Hari Jumaat hari tu [7hb Sept 2011] ada program kat kampung MKS ni. Pagi gotong royong bersihkan kubur..sebelah petang pulak ada pertandingan memancing. Ingatkan tak dapat sambutan..sebab program ni bawah AJK BN. Kawasan kitaorang duduk tu pulak ramai orang PAS..hehe. Tapi tak kisahlah..orang biru ke hijau ke, kalau duduk sekampung tu elok lah bermuafakat..iye dok? Janganlah sebab parti ni..kita nak bergaduh. Malulah kalau sesama bangsa dan agama bergaduh. Okey, aku dah melalut!
Antara AJK yang menganjurkan program untuk orang kampung ni..termasuk lah MKS. B4 hari pertandingan tu tak duduk diam..cari hadiah, air, etc. Susah payah buat kerja..tapi last2 orang tak hargai jugak! Orang kutuk jugak! Dah lah tu bang, letak lah jawatan. Okey..melalut sekali lagi!
Punyalah ramai orang..tak kira budak, orang tua..orang perempuan pon ada yang join. Termasuklah aku dan my SIL tau! Semangat cari batang salak nak buat joran..hehe. Yuran penyertaan pulak RM3 jer. Yang bestnya..aku dapat ikan tau. Tak sempat nak amik gambar. Alah..ikan kecik jer. Tapi tak sempat nak masuk kategori siapa dapat ikan paling cepat. Pastu ada 2 lagi kategori iaitu ikan paling berat dan ikan paling banyak. Ni pon aku x layak join..sebab dapat ikan sekor jer, ringan pulak tu.
Ni hamper cabutan bertuah..isinya makanan ringan dan air. Aku punya nombor joran 123..nampak macam nombor bertuah kan? Tapi tak naik pon nombor bertuah aku tu..so tak dapat pon hamper ni..emm.
Yang ni pulak cabutan bertuah no.10 sehingga 1. Macam2 alatan elektrik ada..dapur gas, iron, pembakar roti, pemain cd, rice cooker dan tv. Kat sini pon tak bertuah..sedih.
Tu dia..cabutan bertuah yang pertama, basikal pixie. Tengah top dan glamer. Budak2 ramai yang masuk sebab geram kat basikal tu lah. Dahlah keluaran terbaru..harga RM800 jugak lah. Kaler merah..mantops. Sape tak nak..hehehe.
Masa umumkan siapa dapat basikal tu..tukang umum sebut jer nombor 0, terus aku koyak no bertuah aku..hehe. Memang tak ada harapan! Nombor bertuah basikal pixie tu..054. Adik budak ofis aku yang dapat! Memang rezeki dia lah..sebab memang dia lama dah nak basikal tu. Best betul
p/s: Dengar2 26hb November 2011 nanti nak buat pertandingan mengail ni sekali lagi. Mat said siap turun lagi..kita tunggu je lah jadi ke tak.
Sincerely...
28 comments:
bile tah nak g mengail lagi...
kat mana kg MKS ni wida?
meriah jer suasana..
aku pun jarang bertuah ngan lucky draw...selalu tak de ong nombor2 aku...huhu...
@pena roziesyok jugak mengail ni sis..jom
@YAYA AZURA kg kubang tangga..hehe.wakaf mempelam
@wahida kena mandi bunga kita ni..kasi ong, hehe.
seronok program mcm nie .. yg penting dpt eratkan hubungan sesama kita kan :)
wow! ngail tu mmg dah lama tak join , ikan darat lak tu..
ikan apa yg MKS/wida dapat?
renjer nak join huhuhu :)
bulan 11 nti renjer pun ade wat game mancing.. kat kolam sungkai perak :)
best mengail2 ni..dpt ikan besar2 lg best..nmpak adiah2 cabutan bertuah tu mmg best la..hehhee
wah!! mesti gembira bila ikan sangkut kt joran kn...
@ieda betul tu
@PCL
emm x taulah nama spesis ikan tu..hehe
@renjerkabloi ish..renjer dah pro, tak leh join!hehe
@N i e Z a tp malang sy x dpt pon hadiah..huhu
@deqnoor syoklah..perasaan yg x dpt digmbrkan, hehehe
nk join mancing nk nk nk
@lyly yAna bila nak turun sini..dtglah jln2 kt sini
wah teror akak siap dpt ikan lg..huhu
best ni..takpa..cabutan betuah tu nanti milik wida lak...;d
Nanti bila buat program lagi, mudah2an dapat sambutanlah lagi, yer..!
@kayzie hiks..rezeki x disangka.tp kecik sgt..x dpt nak mkn
@Run Away hehe..ntah bila nak bertuahnya tu
@Kamariah Awang mudah2an ma:)
Bestnya...
Nak hadiah basikal tu boleh? Cantiklah basikal tu..huhuhuhuhu
@RYS AREESA NASIR hehe..best jugak
@AMMAR YASIR oh dah terlambat..dpt ke org lain..hehe
Post a Comment