Monday, October 24, 2011

34!

Hampir terlupa..ish ai ni memanjang asyik lupaaaaa jer! Berapa banyak wayar aku yang terputus masa beranakan si waiz tu, hihi. Lepas kelahiran waiz memang aku sedar aku jadi pelupa. Ke banyak makan semut? Ni yang bila aura nak sambung belajar datang..pikir enam ratus kali samaada otak aku ni mampu ke nak ingat perkara2 yang aku belajar nanti.

Hari ni ulang tahun kelahiran MKS yang ke-34. Ingat pon sebab ada reminder kat hp ni. Dah makin tua laki ai ni..hiks. Emm..nak belanja dia apa lah yer. MKS ni tak kisah pon kalau ada kek atau tidak..tapi bab hadiah tu. Mak aih..melampau demand-nya! Nak Galaxy Tab lah..agak2 gaji bini RM10K?

Apa-apa pon aku doakan MKS di berikan kesihatan supaya boleh cari rezeki untuk isteri dan anak2nya. Dan semoga tercapailah apa2 sahaja impian yang dihajatinya [kecuali nak kawin lain!].


Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal