Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #2

Insyaallah..


Sincerely...

Hijaucantik 2nd Giveaway


Nama Mama : Norwidadi Binti Pauji
Bilangan Anak : 1 Orang (1yr 6m)


Nak Join : Terjah Sini!
Tarih Tutup : 30hb Jun 2011

Sincerely...

Wordless Wednesday #1

 p/s: Rentetan peristiwa ini.

Sincerely...

Monday, June 27, 2011

Dag Dig Dug!

"Dag Dig Dug..di dalam dada"
"Hati berdebar.."

http://www.cute-smiley.com

Dah macam lagu dangdut Haiza pulak! Sekarang ni..saat ni, ofis aku tengah meeting. Hope semua proposal di terima dan ada berita baik dari ahli Lembaga Pengarah.

Ya Allah, murahkan lah rezeki kami. Permudahkanlah urusan kami. Amin...

Sincerely...

Sunday, June 26, 2011

Annyeong haseyo

Tu dia..semangat Kwon Sang Woo dah meresap, sejak2 tau boleh tengok drama/movie korea  free kat My Soju ni, hari2 dok buka website tu jer! Hadoii..ni yang malas nak layan cite korea ni, berhantu tau. Pas tengok nak tengok lagi..lagi, dan lagik! Hai yaaaaa

Baru2 ni layan cite '2 faces of my girlfriend'..
Boleh lah kalau korang nak layan cite ni..baca kat sinopsis macam kelakar, tp so-so je. Hero pon tak berapa nak merangsang jiwa aku ni. Tapi layan jugak sampai habis..hikhiks.

Next...tengah layan 'Crazy first Love', harap2 best..

Sincerely...

Saturday, June 25, 2011

Nasib Baik Anak Sendiri

Budak ni memang..suka sibuk tau! Aku punya lah sayang collection VCDs aku tu..dia suka hati jer hempuk2 VCDs aku tu tau. Kalau orang lain..dah lama aku hempuk balik, ngeee. 

Nasib baik anak sendiri kan..cayanggg budak muchukk ni.


Sincerely...

Friday, June 24, 2011

We Love You Papa - Versi Video

Sori lah yer..kualiti video tak memuaskan. Amik guna hp cap ayam jer. Dah lah model dua orang tu pon tak secerah dan sesuci mamanya..keh keh. Makin gelap dan kelam lah jawabnya..

Paling tak tahan..budak tu beriya-iya tiup, tapi api tak padam2 pon. Yang papanya pulak, nyanyi lagu happy besday! Lagi lah budak tu perasan tu kek dia..layankan je lah


Sincerely...

We Love You Papa..

Ingat nak sambut father's day kat luar jer..makan2 macam biasa. Tapi hari Isnin aku layan JUVANA..so cancel. Kita makan2 kat rumah jer lah..hehe.

Punyalah gigih bini MKS ni..balik kerja, singgah beli kek kat kedai kek Ziq. Naik motor ko..iyer aku pergi kerja naik motor jer. Mujur tak terlangkup kek tu. Sepanjang nak balik rumah tu..tak putus2 aku berdoa "jangan lah terbalik kek tu" "jangan lah jatuh"..

Sampai rumah, simpan kek dalam peti sejuk..amik waiz. Pergi pulak kedai beli mee goreng..punya lah malas gigih aku ni..kan kan?
Papa..we love you. Semoga tak jemu memerah keringat bekerja untuk kesenangan anak bini mu ini. Thank you so much kerana menjaga kami..

Buat abah kat kampung jugak..selamat hari ayah. Walau pun akak jauh, tak bermakna akak lupakan abah, sob sob sobhttp://www.cute-smiley.com
Budak ni feeling tu kek dia..perasan! Dia yang lebih2 nak tiup lilin tu..dia yang over nak potong kek. Mama tak sempat nak suap kat papa..dia dah masuk mulut hokey. Very over tau! Tapi mama suker...hihi.

Separuh kek tu MKS bagi kat kakak dia..kitaorang bukan makan sangat pon. Saja buat suka..mengeratkan hubungan intim keluarga, cewah..

Sincerely...

Thursday, June 23, 2011

Incredible Gyro Bowl



Bijak lah...kat mane ada jual ni?

Sincerely...

Spontaneous Thursday #1

"ESOK CUTI..Yeayyy"


p/s : Dah menjakun dengan WW, meh kita buat n3 Spontaneous Thursday pulak!

Sincerely...

What does a car name initial stands for..

1- BMW: Brings Me Women

2- LEXUS: Luxury EXports to United States

3- FIAT: Failure in Italian Automotive Technology

4- FORD: For Only Romantic Drivers

5- HYUNDAI: Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive

6- VOLVO: Very Odd Looking Vehicular Object

7- PORSCHE: Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything

8- KIA: Kills In Accidents

9- OPEL: Old People Enjoying Life

10- TOYOTA : The One You Only Trust, Always

11- PROTON: Powerwindow Rosak Oooh Tidaaaakkkk Ohhhh Noooooo!


p/s : Lawak pagi Khamis..hehe. Jangan saman ai yer Proton. Ni cilok dr FB. Untuk Perodua & ISUZU tak ada pulak.

Sincerely...

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday #1 - Yang ni Baru Betul!

Rentetan insiden semalam..ni baru betul 'Wordless Wednesday'!
Ni pakwe korea aku..korang kenal?

Sincerely...

Tuesday, June 21, 2011

Alamak..salah!

Alamak..nape korang cepat sangat komen kat entry ni. Tak sempat nak delete. Aku tak perasan lah..tu schedule entry. Aku ingat nak post untuk esok..emm. Tapi salah adjust tarikh lah pulak! Tak menjadi aku punya entry 'wordless Wednesday'.

Baru nak menajakun buat entry 'wordless wednesday'..dah jadi entry 'hampeh Tuesday'!


Sincerely...

Wordless Wednesday


Orang letak gambar jer..aku letak video, boleh?

Sincerely...

My Favourite..Suatu Ketika Dulu

Malam tadi MKS kemas almari CD & VCD kitaorang..sekali tu jumpalah collection VCD aku zaman muda2 dulu [eh, sekarang pon masih muda lagi ek!] Tu pon sebahagian jer..seingat aku banyak lagi VCD aku beli dulu. Tak tau samada orang pinjam tak pulang2 atau aku tinggal kat kampung aku.
Spring Bears Love, Mission Sex Control, Almost Love, 200 Pounds Beauty, Train Man, My Little Bride, my Tutor Friend, My Boyfriend is Type B.

Tu antara VCD korea & Jepun yang aku pernah kumpul dulu. Kalau korang tanya jalan cerita setiap movie tu, memang aku tak ingat. Kena tengok semula baru ingatan tu datang balik..hehe.

Ada jugak series drama korea yang aku kumpul macam Full House, My girl, Autum In My Heart, Wonderful Life..emm..tak ingat yang selebihnya. Tapi aku tak jumpa pulak VCD2 tu. Yang ada sekarang cuma Full House jer..sebab citer tu lah aku paling sayang. Sampai orang nak pinjam pon aku kedek nak bagi..ngeee.

Niat di hati nak mengembalikan zaman 'minat korea' cam dulu2..syok baca  review sorang sis ni  dalam blog dia. Macam 2 cite korea dia tengok..sooo jeles.
Tengoklah kalau ada masa..nak cari VCD baru kat Gianthttp://www.cute-smiley.com

Sincerely...

Monday, June 20, 2011

Oh..Aku kah Itu?

Semalam dapat komen dari http://saudagarmusafironline.blogspot.com/, katanya aku salah seorang pemenang bertuah yang menang GA yang aku join dulu.

Eh macam tak percaya pulak, betul ke aku tu. Cuba korang tolong tengokkan..yang dapat 2nd prize tuuu...

Patutlah beberapa minggu lepas, aku teringin sgt makan chessetart..tapi tak beli pulak. Rupanya2 ada orang nak bagi cheesetart free lah! Sukerrrr...

Kalau betul lah aku menang..ni lah hadiah yang mungkin aku menangi :

~2nd Prize ~ worth RM41.50
(1 set Kopi Uncang + Teh Tarik Uncang)
(15 pcs mini mix filling cheesetart + 15 pcs mini cheese fruits tart)

p/s: macam orang jakun kan? Ni lah 1st time aku bertuah tau..hehe

Sincerely...

Sunday, June 19, 2011

Suka...

Lepas komputer aku  jammed hari tu..my ofismate tolong format balik komputer aku ni. Still guna windows 7. Tapi ada sistem baru lah..

Aku boleh tengok kat windows lain (seperti di atas) walau pon tengah buat kerja. Ke korang  dah tau..aku jer baru menjakun, hehe. Tak kira..nak kecoh jugak kat sini.

Walaupon kecik..still boleh tengok. Tengah repeat tengok citer annisa. Protes sebab tak dapat cuti hari ni!

Sincerely...

Tension Sebab Tak Dapat Cuti!

Iyer..memang tengah tension ni. Sebab orang2 gomen (kat Terengganu) sekarang tengah bercuti sempena Terengganu menang pial FA hari tu. Yang kerja swasta pon ada gak yang cuti..depends on their boss.

Tapi ofis aku tak cuti hokey..di ulangi sekali lagi, TAK CUTI! Rasa macam nak mengadu kat MB jer.."bos saya tak bagi cuti Dato' seri..nape Dato' seri umum lambat sangat. Patutnya bila Terengganu dah menang tu..keesokkan harinya patut cuti terus!"

Ada sape2 rapat dengan MB..tolong sampaikan pesanan aku tu.

p/s : letih..kerja 6 hari seminggu..bila ada cuti umum cam ni, tak leh cuti jugak! Ntah apa2 ntah..buhsangggg

Sincerely...

Saturday, June 18, 2011

Favourite Kartun Waiz

Ada banyak kartun yang waiz suka..tapi ni lah di antaranya. Nama pon budak2 kan..mestilah suka tengok kartun kan. Mak pak budak pon suka jugak tengok..especially korang korang korang. Kan kan? Termasuklah tukang tulis ni..hehe.


Carta hitz Waiz:

1) Upin dan Ipin.
Tapi waiz sebut pin pin..
kalau tengok, tak berkelip mata. Tok sah tawar apa2 mainan lah masa dia tengah tengok Upin Ipin ni. Memang tak dilayannya..kecuali makanan! Ni ikut gen mamanya. Pantang tengok makanan.

2) Boboiboy
Tagline kartun ni 'terbaekkk'. Waiz suka tengok kartun ni..sengih2 kalau tengok kartun ni

3) Spongebob Squarepants
Yang ni dia sebut pambob. Baju, topi, kasut..semua nak pambob yer. Kecik2 dah pandai demand hokeyy.

Anak korang suka tengok kartun ape?


Sincerely...

Friday, June 17, 2011

Mandi Di Pool...

Cuti hari tu..MKS ada meeting kat TER. So sementara tunggu MKS abis meeting, di tinggalkan kami dua beranak kat swimming pool ni.

Ikutkan nak tunggu MKS abis meeting dulu..baru boleh lepaskan waiz masuk pool. Sebab aku tak boleh nak handle budak tu sorang2..mau pitam nak mengejar dia jer! Tapi dah budak kecik tu tak sabar2 sangat nak terjun, so aku lepaskan jer lah.

Mula-mula tu elok jer, mandi kat tepi2. Lagipon kawasan dia mandi tu cetek jer..takat paras pinggang waiz. Tapi tetap aku pakaikan pelampung rabbit dia tu..kang lemas, saje jer. Tapi dah lama2 tu..dia jalan ke tengah pulak. Penat aku terjerit-jerit suruh dia ke tepi kolam ni..hampeh. Idok di dengornya...gerammm betul.

Nasib baik ada budak2 lain yang dah besar sikit tu tolong tarik waiz ke tepi kolam. Tapi tak lama lepas tu..ke tengah balik. Siap buat adegan celup2 kepala dalam air lagi. Eh budak ni..lebih2 pulak. Naik..naik..naikkkk!

Biar dia yang menangis sebab tak dapat mandi..jangan aku yang nangis kalau ada benda buruk terjadi nanti. Nak dapat sorang ni punyalah susah weii..kena jaga betul2.

Sincerely...




Thursday, June 16, 2011

Sejuknya Perut Mama Mengandung..

Biar gambar yang berkata-kata..http://www.cute-smiley.com



Sincerely...

Wednesday, June 15, 2011

Sori..Tak Dapat BW

Sorinya kawan2..sehari dua ni tak dapat singgah rumah korang. Komputer aku kena serang virus..terus tak boleh bukak internet. Sekarang tengah tunggu technician format balik komputer ni. Tak tau lah bila siapnya..asyik bertangguh jer.

Ni pon updated pinjam komputer ofismate. So lembabsss and lambat. 

Rindu my computer yang super power dan laju tuu

Tuesday, June 14, 2011

Cuti Umum Terengganu sempena Kemenangan Piala FA & Kejuaraan SUKMA 2011 pada Ahad 19 Jun 2011.

Tak best lah cuti hari Ahad! Orang kerja gomen jer sedap..cuti direct jumaat - ahad. Aku cuti jumaat jer, sabtu kena kerja..ahad cuti pulak. Waaa..nak kerja gomen jugak!

Menteri Besar Terengganu mengumumkan CUTI UMUM sempena Kemenangan Piala FA dan Kejuaraan SUKMA 2011 bagi seluruh Negeri Terengganu pada hari AHAD, 19 JUN 2011.
Sementara itu, Hadiah Penghargaan untuk pemain-pemain Bolasepak Terengganu ialah sebuah Komputer Riba, Wang Tunai RM10,000 seorang & lawatan ke Eropah. Untuk Atlet SUKMA ialah RM5,000 bagi pemenang Pingat Emas, RM3,000 untuk Pingat Perak & RM2,000 untuk Pingat Gangsa.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu di satu majlis di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

sumber : myadha

Sincerely...

Monday, June 13, 2011

Waiz Di Ofis Mama

Hari Sabtu hari tu..Tok Mi (pengasuh waiz) kena pergi Kota Bahru sebab ada majlis perkahwinan saudara dia. Nak bawak waiz..jauh sangat. So sapelah nak jaga budak tu. Nak hantar ke Mok Nah & Cik Mah (kakak2 MKS)..kesian pulak kat diaorang. Sebab hari Sabtu tu memang banyak kenduri kawen. Cuti sekolah lah kata kan..

Papa memang awal2 tak mau bawak budak ni pergi kedai..kang abis dia 'kemas' satu kedai tu. Bad mood pulak MKS nanti. So nak tak nak..terpaksa lah aku bawak budak kecik tu pergi pejabat. Nasib baiklah hari Sabtu..so tak banyak kerja sangat. Bos pulak tak masuk hari tu..selamat.

Bos aku baik..tak kisah punya. Sebab before ni aku pernah gak bawak waiz datang pejabat. Tapi aku yang naik segan, sebab budak2 pejabat aku nanti tak buat kerja pulak..ralit main dengan budak tu!

Tapi waiz okey jer, duduk kat tempat Sales (kebetulan orang sales cuti tengok bola kat Stadium B.Jalil)..layan upin ipin dan boboiboy kat Youtube. Bila dah abis..pandai tekan sendiri. Sampai not responding internet tu! Hahaha..

Dah penat tgk kartun, 'kemas' dapur, makan, menulis a.k.a menconteng, main telefon..aktiviti dia yang paling aku suka..
-

-

-

-

-

-

TIDOOO!

Dua kali budak kecik ni tido..pagi sekali, petang sekali. Masa tu lah aku leh bernafas sikit..buat kerja sikit2. Hehehe..

Sincerely...


Sunday, June 12, 2011

My 1st Giveaway : Just A Simpe Giveaway By Areef

: : Nak join klik sini : :

Tamat pada : 8.00 pm @ 12hb Jun 2011


Sincerely...

Hampeh..Tak Cuti Pong!

Tak tengok pon bola kat stadium..tapi Terengganu dah menang, nape tak cuti? Ish..ramai yang tension bila kena pergi kerja hari ni. Termasuk lah aku!

Ni gara-gara MKS lah. Dia tengok bola sorang2 jer kat rumah tu..tapi macam ada 10 orang kat situ. Menjerit..melompat..abis gegar rumah buruk aku tu. Nasib baik tak roboh! 

Beberapakali gak lah aku terkejut dari tidor..nasib baik waiz tak bangun jugak. Badan aku ni abis lebam2 jadi tempat tepuk dan gendang MKS...Grrrr.

Weii...ngantuks.

p/s: Glemer zubir (coach goalie)..byk kali gak muka dia kuar TV malam tadi. Nanti datang pejabat..banggalah tu.

Sincerely...

Friday, June 10, 2011

Happy Besday Girls!

Abis makan kenduri..bergegas ker rumah abang MKS pulak. Dia buat majlis harijadi anak bongsu dia..Kimah dan dua orang cucu dia iaitu Furaihah & Fatimah. Baru tau last minute..tak beli hadiah pon. Hulur duit jer..

Waiz & MKS pon tak pergi..time ni diorang tengah di kuarantin kat rumah..demam. So aku jer yang pergi, tumpang kakak2 ipar aku. Kenyang lagi pas makan nasi kenduri, tapi sebab menunya semua sedap2..makan jugak sikit (sikit untuk portion aku..besar bagi portion korang, hahaha!) 2-3 ketul nugget, mee goreng, laksa Terenggany, kek, dadih.

Tak cukup tu..aku tapau pulak bawak balik rumah. Dengan alasan untuk MKS & Waiz..tapi sebenarnya, aku jugak yang makan. Orang sakit mana boleh makan kannnn!
Kimah, Furaihah & Fatimah ni share bulan yang sama..bulan Jun. So tok diaorang buat majlis tu sekali gus. Dah nampak macam kembor budak duaorang tu kan. Tapi memang kembar pon..lain perut, lain mak, lain bapak! Dua2 lahir hari yang sama..beza beberapa jam sahaja. Dan yang bestnya..jadi saudara susuan.

p/s: eh ni cite jumaat minggu lepas:)

Sincerely...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal