Friday, November 21, 2014

Getah

Getah ape ke namanya..loom? Iye kot..bukan main melambak pasaraya jual. Pastu kecoh bahaya pulak main getah ni..boleh kena cancer..phew. Waiz sebenarnya setiap kali nampak getah ni memang puaslah mulut dia memujuk. Suruh mama beli..tapi idok kuasa mama nak melayan...hehe. Malas nak melayan napsu membeli mainan dia tu. Setiap kali keluar rumah, mesti kena pow. Ish..tokei balak pon boleh bankrup cam ni. 

Eh gurau je..saya sebenarnya tak ada lah berkira sangat dengan anak-anak. Tapi kena tengok jugaklah..bentuk mainan dia ambik tu. Kadang-kadang..mainan yang sama je. Contoh kereta mainan..kat rumah dekat sebakul kereta dia. Ni nak beli kereta baru pulak..kalau kereta tu mama boleh guna pergi pasar tak pe jugak, so..kenot! 

Mainan getah ni pon, saya punyalah kental tak nak belikan untuk dia..yelah, mainan org pompuan kott..tak sesuai lah untuk waiz. Sekaliiii..bapak dia pergi beli. Ntah apa yang dia bodek & guna-guna papa dia pon saya tak tau..huhu. Sabar jelah.. Alih2 bila sampai rumah..tak adanya papa dia nak melayan buat getah tu. Saya ni jugak yang kena layan..huh. Boleh jadi amukan ni..beli2 tapi tak reti main.
Ada instruction pon..bahasa cine. Manalah ai nak paham..
Tengok gambar lagilah pening..terpusing sana..terpusing sini..Dalam nak marah tu, tolong jugaklah ikat getah tu. Sape tak sayang anak kan? Ikat cincai2 sahaja...bukan main happy dua beradik tu pakai.
Tu yang 2 dari kiri..saya cincai2 je ikat. Tapi kesian pulak saya tengok..huhu. Waiz tu bukannya boleh, nanti dia turun rumah, pergi rumah umi dia, cik mah lah..abis ditunjuk gelang getah dia tu. Malu pulak ai..so saya gigihkan diri, google tutorial ikat loom ni kat. Jumpa..tapi tak paham jugak. Ish..faktor usia kot, makin tua..makin lembab pulak.

Teringat kat youtube..zass..tengok dan perati betul2, baru paham. Eh sonang joo! Yang kanan tu baru betul ikatnya!
Terus ajar waiz cara buatnya..sekali ajar je, terus paham. Pastu dia lah buat sendiri. Kalau nak buat corak2..saya susun dan atur siap2 getahnya. So dia masuk ikut turutan getah yang saya dah susun tu. Kejap je..abis satu peket getah tu dia buat. Dapatlah 5 jenis gelang getah. Hah time ni..kalau nak tunjuk kat orang pon, tak ada lah malu! Eh eh..tapi pandai pulak budak tu ye.."waiz buat ni". Iye lah..kamu jugak yang dapat nama..bukan mama!

4 comments:

eynda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Femes getah ni sekarang.... tapi tak pernah beli utk Hannah sebab nanti mama dia jugak yg kena buatkan... mama dia ni agak M nak buat benda2 macam ni :-p

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sapphire pun semangat pasai loom bands nie...
memula kononnya dia kata nak buat jual kat skolah...
tapi last2 dia syiok buat and bagi kat orang as gift jer hahahahahahaha...

lyly yana said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Pandainya waiz. Buatkan 1 utk maksu :)

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

err... mcm ada ternampak kat mana ye artikel kata getah ni ada effect tak brp baik...? ke akak salah getah?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal