Friday, June 8, 2012

Terbuka Hijabnya

Hijab maksudnya bukan tudung je. Ni ala-ala macam filem 'HIJAB' lakonan Pierre Andre tu. Tetiba mata boleh tengok benda2 halus. Seram kan?

Tapi bukan aku..si waiz tu lah. Budak2 kan biasanya memang nampak benda2 halus ni. Cuma kita ni lah..nak caya atau tak jer. Tapi budak kecik cam tu..tak kan dah pandai menipu ye dok?

Sebenarnya..masa waiz tu baby lagi, ada lah Hamba Allah [HA] ni. Nak kata bomoh..bukan bomoh, nak kata ustaz pon..bukan. Cuma dia di anugerahkan kelebihan pandai berubat orang. Family MKS pulak memang selalu lah berubat dengan HA ni. HA ni pernahlah bagitau..waiz ni ada 'something'. Apakah itu..aku pon tak ambil cakna sangat time tu..sebab waiz baby lagi. Cuma MKS pernahlah berseloroh..'waiz nanti besar pandai ubatkan orang yer..jadi ustaz yer'. Lebih kurang cam tu lah..

Nak jadikan cerita..bila waiz dah besar, dah pandai cakap ni..selalulah dia kata nampak 'hantu'. Bila dah selalu jadi cam tu..mulalah teringat kata2 HA tu. Itu kah 'something' yang dia cakapkan dulu? Betul ke waiz ni boleh tengok benda halus?

My SIL cakap..budak2 memang ada yang boleh tengok benda halus ni. Tapi bila diaorang meningkat usia..hijab tu tertutup dengan sendirinya. Harap2 begitulah. Kalau boleh..aku nak lah waiz ni jadi manusia normal. Meremang jugak bulu roma aku ni bila waiz cakap dia nampak hantu.

Tapi aku heran jugak..macam mana budak sekecil waiz tu tau bezakan hantu & manusia. Nak kata aku ni selalu tengok cite hantu..tak pon. Maybe lah waiz pernah tengok iklan2 seram kat TV tu..emm maybe. Kat tv sekarang memang banyak cite merapu & merepek. Sampai budak2 pon terpengaruh sama..kan?

Dan nak di jadikan cerita..masa waiz kata dia nampak hantu tu, memang lah kebetulan pengasuh dia kena buatan orang. Ada orang tak puas hati dengan pengasuh waiz..so gunalah ilmu hitam nak porak perandakan family ni. Aku nak cite banyak2 pon..tak sedap jugak. Benda tak tau betul atau tak..kang jadi fitnah pulak. Tapi pernahlah beberapa kali waiz memang tak nak masuk rumah pengasuhnya. Menangis..melalak. Katanya takut..ada hantu. Bila aku tinggalkan kat rumah Kak Mah [kakak MKS] elok pulak dia.

Kat rumah aku pon..pernahlah sekali waiz kata dia nampak hantu. Kat pintu toilet bilik aku. Memang sampai kesudah dia tak nak masuk bilik aku tu. Bila aku baca Yasin...solat semua, baru dia berani masuk. Hai lah..anak2 korang ada tak jadi cam ni?



Sincerely...

5 comments:

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

adoi...aku pulak scary baca ni...mungkin betul waiz mmg nampak hantu...
kebanyakan kanak2 mmg boleh nampak benda2 halus gini, tapi Alhamdulillah, anak2 aku tak de pulak ckp pernah nampak hantu bagai...

cuba ko tanya HA tu balik...kot2 dia boleh membantu...

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Scary jugak eh tp tu kira mcm kelebihan waiz ada sixth sense gitu.l.

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Ni awat masih berblog... bukan 'pantang' ke hu hu.. ingatkan dah up cerita baby...

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

erk...seram jugak yer...huhu

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

memang betul ade kanak2 ade dpt anugerah ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal