Semalam aku baru amik kucing..amik kat rumah saudara ofismate aku di Bukit Besar. Comel. Walaupun sebenarnya aku ni geli dengan kucing. Tapi dah MKS yang beriya-iya sangat nak bela..so layankan lah.
Rasanya aku pernah cite kot..rumah aku ni banyak Cik Ti (tikus) berkeliaran. MKS dah buntu macam mana nak halau semua Cik Ti tu. So terpaksalah buat keputusan untuk bela kucing walaupon bininya sendiri takut dengan binatang tu! Hampir sebulan jugaklah menunggu kucing kat rumah my ofismate tu bercerai susu. Alih-alih kucing2 tu mati pulak. Tapi nak jadi rezeki..saudara ofismate aku tu offer kucing dia. Orang nak bagi..amik jerlah.
Lebih kurang macam ni lah kucing yang aku amik tu..warna kelabu. Bulu pon cantik. Ni gambar dari google yer. Aku tak berani lah nak amik gambar kucing aku tu..kata orang kalau amik gambar kucing, nanti kucing tu cepat mati. Eh betul ker?
Pagi tadi..gigih kitaorang pergi cari sangkar untuk kucing tu. Oh ya..papanya bagi nama boboi! Tapi budak kecik tu..panggil 'bibi', tiba2 tak reti pulak sebut huruf o. Dulu bukan main lagi asyik sebut boboiboy! Sangkar harga RM90. Ni MKS suruh aku bayar..sebab katanya aku yang takut kucing, so kena beli sangkar! Grrr..
Sincerely...
12 comments:
akak tak suka kucing...huhu
tp tgk je bolehlah..
ingat betul ada baby baru tadi..hehe
betul kot wida cz semua kucing yg dn tangkap gambar, semua dh mati. sedih tau.. sobsob...
I like kucing... miau...miau...miau...
Camane tu, wida? Nak suruh tangkap cik ti, tapi duduk dalam sangkar? Ini mesti kes kalau tak dapat tangkap cik ti, nanti dia tangkap kaki wida kan? Hahaha...
@~ yus ~ hehehe..salah sngka pulak yer
@deqnoor tulah...kucing ni pon x nak amik gmbr dia
@pena rozie oh yeke..bestnya x takut kucing kan
@Kamariah Awang cik ti kalau dia bau kucing pon dia takut nak naik atas rumah ma..hehehe
selalu je tangkap gambar comel... tapi alhamdullilah setakat nih masih sihat walafiat lg...huhu.
Cuma penah dengar la org kate jangan snap guna flash sbb mata kucing boleh jadi buta..
@Mukminah Wahab logik gak tu
suka kucing..tapi tak suka pengang....;d
@Run Away gitu pulak...sy x berani nak pegang
Post a Comment