Saturday, October 15, 2011

Santai Petang

Bosan..nak duduk rumah tak tau nak buat apa [padahal banyak gile kerja..baju tak lipat, tak iron ----> memang dasar pemalas, hiks]

MKS ajak tengok orang main monsoon cup. Main monsoon cup? Apakah itu? Alah..tu yang main perahu layar tu. Eh betul ker?

Sebenarnya event monsoon cup start bulan November nanti. Tapi aku tengok ada je orang main perahu layar tu..training kot. Ntah lah..mak mane lah tau main mainan orang kaya ni! Tak paham lah aku bakpe diaorang tu dok pusing2 kat situ jugak..pening.
Ni kitaorang tengok kat depan Bazar Warisan jer..nampak jugak diaorang main perahu layar dari situ.

Eh tapi agak bahaya kalau nak tengok kat dini..korang tengoklah pengadang kat situ. Kontraktor manalah yang buat yer...punyalah besar besi2nya. Kalau budak besar2 waiz tu memang muat sangatlah. Nanti ada kuar berita budak jatuh sungai baru kecoh nak baiki..ye dok?

MKS memang monitor sangat2lah budak waiz ni. Budak kecik tu bukannya reti kalau kita cakap jangan..lagi suka dia pergi kat tepi tu. Nak tengok fish katanya..
Berbaju boboiboy..

Tahan beberapa saat je lah duduk kat situ. Tak bagi can langsung mama dan papanya nak berdating! Pastu..berlari mengejor dia je lah.
Menyibuk kat papa pulak..
Dah macam pelancong pulak amik gambar kat depan Bazar Warisan ni..hehe. Percaya tak..aku tak pernah naik pon Bazar Warisan ni. Tak taulah kedai mana yang murah jual kain batik dan sutera. Kalau sedara mara datang sini..mintak tolong bawak jalan sini, mati lah aku. Pasar payang tu pernahlah naik..tu pon sesat ko!


Sincerely...

16 comments:

YAYA AZURA said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

yaya pun tak paham org main perahu layar tu macam mana..menang tu kira berdasarkan ape pun tak tahu..tengok monsun cup rasa bosan je sbb apa pun tak paham..hihihi..

yaya org jati trg nie pun tak pernah masuk bazar warisan tu...org kata mahal..shopping kat pasar je la..

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Comel je waiz minat boboiboy...

nur said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Menarik je plaza warisan tu..

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wida, monsun cuo dah start ker?

pergilah pulau duyong, tengok dari heritage club tu, biasa utk event monsun cup ni, dia open to public utk masuk. dan ada byk event.

**hany tak fhm mcm mana dorg kira mata utk lumba kpl layar nih, tensen betol laaa**

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

cantik baju...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@YAYA AZURA yelah..org luar je yg pergi bazar warisan tu.

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Hanis MY minta sgt budak tu dgn boboiboy

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@nur hehe..dtglah

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mzhany baru2 ni monsoon cup asia..tgk tv3 baru tau, hehe
bln 11 nnti baru yg world punya..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna hehehe..baju mak usu beli

L said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sonoknyer tgk monsun cup.. tingin nk tgk live..

nk taw nikmat dunia? jom bacer...
http://lolz-l.blogspot.com/2011/10/6-nikmat-dunia.html

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@L mai dtg trgnu yerr

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Same la kite. Bazar Warisan tak pernah g. hi..hi..hi....

Run Away said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

best nyer...best lagi kalau lari kejar waiz kan....;d

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@pena rozie nama je duduk trgnu ek

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Run Away mai lah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal