Ceh mesti korang tertanya-tanya dengan title kt atas..sejak bila widadi ade scandal ni...hehehe. Sebenarnya entry kali aku nak cite pasal life aku sekarang. Kepada readers yg x kenal aku lg..FYI aku dah berkahwin dengan seorang lelaki (memang lh lelaki kan..x kn pompuan pulak!) dari kuala terengganu yang bernama Mohd Khir Bin Salleh a.k.a mr MKS.. pd 26hb Mei 2006. Setelah 4 tahun melayari alam rumah tangga, barulah kitaorg di kurniakan seorang baby. So sekarang terungkailah misteri nusantara dengan siapa aku scandal skarang..Kat sini aku nak share jugak lh pengalaman aku pregnant smpai lh deliver bb ni..so pastikan jantung korang kuat nk bace cite aku ni esspecially kpda mereka yg x ade experience bersalin ni, sbb dari pengalaman aku lh..time nak deliver bb tu mmg NGERI...eeii. Sebenarnya aku lama dh nk bb ni..tp x ade rezeki. Banyak dah tempat kitaorg suami isteri berobat..berurut...mkn akar kayu lh..makan ubat subur lh (abis bdn aku pon ikot subur sesubur-suburnya!) tp last sekali kitaorg try ubat hemeopathy..and FINALLY alhamdulilah aku di sahkan mengandung. Punya lh happy..x hingat dunia kau!
Setelah 9 bln preggy..tibalah saat di tunggu..Jeng..jeng..jeng. Oh kalau korang nak tau, sepatutnya due aku deliver 1hb Dec..tp macam mana ntah, bb tu x nak kuor lh pulak. Last day aku keje kt ofis..geng2 ofis semua pesan jgn dtg keje dh hr sabtu nnti. Takut aku terrrrrrrbersalin kt ofis kot..emm macam tau2 je aku nak bersalin hr Sabtu tu..hehehe. A day b4 aku deliver iaitu hr jumaat..aku n mr MKS ni pegi lh jalan2 kat mydin mall. Habis 1 mydin tu aku round..dr bawah sampai ke atas! (Biasanya aku x larat nk jalan byk2 cam tu). Tapi aku gagahkan jugak kaki ni walaupun jalan lambat macam kura.2 Kata org biar lambat asal selamat. B4 solat jumaat kitaorg pon blik lh rumah. Nak di jadikan cerita..mlm tu mmg aku rase x sedap badan dh. Duduk x kena..baring x kena..jalan x kena, serba x kena lh. Rase cam dah sampai mase nak bersalin je..tp cube gak lelapkan mata.
Pukul 3 a.m tiba2 aku terjaga sebab rase dari belakang sampai ke perut aku rase sakit..sakit yang teramat sangat. x pernah lh rase sesakit tu. Time tu lh baru ku tahu betapa peritnya seorang ibu nak melahirkn anaknya. Tp sakit tu tetiba hilang lepas berlarutan selama 1/2 jam..sambung tido pulak. Then pukul 6 a.m sakit tu datang lagi..time ni memang contraction tu selang 15 minit lh. Sampai menangis menahan sakit tu. Bila dah kerap sangat contraction tu..mr MKS panggil lh kakak2 dia. Tapi sebelum tu sempatlh solat subuh dan mandi2 dulu. Doa berjela-jela..mintak2 dipermudahkan semasa push2 nnti..huhu. Lepas siap..kakak2 ipar aku boleh paksa aku brekpess dulu..dah lah masa tu memang x boleh telan ape2 dah. Tapi nama pon kena paksa..so telan je lah. Katanya takut x ade tenaga nak push2 nnti..kita ni kan budak baru belajar..so dengar n ikut je lah. 8.30 a.m bergerak lah kami 4 orang (aku, mr MKS, n 2 orang kakak ipar aku iaitu k.mah n k.nah) ke Hospital Nur Zahirah.
Sampai di wad doc pon cek jalan..Ya Allah, baru 2cm! Dari mlm td aku sakit..ingatkan boleh masuk labor room terus. Sekali tunggu lah kat wad tu. Padahal contraction aku dh macam selang 5 minit ni..macam mane ni? Emm rupe2..FYI..(aku pon baru tau masa tu!) kalau org nak bersalin tu keluar darah, memang sakit berbanding org yang keluar air ketuban. So aku ni pakej kuor darah kn..patutlh sakit yang amat sangat. Aku tengok ibu2 lain yang preggy tu boleh lagi round2 1 wad lh, makan lah, bace paper lh. Aku? Terguling-guling menahan sakit kat atas katil..emm. Dah bahagian aku macam tu..redho je lah. Tunggu punya tunggu..pas zuhur x bersalin lg..pas asar pon x bersalin lg. Sampai lh lepas Maghrib aku rasa x tahan sangat dah..pegilah cek jalan. Staff nurse tu kata dah buka 6cm..so bolehlh masuk labor room. Alhamdulillah..lega rasanya. Tapi rase takut pon ade sbb x ade experience bersalin ni..rase gembira pon ade sebab x sabar nak tatap wajah anak kandung ni.
Dah masuk labor room tu..macam2 lah procedure yg doc buat. Naik seram bila ingat balik..huhu. Di pendek kn cite, pukul 5hb Dec 2009@11.29 p.m lahirlah seorang anak yang comel bangat! Macam mama dia jugak..ceh perasan lah pulak. Bila doc bagi bb aku tu..sempat lah jugak belek2 muka n badan bb. Syukur pada-Nya, sempurna anggota badan. Mulai saat itu, kami lah papa n mama yang akan mencorakkan peribadi dan akhlak anugerah yang paling indah ini. Semoga bb ini akan menyerikan lagi kehidupan kami berdua..amin. Kat sini aku nak ucapkan terima kasih pd insan2 yang sudi menemani aku time sakit tu..kesian jugak kat mr MKS, k.mah, k.nah, abang usop n k.yah sbb lama kena menunggu lama. Dari pagi sampai lah ke malam...siap berpicnic lagi kat koridor tepi wad aku tu. Ok lah..jom kita layan gambar my lil' hero..Khairul Waiz ( yang bermaksud sebaik-baik penasihat/mubaglih)..Insyaalah.
Pandai dh tgk camera! |
Senyum sampai sipit mata2.. |
Sedap jer dia tido |
Sincerely...
0 comments:
Post a Comment