Friday, September 14, 2012

Berguguran..

:: From Google::
Rasenya bukan aku sorang je yang berdepan masalah ni. Mungkin ibu2 lain jugak. Simptom rambut gugur..bukan sikit2 dia nak gugur tau. Betul2 macam gambar kat atas tu.

Mula2 tu seram jugaklah. Sampai takut nak sikat rambut. Aku ni kalau berimaginasi memang hebat.."napelah rambut aku gugur, ada kanser kah?" Wah...macam2lah aku pikir. Macam pertama kali beranak je kan. Padahal..

Dulu lepas bersalinkan waiz pon cam tu jugak..tapi masa tu aku tak tahu itu perkara biasa. Menurut SIL aku, budak kalau dah pandai merembes air liurnya..mesti rambut mak budak tu berguguran. Eh betul lah. Bila waiz tak keluar air liur..barulah rambut aku stop berguguran.

Ni..si Una tu dah pandai main2 saliva dia. Berbuih-buih..menyembur-nyembur saliva-nya. Maka berguguran lah rambut mama dia ni. Bilik aku ni..penuh dengan rambut. Hari2 kena sapu tau..hehe.

Jangan gugur sampai botak dah..hiks







Wednesday, September 12, 2012

EBM dan KIM

Dua-dua gambar ni aku tepek kat peti sejuk rumah. Panduan untuk aku & MKS..and maybe untuk korang jugak.

















































Sapelah yang rajin lukis ni kan..kreatif. Ni aku amik kat group KIM di FB. Terima kasih pada Kak Yaya sebab perkenalkan group ni pada aku.

KIM [Kumpulan ibu2 menyusukan] ni memang banyak membantu aku sepanjang proses bf kat baby ni. Banyak yang aku belajar dari group ni.

Berharap sangat..kali ni aku dapat bf si Una tu sampai 6 bulan, 1 tahun dan seterusnya sampai 2 tahun. Masa waiz dulu..aku bf dia sampai 4 bulan je, pastu fully fm. Terkilan dan ralat sangat. Masa tu aku MALAS dan BODOH. Yaa..tak payah nak berdolak dalih lah kata susu kurang, penat, tak ada masa, susah..tu semua ALASAN [tak kata kat sape2..kata kat diri sendiri].

So kali ini, bersaksikan korang2 semua..aku berazam nak susukan NURIN KHAIRUNA sehingga 6 bulan dan seterusnya..amin.

Pada ibu2 yang tengah preggy dan tak tahu pasal ilmu penyusuan ni, meh lah join group KIM  ni. Aku pon tak pernah post apa2..just baca komen & pendapat ibu2 lain. Best sangat..

Monday, September 10, 2012

Jawapannya..

Komen dari entry INI. 

Terima kasih sis sebab sudi jenguk & komen kat blog picisan ni. Nak jenguk balik blog sis ni, tapi tak boleh pulak. So jawab kat sini jelah ye. 

Ubat homeopathy yang saya biasa makan tu amik kat sini jugak..Kuala Terengganu. Kat luar saya tak tau lah ye. Tapi kalau sis org KT..mesti tau Pengadang Baru kan. Kat simpang Caltex tu..jalan nak ke Kepong, ada klinik homeopathy. Kecik je..sebelah kedai runcit. Klinik homeopathy Dr. Azizi. Try lah ye..

Tapi bila di baca komen sis ni..dah anak 9..wow, tahniah. Rasenya sis lagi berpengalaman dari saya yang hingusan ni, hiks. Semoga selamat melahirkan ye.

Saya yang beranak dua ni pon cam orang semput je..sis ni nak lahirkan anak ke-9, boleh berguru ni. Cam mana uruskan anak, didik anak..pheuww.

Dah Kurus..

Konon2 nak heboh macam berat 40kg je kan..padahal..hehehe. Aku ni memang tak pernah kurus pon..berat memanjang. Tapi tak lah seberat Yong, Ngah & Lily kan kan kan...hahaha.
Ni gambar sebelum aku deliver una..minggu terakhir pregnancy, 86kg. Berat aku b4 mengandungkan si una tu pon 85kg. Adoii..cam ne tu?

Sekarang? Tak lah kurus cam korang. Tapi aku rasa badan ni ringan lah sikit...sikit je lah. Harapnya terus menurun atau kekal begini. Sebab sekarang ni aku berpantang lah lagi..yelah fully bf si una, itu tak leh makan..ini tak leh makan. Kita tengok berapa lama boleh bertahan..ngeee
Tadi aku timbang kat klinik..70kg. Oh ya..cian una kena cucuk for 3m tadi. Melalak mek tu. Zaman waiz dulu..senyap je. Memang berbeza..menggelabah kejap aku tengok una menangis tadi. Tapi cepat2 sumbat cik n..terus senyap. 

Eh..kurus tak ai?

Sincerely...

Sunday, September 9, 2012

3 Bulan

Sepatutnya n3 ni kuar 6hb hari tu..tapi ntah macam mana x kuar plak schedule n3 aku ni. Hissh...nak kena sepak blogspot ni.
Alaaa...tomeiiinya. Anak sapa lah ni? Matilah kena kutuk. Tapi sape lagi nak puji anak sendiri kan? Penat aku mengandung 9 bulan tau! Khairuna..now dah 3 bulan. Suka bulat2kan mata dia..kadang2 dia buat juling2..hiks, comeiiii
Time ni dia sengih tau..tapi sebab kamera hp aku ni lembab, dia dah lepas senyum baru capture..hampeh. Tapi masam pon tetap super duper somelll...kan kan kan? Mesti korang geram kalau jumpa dia. Sekarang dah pandai senyum dan gelak. Pantang di agah...mesti menyengih [ni ikut perangai papanya --> sooo mesra alam, mamanya sombong!]

Cayanggg Nurin Khairuna!



Monday, September 3, 2012

Cite Raya 2012

Alhamdulillah..sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut lebaran kali ini bersama keluarga yang aku cintai [maksudnya beraya kampung aku tau..keh keh keh].

Hari Khamis [16hb] aku dah start cuti. Pukul 3am dah gerak dari KT. Berhenti sahur di Paka..kol 12pm sampai kat KL. Berhenti rehat lagi kat rumah pakcik aku di Kuala Selangor..dalam kol 2pm sampai kat rumah aku di Sabak Bernam.

Tahun ni tema family kitaorang PINHKKK..sungguh gojes & santek tau. Sama dengan PM kita tu...perasan tak? Bukan senang nak buat abang2 aku tu terima tema kali ni. Nasib baiklah diaorang nak..hehehe.
Family Yong bersama 4 orang anak. Katanya sama2 beli kain kat Jakel dengan PM..hihi.
Family Ngah..bersama 4 orang anak plus baby dalam perut. InsyaAllah bulan Oktober ni kuar geng anak aku, Khairuna. Kak Ngah kata maybe perempuan..bestnya. Tak sabar nak tunggu 'cik Aisya' kuar..
Family aku..dah bertambah budak gegirl tu. Nasib baik Una tak meragam time raya tu..elok je tido. Tapi si Waiz tu asyik lah berdrama..aih pening. Tiap2 tahun memang menangis lah kejenya. Dia kan tak leh tengok orang sedih..kitaorang yang bersalam dan bermaaf-maafan, dia yang melalak. Bad mood sepanjang masa.
Abah, makcik dan adik aku..Lily. Masih single di lebaran kali ni..tahun depan tak taulah. Kalau tahun depan dia kawin..raya rumah mertuanya, tak bestlah raya kitaorang nanti..huhu.

Banyak lagi gambar & cerita yang aku nak kongsi..tapi kerja aku ni tak abis2 lah weii. Penat. Kat rumah pon sama..nak bibik plezzzz.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN


Wednesday, August 15, 2012

Baju Raya

Hai..pose tak? Bestkan kalau dapat puasa penuh..tahun ni harap2 bolehlah berpuasa penuh, tak payah ganti..hehe.

Time nak raya ni..anak2 lah yang suka sangat. Walaupon waiz & Una tu tak tau apa2 lagi..tapi mama dia tetap hover tau. Baju anak2 kena cukup..completed set! Mak pak tak de baju tak kisah..janji anak2 aku comel di hari raya aidilfitri ini [ceh skema pulak]

Tahun ni lagilah semangat nak membeli kan..sebab dah ada baby girl. Siyes..best sangat beli baju budak pompuan ni. Macam2 fesyen kan..skirt, seluar, gaun..macam2 lah. Tapi sebab una tu kecik lagi..gaun2 cam limited sikit lah. Tak de saiz..semua besar2. Tapi tak pelah..banyak lagi pilihan.

Si abangnya..waiz tu, tak dilupakan jugak. Tak kan tak beli pulak kan. Dengan baju tidur raya sekali aku borong..hehe. Ni kalau MKS tau..mau di bebelnya aku. Tapi nak buat macam mana..dah jadi habit. Time raya mesti nak memborong. Sebab dulu masa aku kecik2...time raya lah arwah mak membeli barang kitaorg. Nak baju baru ke, kasut baru ke..semua beli time raya. So aku pon dah cam terikut perangai arwah mak.
Ni lah antara baju2 khairuna. Ada yang aku beli..ada jugak orang bagi masa melawat di hari tu. Semua macam kaler pink jer kan..hehehe. Nasib lah ko dik. Abang pon mama pakaikan kaler pink..ini kan kamu. Eeii..tak sabar nak pakaikan especially baju kurung tu.
Ni pulak baju waiz..aku beli sikit2, simpan untuk raya. Bila nak packing bag..tengok ada 10 helai baju budak ni! Mak aih..memang membebel lah papa kamu nanti, hehehe.

Aishh..tak sabar nak raya ni. Selamat hari raya yer korang..insyaAllah, malam ni kitaorang nak balik kampung. Mohon doakan keselamatan kami:)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal