Sunday, November 23, 2014

Jalan-jalan Melawat Kawasan

Hai tak hilang lagi penat mengemas dan berjalan wiken ni. Penatlah..tiba-tiba hari ni dah kena masuk kerja..phew. Pagi tadi pon macam malas-malas nak bangun dari katil. Sebab 'cuti'..so makin malas lah nak bangun pagi. Sedapnya tido..tau2 alarm dah pukul 7.15am. Aiyakk..baru terloncat dari katil, laju-laju siap. Mujur sempat masuk ofis kol 7.51am..hehe. 

Phone saya setiap weekday akan berbunyi pukul 6.15am, 6.30am, 6.45am, 6.50am..dan last sekali 7.15am. Saya kalau pagi2 memang tak sempat nak tengok jam..so tu yang buat alarm banyak kali.  Kiranya yang alarm last sekali tu as reminder lah..time tu saya mesti dah siap pakai baju/tudung semua. Dan waiz pon mesti dah siap mandi dan pakai baju sekolah. Kalau time alarm tu waiz tak siap lagi..memang haru lah. Konpem saya lambat pergi kerja.

Sebab biasanya memang pagi-pagi kena mengadap budak tu nangis dulu, dah cakap banyak kali pon..susah betul kakinya nak masuk bathroom, takut benor mandi pagi! Kang dah siap, kena pakaikan baju sekolah dia lagi..sedia susu dan roti dia lah..bla bla bla. Kol 7.30am saya kena cabut..gi kerja. 

Tapi hari ni, bangun lambat pon..saya tak kisah sangat. Sebab waiz dah cuti sekolah..heaven! Best betul tak payah dengar budak tu menangis pagi2! hahaha.. Okey melalut dah saya ni. Cuti jumaat baru ni, pagi tu saya laju-laju laundry baju. Cuaca panas hari tu, setelah beberapa hari asyik hujan sampai banjir lah rumah saya tu. MKS pon sibuk jemur kereta2 dia..yelah abis berbau kepam kot kete dia tu..hehe. Bantal2 dan tilam pon saya jemur. 

Petang tu baru jalan2 pusing bandar..tak ada ke mana pon, pegi pasar malam kat Dataran Syahbandar. Lama tak pergi pasar malam..seronok pulak. Tapi tak de pon beli makanan..tujuan utama, MKS nak round orang2 yang jual bundle. Dia nak cari topi canvas tu. Senang tak basah kalau kena hujan katanya..jenuh cari kat kedai, tak jumpa. Tu yang try cari kat bundle..jumpa. RM5 je..tapi ditawarnya kat peniaga tu sampai harga RM3! Ish..saya kata dia kejam..benda dah murah pon nak tawar lagi!
Hari Sabtu..kami keluar lagi. Tau jelah, saya ni kalau tak berjalan..duduk rumah je..memang tidolah keje saya..hehe. MKS memang pantang betul kalau saya dok tido dan tak buat apa2..dasar jeles! Tu yang dia ajak keluar..tengok Mydin Mall Gong Badak yang baru bukak 21hb baru ni. Yang terbesar di Pantai Timur katanya..yeke? 

Tak ada lah ramai sangat org..senang je nak parking, masuk2 kat pintu food court dia, ada playground ni..haruslah kena berhenti dulu. Bagi waiz main se-round. Suka sangat dia!
Semek ni jadi pemerhati je..ntah kenapa dia takut pulak nak main mainan tu. Dulu bukan main suka...tapi tiba2 hari tu dia takut, cam trauma je. Saya pon tak pasti kenapa..sampai sekarang takut nak naik. So dia tengok jelah abang dia main. Nanti kalau waiz berlari jauh sikit dari tempat kitaorang duduk..Una panggil2 abang dia "aiz..ini!" (maksudnya = waiz, sini!) hahaha..takut sangat abangnya ilang. Ikut perangai mama una ni, memang kalau tempat open cam ni, melilau mata saya tengok waiz. Mujur tak juling biji mata saya..bukan main laju berdesup budak tu bergerak. Tau-tau je dah hilang dari pandangan mata saya. 

Tapi sekarang ni, mata 4 saya dah bertambah..sebab Una pon sama naik perhati abang dia. Kalau waiz tak dengar una panggil dia..laju2 semek tu mengadu kat saya "ma..aiz..tu.." hehe..sweet je una ni.
Bukan se-round ye..ni tukar naik kuda pulak, masuk token RM1..saya bagi 2 token kat waiz, selebihnya tumpang token orang lain pulak. Tu pon tak puas lagi..saya ajak jugak masuk dalam. Umpan dia..banyak lagi mainan dalam tu..baru nak masuk..hahaha.

Tengok gaya bangunan dari luar macam besar..tapi bila dah masuk, emm..tak penat pon kaki saya ni berjalan..ini je? Hahaha..gile eksyen. Serius tak ada lah besar mana pon...biasa-biasa je. Mydin buka mall dia kat floor atas..so meh kite terjah. Saya tak beli apa2 pon..beli sandal una, pencil color waiz, air nutrigen bebudak ni..biskut sikit, tu je lah. Tak sempat nak round semua sebenarnya, sebab terserempak dengan bapak mertua ku...huhu.

Dah jumpa dengan ayah tu..MKS dok kalut lah nak ajak ayah dia makan. Okey layankan je. Sebab ayah MKS ni memang susah nak di ajak makan kat luar. Ada je alasannya. Sebab hari tu dia datang dengan kawan dia..so MKS umpan kawan ayah makan sama, so terpaksalah orang tua tu ikut gak..hehe. Jahat punya anak menantu hantu ni!

Nak ajak makan kat food court..mesti pening orang tua nak memilih makanan nanti. So MKS decide makan kat Restoren Ayam Penyet AP. Saya tukang order..order menu sama je, set ayam penyet. Sonang...abis cite. Harap-harap diaorang makan. Sedap jugak..sambalnya berapi uiolls. Tapi saya tak dapat menikmati sepenuhnya sebab Una meragam time ni..grr.
Meh kita selfie Una..
Tak dilayannya..mood tarak!
Ntah apa yang disentapnya, rebut belon dengan waiz ke? Emm ntah lupa..abaikan.
Semek ni ratu sentap tau, sikit2 nak merajuk. Sikit2 nak lari masuk bilik...nangis atas katil. Kang kalau tak ada orang pujuk..dari nangis slow2..terus meraung! Err..tak paham betul perangai budak ni.
Dalam kol 3pm..MKS ajak pegi kedai dia, so lepak kat office jelah. Nak balik rumah pon malas..sebab kitaorang plan nak pegi TTC pulak petang tu, kalau balik rumah konpem malas nak kuar balik. Lepas bebudak ni puas tido..kol 5.30pm tu kitaorang pergi TTC. Ada program hijabsta apa ntah..ai ni bukannya stailo sangat. Pakai pon tudung instant je..tak ada maknanya nak berhijabsta sangat ni. Tapi sebab banner program tu menarik sangat..ada Zizan Razak..dan awek dia Emma Maembong, haruslah ai mengedik nak tengok..huhu.

Tak taulah depe ni jual produk apa..tapi ramai orang sebab sibuk nak bergambar saje, bukan nak membeli! Ni pon dapat tengok dari jauh je..Zizan macam biasa lah, tapi Emma tu banyak jerawat..hihi. Ish bukan saya kata ye..MKS kata! Dia kata..tak lawa pon! Tengok kat tv comel sangat..haha..kuang kuang. Tataplah wajah binik mu ni sahaja bang..lagi comel dan lawa kan..kan kan..kan?

Tak beli apa2 pon...banyak tudung yang terbelit-belit..tak sesuai dengan saya.. Memang tak reti nak pakai shawl ni. Ikut hati...memang teringin, ada jugaklah beli on9..tapi tersimpan dalam almari sajerk!

Before Maghrib..laju-laju balik. Kena patah balik ke kedai..sebab tetiba motor saya yang anak saudara MKS bawak gi kedai tu pecah pulak tayarnya. So kena pick up dia...pastu terus balik rumah.

Watamat kisah jalan-jalan melawat kawasan hujung minggu saya..hehe.
Tq pada yang sudi bace!

5 comments:

lyly yana said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Belikan tudung belit belit tu utk lili. Gerenti pakai. Hehehhe simek una tu comel betul laaaaaaa. Syg kt abg waiz dia yeee

LYAfrina said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

owh..bru tau ada mydin bru kat KT. biasa pegi y mydin sblh giant tu.. sy x familiar jln sana.sesat sokmo. jrg2 g. biasa g kuantan je, dekat dgn kemaman...


x sangka jupe org se negeri ;-)

Yusmawati Paiman said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Wah! Jumpa Zizan dan Emma Maembong lah dia...hehe.

Kak yus punya alarm pun banyak time, dari 4.30 mula, sampai 7.05, kalau dah 7.05 tu mmg dah super lambat kelam kabut nak suruh budak berempat bersiap ke sekolah, dan pernah terjadi sekali tahun ni, macam tak pijak tanah rasa bila dah lambat tu, hahaha kelam kabut gila rasa...hehe

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

awal melawat kawasan. hahaha... rozie semlm br g tau walau dekat gan rmh

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

teruk ke air masuk umah?

gambar semek bawah tu, sebijik nampak iras MKS tapi ikut skin mama dia lah... hu hu.... comel je..

awat panggil aiz? semek tak panggil abang ke kat waiz?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal