam perut saya..hehe.

So kek ni saya share dengan waiz je. Budak tu menurun saya..suka makan kek..suka makan coklat, aiskrim..bagus, boleh geng mama!

Saturday, November 24, 2012

My Beloved Cousin

Selamat bertunang Leen & Din..24/11/2012 [11 pagi]

Ni sepupu saya belah abah. Satu-satunya sepupu yang sebaya dengan saya. Sorang lagi tu, Kak Nani..sepupu saya jugak. Beza 2 or 3 tahun dengan saya. Kak Nani ada datang rumah saya baru-baru ni. Saya ada citekan kat entry ni.

Suwitt je kan. Memang gojes. Rasanya Leen & Din ni dah lama berkawan..dari zaman sekolah menengah lagi. Finally, bertunang jugak diaorang ni.

Oh ya, si Din [tunang Leen] ada kerja kat HSNZ KT ni..doktor. Pernah jugak jumpa dia..kelakar orangnya. Macam budak2 pon iye..memang sepadan dengan Leen yang manja.

Sedih jugak sebab tak dapat join majlis bahgia Leen ni. Takpe..InsyaAllah, korang kawen nanti saya balik yer.

Banyak kenangan zaman kecil saya dengan Leen..macam tak percaya, masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Jarang berjumpa, jarang bersembang..dulu masa kecik-kecik, tido sama-sama..bersembang sampai tengah malam..emm.

Buat sepupuku..Aimi Fadhlin, wida doakan semoga Leen bahgia...sob sob.

Solid Food


















Amik jadual solid food ni kat group ni.

Khairuna dah nak masuk 6 bulan..tak sabar nak bagi dia solid food ni. So dapat gaji nanti...benda pertama nak beli ialah food processor untuk blend makanan una. Nak bagi apa dulu yer..apple?pear? Yummy...ish mama pulak yang lebih-lebih.

Dan macam tak percaya saya hampir berjaya susukan una secara eksklusif selama 6 bulan. Nak nanges rasa! Tak percaya..tak percaya!!

Syukur atas limpah rezeki-Mu..amin amin amin.

Friday, November 23, 2012

Info Durian Crepe di Kuala Terengganu

















Tengok kat statistik ni ramai jugak yang baca pasal entry durian crepe saya ni kan..terima kasih.

So kat sini saya nak share info-info kat mana saya beli durian crepe ni kat korang. Sebab ada jugak yang bertanya sebelum ni. So pada mereka yang duduk kat Kuala Terengganu boleh lah try beli durian crepe kat diaorang ni. Saya tak dapat komisen pon..sutir durian crepe ponnnn tak dapat. Just share..kate sharing is caring kan? Selain dari Kuala Terengganu...tak dapeeekkk nak tulun.

1) Facebook - Anum Cookies [yang ni kat Chendering]
2) Facebook - Ina family's patisserie [yang ni kat belakang Shell Batu Buruk]
3) Facebook - Lieya's Bakey & Catering [yang ni dekat dengan SMKA Sheikh Malek]
4) Facebook - The Baking Sisters [yang ni kat Pasir Panjang] --> blog dia http://www.the-baking-sisters.blogspot.com/

Rasanya ramai lagi yang jual durian crepe ni..tapi ni je info yang saya tau. So selamat merasa!



Thursday, November 22, 2012

My Waris

Oh my englishhh...memang failed!

Masa cuti panjang baru ni [deepavali + awal muharram], sepupu & makcik saya datang ke Terengganu. Saje jelah jalan-jalan & bercuti..sambil tu melawat saya yang sebatang kera kara kat sini.

Saya memang suka kalau ada orang yang sudi melawat dan menjejak kaki ke teratak buruk saya ni..syukur sangat-sangat. Yelah, nak harapkan saya balik kampung..setahun sekali je kan. Jarang dapat berjumpa saudara mara ni. So bila diaorang datang, terubatlah rindu skett.

Cuma masa mula-mula sepupu saya ni datang, dia tak call or msg saya..tapi contact MKS. Yang MKS ni pulak memang tak berapa nak ingat & kenal dengan orang. Bila MKS bagitau ada saudara saya datang Terengganu..dia tak boleh nak explain siapa orangnya. Aihh...mati akal dibuatnya. Tak pasal-pasal kena buat pengumuman kat facebook..hahaha.
Ni lah wak [makcik] saya. Orang jawa panggil pakcik & makcik dengan gelaran wak. Yang datang ni Wak Ros. Kakak kepada abah saya. Duduk di Shah Alam bersama anaknya selepas suaminya [Wak Ajis] meninggal dunia. Dulu dia duduk Gemas.
Ni kakak sepupu saya [Kak Nani] iaitu anak bongsu Wak Ros yang saya citekan tadi. Rasanya dah kahwin hampir 5 tahun..masih tak ada anak. Dulu masa kecik-kecik, Kak Nani lah geng saya selain Lin [sepupu saya jugak].

Eh gambar candid ni nampak suwiitttt lah pulak. 
Suaminya abg wan...okey je time jumpa baru ni. Sebelum ni saya tak pernah pon sembang dengan dia, sebab dia macam pendiam & pemalu je. Tapi bila jumpa dengan MKS yang mesra & ramah-tamah tu..banyak pulak cakapnya. Entah dia paham ke tak si MKS tu cakap ganu..hahaha.

Diaorang singgah rumah saya kejap je, tumpang solat Maghrib b4 keluar makan kat Seri Wangsa Seafood. Ajak tido rumah tak nak..sebab dah tidor kat Hotel Alamanda kat bandar tu. Sokey...tak kisah. Dapat jumpa pon dah puas hati. Semoga wak Ros saya tu dikurniakan kesihatan dan panjang umur..boleh jumpa lagi.

p/s: So kepada waris-waris [saudara-mara] saya, sape-sape yang datang Terengganu tapi tak jumpa saya..memang saya SENTAP okey! Tak nak jumpa..gi bercuti kat negeri lain ekk. Jangan datang Terengganu..hahaha. Dahsyat tak?


Monday, November 19, 2012

Demam Durian Crepe Lagikkk

Layankan saja tuan blog ni yang tengah menjakun dengan durian crepe..hehe.
Kali ni beli kat FB - Family's Patisserie. 6 ketui = 10 hengget
Dah rasa dua jenis durian crepe. Lepas ni boleh buat pilihan mane yang lagi sedap di tekak saya. Tak payahlah bagi tau kat sini. Sebab selera masing-masing berbeza kan.

Alhamdulillah..rasanya duduk kat KT ni tak lah rasa macam ketinggalan zaman sangat kan. Dulu nak makan MACAROON.. dah rasa. PAVLOVA pon dah rasa..syukur.

Sekarang mengidam nak makan turkish indulgence SR pulak. Hari tu masa beli kek besday saya yang ke-28 dah nampak kek tu. Tapi saya pendam je lah, lepas tu terus tak ingat. Tetiba nampak blogger - Kak Yan - post pasal kek tu..terus terbayang-bayang kesedapannya.

Haii...saya ni bab makan memangggg tak boleh ditangguh-tangguh. Seksa jiwa raga ni..hahaha. Kena pergi SR lah kite ye..yok semua!

Sunday, November 18, 2012

Sunat

Amik dari facebook adik saya..Lily.

Ni anak buah saya..yang pakai baju samsung tu Pojan [anak Yong], lagi sorang tu Aqil [anak Ngah]. Alhamdulillah..dua2 dah selamat masuk jawi pagi tadi.

Dan pagi ni ada jamuan & kenduri kat rumah saya di kampung nuuu. Sedih sebab tak dapat join sama. Nak buat macam mana..laki aii tak nak balik kan!

Emm sedih jugaklah sebab tak dapat kumpul adik beradik & sedara mara..emmm..sedih lagi.

p/s: okeylah..nak emo sorang2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal