Sunday, October 9, 2011

Jangan Baik Sangat!

Perangai MKS yang aku tak tau nak komen macam mane..samada tindakannya betul atau tidak. Berpra-sangka baik, lembut hati, pemurah..bagus ke perangai macam ni? Tapi kalau dah sampai orang amik kesempatan..bagus ke kalau kekalkan perangai macam tu?

Macam ni..hari jumaat lepas, time Maghrib..ada orang datang rumah kitaorang. Bila aku tanya, katanya kawan MKS. So aku panggillah MKS..dia jumpa orang tu, sembang 5 minit..pastu MKS naik atas rumah, amik wallet. Macam biasalah..aku memang familiar sangat situasi macam tu. Macam2 orang datang jumpa MKS nak pinjam duit. Aku tak kisah lah sangat..sebab tu duit MKS, hak dia nak bagi kat sape or pinjam kat sape. Lagipon kita tak tau..mungkin orang tu dalam kesusahan.

Lepas kawan MKS tu balik..aku tanyalah [okey..sifat2 biasa seorang isteri..si busybody!]. Tanya macam polis..sape tu, nak apa, kenapa datang time2 Maghrib ni. MKS kata orang tu bukan kawan dia..pernah jumpa pon sebab orang tu dulu pernah servis aircond kitaorang. Katanya nak pinjam duit sebab kena saman dengan polis. So MKS bagi pinjam RM50. Emm..ntah iye ke tak. Tak pelah..mari kita berpra-sangka baik macam MKS.

Keesokkan hari [sabtu], MKS call aku kat ofis..katanya jangan balik rumah lagi. Amik waiz kat rumah pengasuh dulu..pastu pergi duduk rumah Kak Nah [kakak MKS].

Tiba2 bagi arahan macam tu..mestilah ada benda yang tak kena kan? MKS cakap orang yang datang hari jumaat tu ada kat rumah. Nak pinjam duit lagi. MKS dah rasa tak sedap hati..so dia telefon boss tempat servis aircond tu. Boss tu cakap orang tu dah lama berhenti kerja, pastu siap pesan kat MKS jangan layan sangat orang tu. Sebab dia ada main 'benda'. Apa maksud 'benda' tu pon aku tak tau..isap dadah ke, mengedar dadah ke, mencuri ke..ntah.

Okey..aku dah dah cuak. MKS pulak memang tak nak jumpa orang tu lagi. MKS dah call..cakap dia balik lambat. Tapi orang tu still tunggu kat rumah kitaorang dari pukul 4 petang sampai 8 malam! Berkampung kat tangga rumah aku tau. Abang ipar MKS kat sebelah rumah tu dah pesan suruh balik..dia still tunggu! Seram tak? Dah macam kitaorang ni pulak yang pinjam duit dari along...lari2, takut nak balik rumah. Padahal?

Pukul 9malam tu..bila kitaorang balik rumah, orang tu dah tak ada. Tapi motor dia tinggal kat rumah kitaorang. Siap parking sebelah motor aku lagik! Apa niat dia pon aku tak tau..mungkin sebagai alasan untuk dia jumpa dengan MKS nanti. Rasa hidup ni macam dah tak selamat pulak. Aku dah bebel2 kat MKS ni, kesian..berdarah telinga dia dengar syarahan aku..suruh dia settled perkara ni. Dan sebagai pengajaran kat dia..jangan mudah kasihan kat orang yang kita tak kenal. Dunia sekarang banyak sangat orang amik kesempatan pada kita.

p/s: Tak taulah hari ni aku kena 'lari-lari' ke tak..takut orang tu tunggu kat rumah jer.

Sincerely...

30 comments:

YAYA AZURA said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

haih..mmg main benda kalo gitu...
baik hati2...

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Main bende? Byk bahaya tau

sekamar rindu said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam..

berhati2 lepas ni...beranilah kata TIDAK..tapi kadang2 memang sukar juga..saya pun pernah alami.

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@YAYA AZURA seram jugak ni

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@pena rozie mmg bahaya sis..hope x jd apa2

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sekamar rindu yelah..lebih2 lagi pd org yg lembut hati

anamizu said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

eeee takotnye org cmtu.
hati2 la ye akak..




luv,
cik ana

Run Away said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kekadang niat nak menolong tapi kena siasat betul2 dulu..kang kita juga yang susah..

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

zaman skarang nak berbuat baik pun kena berhati-hati kan....
hopefully isu nie cepat2 lah selesai...

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Sesekali kena buat baik, nakkan pahala. Tapi kalau sampai dapat bala, baik tak usah.... Berhati2, Wida...

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ishhh bahaya nyer....ha tu mesti org tu dh naek lemak kan, sebab ummm pergi pinjam lagi lah, dia ni mcm senang je bagi duit kan...

betol wida, jgnla mks suka suka bg pinjam kt org kan...jenis suke ambil kesempatan tak pasal2 kita pulak tak aman...

deqnoor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

takutnye! take care wida...

Aidalela said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bahaya la kalau macam tu. takut dia datang time ur husband takde je [saya pulak yg lelebih terfikir bebukan ni. huhuhu]

*take care wida n family

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@anamizu tq:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Run Away emm..org kat dunia skrg mcm2 perangai

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@rasp
iya..hrp2 begitulah

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamariah Awang mintak2 kami dijauhi bala cam tu

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mzhany perangai dia mmg cam tu..dgn bini x nak pulak bg pinjam, hehe

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@deqnoor tq DN

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Aidalela eh..betul, skrg ni x berani nak balik sorang..mesti tunggu suami jugak

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Wida! jgn duduk rumah dengan waiz kalau MKS atau tak ada orang lain teman! Main benda... apa2pun benda, don't take risk! mlm2 kunci rumah elok2, bacalah pendinding sikit takut main pukau ke... anak jaga elok2!

Mama Zara said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

cuak wani baca...huhu...takut gak ye jumpa org mcm ni :(

rasanya most lelaki mmg macam ni wida, mcm husband wani pon sama..pernah terkena...lepas daku bebel panjang, baru dia berhati2 sikit.

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@RYS AREESA NASIR tq atas peringatan tu sis. takut jugak skrg ni..emm

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Mama Zara yelah, dengan org lain bukan main lembut hati lagi. dengan isteri buat keras pulak..hehe

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

take care kak... :(

ingat lg mase akak br kawin ngan akak, ade org dtg rumah mintak sedekah ke ape tah, abg bg jer.. pdahal nmpk org tu mcm curious jer.. abg kate "mane tau org tu malaikat ke"..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna tak ingat pulak..
tp mmg dia selalu kata cam tu.."kot2 org tu malaikat nak uji dia"

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

alahaiii mmg ralat laa.. bnuat baik yang terlampau sangat memang akan menyusahkan diri sendiri...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sW33tdARLiNG emm..susah jugak kalau nak buat baik ni yer

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

aah itula ayat die dulu.
drpd tlg org yg x kenal, baik tlg sponsor kete kite kn

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna alah..korangkan nak dpt bonus bln 12 nnti..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal